Saturday, June 7, 2008

YOU HAVE NO EXCUSE!



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

daripada KAWAN

Kehidupan penuh dengan keindahan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan penuh dengan keindahan dan kita perlu mencari keindahan itu di dalam diri kita dahulu, bagaimana ya untuk mendapat keindahan didalam diri? Mungkin kita perlu berfikir yang indah-indah di dalam diri kita kerana apa yang kita fikirkan akan kita lahirkan didalam perasaan dan di jelmakan di dalam tindakan. Apakah masalah yang kita hadapi sekarang? Kita susah? Ramai lagi orang lain yang susah sehingga mencari makan pun tak tahu dimana akan diperolehi hari ini.

Kita dimarah boss hari ini, tak mengapa mungkin memberikan suatu pelajaran baru dalam diri kita dan mungkin akan menyebabkan kita lebih berhati-hati di lain hari untuk mendapat yang terbaik, Kita sakit hari ini, alhamdulillah tanda tuhan menyayangi kita untuk kita merasai sedikit ujian dan jika redza akan diampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Kita di tipu, bersyukur kerana kita perlu lebih sedar betapa peritnya ditipu dan seboleh-bolehnya kita mengelakkan diri dari menipu. Kita dihina, anggaplah itu teguran daripada tuhan dan tidak akan runtuh bukit jika disalak anging.

Mengapa kita perlu penuhi kehidupan dengan kesedian, bukankah semua itu di dalam ketentuan tuhan yang penting adakah kita telah mencuba melakukan yang terbaik di dalam kehidupan ini. Mengapa kita perlu lakukan yang terbaik? Kerana kita percaya tuhan maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui dan kita tidak boleh lari daripada tuhan. Oleh sebab itu kehidupan penuh dengan keindahan dan kita perlu mencri keindahan itu untuk menceriakan kehidupan kita. Allah hu alam

Life is Beautiful - Motivational

posted on belf of IAR

PENGORBANAN SEJAUH MANA KU RASAI

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pengorbanan suatu yang terlalu suci, tidak mungkin dapat dilakukan jika inginkan sanjungan dan pujian, apabila kita melihat orang yang susah maka ramai lagi orang yang lebih susah daripada diri kita sendiri. Dari slide ini kita dapati begitu ramai manusia yang sanggup untuk berkorban apa sahaja demi yang mereka kasihi, siapa yang mahukan kemusnahan tapi kemusnahan itu mengajar kita untuk merasai betapa manisnya kebahagiaan yang kita ada sekarang. Bagi yang melalui penderitaan hingga kehilangan kaki tapi masih boleh tersenyum kerana mungkin mereka berfikir diberikan kesempatan lagi untuk hidup, bukankah itu lebih baik daripada mereka yang telah mati.

Bagi yang miskin mampu menderma kerana sekarang saya tidak menderita kesakitan seperti mereka yang merasainya. Kita selalu membandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang dari kita, tidak kita sedar betapa ramai orang yang lebih derita dan susah dari kita. Kita perlu mencari kebaikan daripada yang berlaku dan bagaimana kita boleh mendapatkan yang terbaik? Tentu sekali kita perlu berfikir secara positif untuk mendapatkan yang terbaik.

Walau apa sahaja yan berlaku sebenarnya adalah dari pada Allah swt untuk mengajar kita bagaimanakah rasa hati kita. Adakah kita sekadar bersempati, atau bersedia untuk membantu atau bersedia untuk mengorbankan diri untuk pergi membantu dan meninggalkan segala kemewahan yang kita ada untuk memberikan sumbangan tenaga untuk membantu mereka-mereka yang amat memerlukan diri kita.

Kehidupan begitu sementara, mungkin hari ini atau esok kita akan pergi tetapi bagaimanakah pemergian kita akan diingati atau dibenci, bukan susah untuk memberikan kebaikan buat seseorang, yang penting hati itu bersedia untuk memberikan dan bukan meminta. Apa yang berlaku di cina adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah swt yang mahu untuk kita menyedari bahawa ia mampu melakukan apa sahaja dan kita perlu lebih menyerahkan diri kita kepada Allah dan hanya berharap kepada kebaikan dari Allah swt. Marilah kita melihat diri kita yang begitu kerdil dan kekerdilan sebeginikah yang ingin kita hadapkan dihadapan Allah swt nanti dengan penuh kesombongan. Kita hanya hamba-hambanya yang lemah dan amat memerlukan pertolongan Allah swt untuk terus menjadi hamba-hamba yang beriman. Allah hu alam.

posted on behalf of IAR

Thursday, June 5, 2008

SIKAP MANUSIA TERHADAP ALQURAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Adakah masih ada rasa untuk mengambil Al Quran sebagai panduan untuk kehidupan didalam diri kita? Suatu persoalan yang perlu kita berikan pada diri kita, sikap kita selama ini yang mudah lupa dan ambil tidak kisah suatu yang perlu kita perbaharui, Kitab yang sekarang menjadi panduan buat orang yang tidak beriman untuk mengkaji akan apa yang ada didalamnya kerana ia memberikan banyak penemuan baru bagi kehidupan manusia.

Bagi kita yang memilikinya, tetapi tidak merasai tertarik atau gembira memperolehi akan apa yang diberikan oleh pencipta diri kita sendiri. Kita perlu dan mesti mengunakanya sekiranya kita mahukan kebaikan didalam kehidupan kita ini. Segala peraturan bukan untuk tatapan dan bacaan tetapi untuk dipatuhi dan dilaksanakan didalam kehidupan. Banyak arahan yang diberikan antaranya cara untuk berkomunikasi sesama manusia, cara berpakaian, cara berhukum, cara mendidik, cara berniaga dan segala ruang lingkup di dalam kehidupan.

Kita bukan melaksanakan sesuatu kerana disuruh oleh ayah atau ibu, atau disuruh oleh manusia tetapi kita perlu mengambil apa yang Allah swt suruh, apa sahaja penilaian yang dilaksanakan, keputusan perlu jelas kerana tanpa kita mengikat hati kita kepada Allah kita ibarat seekor kuda yang bebas lari tetapi sebenarnya kita adalah diibaratkan seperti kuda yang ingin bebas tetapi terikat dengan tali yang kukuh sehingga tidak mampu untuk kemana sahaja sebaliknya pergerakkan hanya mampu mengikut panjang tali yang mengikat kuda tersebut.

Marilah sama-sama kita bermula untuk meneliti akan apa pesanan Allah swt yang telah di bawa oleh Rasulullah saw, lambang cintanya kepada kita, jika kita kata kita mempercayai rasul saw maka kita perlu mengikuti apa sahaja ajarannya dan untuk mengikuti ajarannya kita perlu meneliti akan Al Quran yang ditinggalkanya. Terlalu banyak buku tafsir yang telah ditulis dan diterjemahkan tetapi berapa banyak pula yang ada didalam almari kita, kita perlu mengambil sekarang kerana tapa bertindak sekarang takut kita tiada masa lagi nanti apabiala di panggil oleh Ilahi.

Mungkin telah lama alquran dipandang sepi di dalam almari dan sekarang kita perlu kembali memegangnya dengan hati yang suci, cuba untuk meneliti agar hati menjadi lembut dan di kasihi oleh Allah swt kembali. Marilah kita bina keluarga bahagia dari nur al quran yang akan memberikan erti penghidupan yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Semuga kita diberkati Allah swt. Amin



"Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (Surah al-Kahfi 18: 13)



Sikap ManusiaTerhadap Al Quran

Seseorang layak merasa hairan terhadap sikap kebanyakan manusia terhadap Allah swt.: Al Quranul Karim. Ikhwan sekalian, sebagaimana saya katakan sebelumnya, sikap kebanyakan manusia di masa kini terhadap kitab Allah ibarat kelompok manusia yang dilitupi kegelapan dari segala penjuru. Mereka kebingungan, berjalan tanpa apa-apa petunjuk apa pun. Kadang-kadang mereka terjatuh ke jurang, terkadang mereka berkeras hati seperti batu dan terkadang saling mundar mandir kebingungan seperti kehilangan punca. Keadaan mereka terus demikian, tersesat membabi buta dan berjalan dalam kegelapan yang pekat. Sedangkan di hadapan mereka ada sebuah suis elektrik yang andaikata mereka tekan dengan jari, maka gerakan sedikit itu dapat menyalakan sebuah lampu yang terang benderang. Inilah saudaraku perumpamaan umat manusia sekarang dan sikap mereka terhadap kitab Allah.
Hari ini, manusia tidak menemui jalan selain berdoa, bersedih dan menangis, sungguh aneh kerana di hadapan mereka sebenarnya terdapat Al Quranul Karim, kitab Allah swt. Ibarat satu perumpamaan:


“Bak unta mati kehausan di padang pasir, sedangkan air terpikul di atas punggungnya.”

Firman Allah swt yang bermaksud:

”Tetapi kami jadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

”Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-A’raf: 157)

”...Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Ibrahim:1)

”Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah:15-16)

posted on helf of IAR

Rakan kau sentiasa dihati ku

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimana hidup tanpa rakan, bayangkan kita pulang ke kampong dan tiada siapa yang menegur kita dan apabila kita menegur orang lain, mereka hanya melihat kita dengan rasa seolah-olah tidak mengenali kita. Kita akan gembira atau sebaliknya, mungkin cuti yang panjang akan kita pendekkan supaya kita dapat mencari rakan dan kawan untuk kita berbicara dan mencari suatu yang boleh membuatkan kita gembira.

Mari kita mengunakan sedikit masa untuk merenung rakan-rakan kita, apakah kebaikan yang telah mereka lakukan sehingga mereka sentiasa di hati kita. Cuba senaraikan untuk benar-benar kita merasai akan kebaikan mereka, sekarang senaraikan pula sikap buruk yang telah kita lakukan terhadap diri mereka. Atau mari kita senaraikan orang-orang yang telah memberikan kebaikan terhadap diri kita dan apa pula sikap buruk yang telah kita lakukan terhadap mereka.

Mengapa kita tidak melakukan yang boleh mengembirakan mereka, mengapa kita tidak perihatin terhadap kebaikan mereka terhadap kita, mengapa kita selalu lupa terhadap kesungguhan mereka untuk melihat kita Berjaya. Adakah sukar untuk memberikan kegembiraan buat orang lain? Sekurang-kurangnya dengan mengangkat telepon untuk memberikan tahu yang kita sentiasa berfikir tentang mereka sudah memberikan kegembiraan buat mereka.

Cuba kita SMS kepada isteri dan suami kita sekarang dan katakan ‘ Sayang, kau selalu di dalam ingatan ku’ Apakah yang mungkin akan kita terima daripada mereka? Jika kita tidak mahu memberi bagaimana pula orang lain akan memberikan kepada diri kita. Kasih dan cinta bukan perasaan tetapi lebih indah dari itu yang menyebabkan seseorang itu sanggup berkorban demi orang yang dikasihinya.

Marilah kita mengutamakan kasih dan mencipta kembali cinta yang semata-mata kerana Allah swt. TQ



Rakan kau sentiasa di hatiku

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balikkampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita.

Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan.

Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang.

Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!"

Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! "Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!"Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana! moralnya: jangan lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

posted on behalf of IAR