Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Cabaran sentiasa suatu yang tidak disenangi bagi sesetengah orang dan bagi sesetengah orang pula cabaran adalah suatu yang menyeronokkan dan mengembirakan kerana dengan cabaran akan memberikan suatu tindakan dan keputusan untuk dilakukan. Begitu banyak cabaran yang perlu dihadapi didalam kehidupan, ada cabaran yang datang dari keluarga, ada cabaran yang datang dari tempat bekerja, ada cabaran dari rakan, jiran, dari musuh dan banyak lagi cabaran yang tidak kita jangka akan kita hadapi dan datang kepada diri kita.
Bagaimanakah tanggapan kita terhadap cabaran-cabaran ini? Adakah kita bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka? Adakah kita menyukai cabaran tersebut? Berapa kerap kita bersedia menerima cabaran didalam kehidupan? Cabaran adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan akan terus datang tanpa diminta, ia akan datang walaupun kita tidak menerimanya, ia akan terus datang satu demi satu dan kita samada bersedia atau tidak akan tetap menerimanya samada satu persatu atau cabaran itu datang secara berkumpulan sehinggan kita merasakan begitu sukar menghadapinya.
Paradigma kita perlu jelas terhadap cabaran yang akan kita terima ini, adakah kita telah mempersiapkan diri kita untuk menerima semua cabaran ini? Tidakkah kita sedar cabaran ini adalah ujian yang disediakan oleh Allah swt untuk melihat diri kita bagaimanakah kita berbaik sangka kepada Allah swt apabila diberikan ujian. Adakah kita mahu mengambil dengan sikap terbuka dan bersedia untuk menyelesaikannya. Jika kita bersedia untuk menerima apa sahaja cabaran dan ujian tentu sekali akan mempersiapkan diri kita dan bersedia apa sahaja terhadap cabaran yang mendatang. Kita akan lebih lagi bersedia sekiranya kita meletakkan konsep ”Saya mencintai cabaran” didalam kehidupan kita. Mencintai bermaksud bersedia untuk berkorban apa sahaja demi yang dicintai. Apabila kita menyatakan yang kita mencintai cabaran ianya bermakna kita bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang akan mendatang, kita akan melihat semua yang mendatang sebagai suatu yang menarik dan akan mencerikan kehidupan kita, cabaran yang mendatang adalah suatu yang akan mematangkan pembelajaran dan kehidupan kita.
Cabaran yang tiba semuanya dilihat dengan keyakinan ianya akan mudah untuk diselesaikan, tanpa cabaran dunia ini terasa sepi dan tidak tahu apakah yang harus untuk dilakukan. Cabaran akan menjadikan diri kita penuh dengan tenaga dalaman yang akan memberikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja bagi memastikan kejayaan adalah milik kita, kesungguhan demi kesungguhan akan di lakukan untuk meraih kenikmatan kehidupan. Satu demi satu kejayaan akan dihitung yang akan meningkatkan tahap kepuasan dan menjadikan kita benar-benar berserah kepada Allah swt kerana kita yakin segala cabaran adalah dari Allah swt dan setiap kegagalan bukan kegagalan tetapi kesilapan keputusan yang memerlukan strategik baru untuk mengatasi kesilapan-kesilapan tersebut. Kita akan terus berusaha dan berusaha disebabkan kita hanya boleh menyediakan sebab sedangkan hasil adalah milik Allah swt untuk menentukannya. Amin
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment