Tuesday, February 2, 2010

Cabaran Merupakan Peluang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Walau apa pun yang berlaku, jika berlaku kesilapan, saya bersedia memikul tanggungjawabnya. Suatu kenyataan yang memerlukan komitment, kejujuran, ketabahan dan banyak lagi sifat-sifat mulia untuk memberikan kekuatan untuk melakukannya. Hidup di dunia tanpa alasan, Hidup didalam dunia yang penuh keberanian untuk menghadapi cabaran dan kebenaran. Penyataan atau pun kata-kata akan memberikan kekuatan untuk kita melakukan sesuatu didalam kehidupan kita. Apakah moto atau prinsip kehidupan kita apabila kita menghadapi masalah? Mungkin kita lebih mudah untuk menunding jari bahawa kesalahan itu milik orang lain atau berpunca dari orang lain. Amat jarang sekali kita bersedia untuk menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah milik kita dan jika kita di tuduh melakukan kesilapaan ia suatu yang tidak mudah untuk diterima didalam kehidupan kita. Adakah mungkin apabila tuduhan diberikan kepada kita kita boleh berfikiran terbuka untuk menerimanya kerana paying terjun hanya akan berfungsi apabila ianya mengembang.



Adakah kita melihat segala sesuatu dengan penuh cabaran dan menjadikan cabaran sebagai suatu perjalanan kehidupan untuk menjadikan kita lebih berjaya dan cemerlang didalam kehidupan. Tiada kejayaan tanpa kesusahan, kita perlu sentiasa merasakan cabaran adalah suatu lumrah kehidupan yang perlu dilalui dengan suatu energi dalaman yang tinggi bagi memastikan kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan. Tenaga dalaman yang berasaskan keimanan perlu dinyalakan agar sentiasa menerangi kegelapan untuk memudahkan perjalanan yang akan dialalui untuk mencapai erti kehidupan yang sebenarnya. Adakah kita menyukai cabaran? Bukankah cabaran adalah suatu peluang untuk kita memperbaiki diri kita, suatu peluang untuk menukarkan system, strategi dan juga menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kita ke tahap yang lebih tinggi.



Samada kita sedar atau tidak kita telah berjaya menghadapi berbagai cabaran didalam kehidupan. Kita telah berjaya menghadapi banyak peperiksaan, kita telah berjaya menghadapi banyak kesulitan, berjaya meningkatkan taraf kehidupan kita, berjaya didalam mengatasi masalah yang dihadapi semasa bekerja, begitu banyak kejayaan yang telah kita perolehi dari kita kecil sehingga kini. Kita berjaya berjalan, berlari, berkata-kata dan berjaya membesar sebagai manusia namun apakah kita akan BERJAYA juga apabila kita bertemu dengan Allah swt nanti. Inilah suatu cabaran yang perlu kita fikirkan bersungguh-sungguh. Berjaya didunia adalah suatu kemanisan kehidupan namun tidak semestinya dengan berjaya didunia kita pasti berjaya diakhirat kelak.



Apakah persediaan yang telah kita sediakan untuk kejayaan di Akhirat kelak. Apakah yang kita pasti yang akan dapat membantu kita apabila kita bertemu dengan Allah swt. Kita tidak mampu untuk menyalahkan orang lain pada ketika itu, kita terpaksa memikul segala yang berlaku dan kita seolah-olah sudah tiada alasan untuk diutarakan. Yang pasti segala keputusan adalah hasil daripada apa yang telah kita usahakan semasa kehidupan kita didunia ini. Apakah kita bersedia menerima kehidupan ini penuh dengan cabaran dan akan menyelesaikan segala cabaran ini dengan tenaga positif yang lahir dari keimanan. Adalah bijak sekiranya diakhirat nanti kita mengetahui tidak mampu memberikan alasan dan kita memulakan di dunia ini untuk tidak memberikan alasan. Kita juga akan mengakui segala kesalahan dan kegagalan kita di Akhirat kelak dan adakah lebih baik sekiranya apa yang berlaku sekarang kita bersedia untuk memikul tanggung jawab jika berlaku sebarang kesilapan. “If anything goes wrong, it was my fault” Maka kita akan melihat cabaran sebagai suatu peluang untuk kita memperbaiki diri kita kerana kesilapan suatu lumrah manusia dan kepada Allah swt kita memohon keampunan. Allah hu alam

0 comments: