Pengorbanan suatu yang terlalu suci, tidak mungkin dapat dilakukan jika inginkan sanjungan dan pujian, apabila kita melihat orang yang susah maka ramai lagi orang yang lebih susah daripada diri kita sendiri. Dari slide ini kita dapati begitu ramai manusia yang sanggup untuk berkorban apa sahaja demi yang mereka kasihi, siapa yang mahukan kemusnahan tapi kemusnahan itu mengajar kita untuk merasai betapa manisnya kebahagiaan yang kita ada sekarang. Bagi yang melalui penderitaan hingga kehilangan kaki tapi masih boleh tersenyum kerana mungkin mereka berfikir diberikan kesempatan lagi untuk hidup, bukankah itu lebih baik daripada mereka yang telah mati.
Bagi yang miskin mampu menderma kerana sekarang saya tidak menderita kesakitan seperti mereka yang merasainya. Kita selalu membandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang dari kita, tidak kita sedar betapa ramai orang yang lebih derita dan susah dari kita. Kita perlu mencari kebaikan daripada yang berlaku dan bagaimana kita boleh mendapatkan yang terbaik? Tentu sekali kita perlu berfikir secara positif untuk mendapatkan yang terbaik.
Walau apa sahaja yan berlaku sebenarnya adalah dari pada Allah swt untuk mengajar kita bagaimanakah rasa hati kita. Adakah kita sekadar bersempati, atau bersedia untuk membantu atau bersedia untuk mengorbankan diri untuk pergi membantu dan meninggalkan segala kemewahan yang kita ada untuk memberikan sumbangan tenaga untuk membantu mereka-mereka yang amat memerlukan diri kita.
Kehidupan begitu sementara, mungkin hari ini atau esok kita akan pergi tetapi bagaimanakah pemergian kita akan diingati atau dibenci, bukan susah untuk memberikan kebaikan buat seseorang, yang penting hati itu bersedia untuk memberikan dan bukan meminta. Apa yang berlaku di cina adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah swt yang mahu untuk kita menyedari bahawa ia mampu melakukan apa sahaja dan kita perlu lebih menyerahkan diri kita kepada Allah dan hanya berharap kepada kebaikan dari Allah swt. Marilah kita melihat diri kita yang begitu kerdil dan kekerdilan sebeginikah yang ingin kita hadapkan dihadapan Allah swt nanti dengan penuh kesombongan. Kita hanya hamba-hambanya yang lemah dan amat memerlukan pertolongan Allah swt untuk terus menjadi hamba-hamba yang beriman. Allah hu alam.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment