Tuesday, February 23, 2010

Jemputan Perkahwinan & Sumbangan Pembangunan Sekolah





Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Dengan rasa rendah diri saya ingin menjemput Datuk/datin/tuan/puan sekeluarga ke Majlis perkahwinan Anak lelaki saya Muhammad Zaid Ibrahim dengan Asma’ Shamjuddin pada 27/2/2010 (Sabtu). Bersama-sama ini dilampirkan softcopy kad perkahwinan untuk memudahkan Datuk/datin/tuan/puan menghadiri majlis tersebut. Maaf kerana tidak menghantar kad tetapi melalui email sahaja.



Sekiranya pihak Datun/datin/tuan/puan tidak dapat hadir dan ingin menyumbang, harap dapat menyumbang kepada PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN: (NO AKAUN 12010010029602: Bank Islam) Untuk makluman sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Datuk/datin/tuan/puan sebelum ini telah mencapai lebih satu juta ringgit dimana pihak sekolah telah membeli sebidang tanah bersebelahan dengan sekolah seluas 2 suku ekar bernilai satu juta ringgit. Untuk makluman kami memerlukan 6 juta ringgit untuk membangunkan sekolah tersebut dan bantuan tuan puan amat-amat diharapkan bagi menjayakan sekolah tersebut. Bukan jumlah yang penting tetapi keikhlasan Datuk/datin/tuan/puan sebenarnya yang memberkati pembinaan sekolah tersebut. Semuga pengorbanan Datuk/datin/tuan/puan didalam pembinaan sekolah ini akan diberikan kebaikan oleh Allah swt di dunia dan akhirat.



Semuga Allah swt melapangkan tuan puan untuk menghadiri majlis tersebut. Harap dapat maklumkan kembali kepada saya sekiranya Datuk/datin/tuan/puan dapat menghadiri majlis diatas. Sekian terima kasih.

0 comments: