Wednesday, July 7, 2010

Hutang bila akan berakhir...




Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan berhutang suatu lumrah kehidupan, dari dahulu hingga sekarang ada orang yang sanggup memberi hutang dan ada pula yang ingin berhutang. Namun apabila berhutang perlu dibayar dan dilunaskan. Hutang suatu persoalan yang pasti akan dituntut dihadapan Allah swt nanti. Namun kita begitu mudah untuk berhutang terutama dengan cara mudah hari ini melalui kad kredit. Dahulu hutang juga mengenakan bunga kini ada juga hutang yang menyebabkan kesukaran kehidupan kerana bunga yang begitu tinggi.

Hutang rumah, hutang kereta, hutang kawin, hutang sewa dan banyak lagi hutang-hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Bagaimanakah untuk bebas dari hutang? Adakah di zaman ini kita boleh bebas dari hutang dengan pihak bank? Terutama ahli perniagaan begitu banyak jumlah yang diperlukan untuk perniagaan dan begitu banyak juga hutang yang perlu dilakukan untuk sesuatu perniagaan.

Persoalan samada boleh atau tidak melepaskan diri dari hutang bank adalah bergantung kepada soal hati. Mengapa seorang berhutang? Tentu jumlah hutang bergantung kepada kemampuan yang mereka rasakan sanggup untuk membayarnya balik. Lagi banyak gaji atau pendapatan lagi besarlah hutang seseorang. Akhirnya kehidupan terpaksa diteruskkan dengan semangat untuk membayar hutang yang telah dilakukan sebelum ini. Apakah erti kebebasan dan kebahagian sebenarnya?

Saya tidak ada jawapan untuk dikongsikan tetapi hanya ingin mengutarakan persoalan bagi kita berfikir apakah sebenarnya tujuan kehidupan kita kini, adakah untuk memenuhkan tuntutan diri sehingga sanggup melakukan begitu banyak hutang? atau adakah kita memilih bank yang dikatakan mempunyai skim islamik atau kita tidak mahu berhutang dan cukup dengan apa yang ada atau kita memilih penilaian Allah swt terlebih dahulu sebelum bertindak. Walau apapun keputusan yang diambil tentunya ada kesan yang perlu ditanggung. Setiap keputusan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Allah hu alam.

0 comments: