Assalammualaikum dan salam sejahtera
Semua orang mahukan yang terbaik, bila memilih pakaian kita mahukan pakaian yang terbaik, didalam memilih makanan kita akan memilih yang terbaik dan samada kita sedar atau tidak kita hanya akan dapat memberikan yang terbaik apabila kita ikhlas melakukannya. Seorang isteri atau suami boleh memasak makanan pagi dan seorang pembantu rumah juga boleh memasak makanan pagi tetapi sekiranya makanan dimasak dengan perasaan marah kita akan dapat memilih dan mengetahui mana satu makanan yang di masak dengan perasaan kasih sayang atau pun penuh dengan perasaan kemarahan.
Tentunya makanan itu tetap makanan pagi seperti mee goreng atau nasi lemak tetapi makanan yang disediakan dengan perasaan kasih sayang dan keikhlasan akan dapat dirasai dengan presentation dan rasa yang sungguh berbeza dari makanan yang disediakan tanpa kesungguhan dan kasih sayang. Persoalan yang kita perlu fikirkkan adakah kita boleh sentiasa mendapatkan yang terbaik sekiranya kita sendiri gagal memberikan yang terbaik kepada oranng lain. Jika kita gagal memberikan yang terbaik kepada isteri, suami, anak-anak, rakan-rakan, jiran dan sesiapa sahaja, tentu sahaja mereka akan dapat merasainya dan apa yang kita lontarkan pasti akan kembali.
Apabila kita tersenyum kepada seseorang tentunya ia akan tersenyum kembali kepada kita walaupun kita tidak mengenalinya. Kalau kita sentiasa melakukan yang terbaik dan segalanya dilakukan untuk mendapatkan keredaan Allah swt, tentu sekali Allah swt yang maha pengasih dan maha Penyayang akan memberikan balasan kebaikan kepada diri kita. Kita tidak perlu risau tentang apakah balasan yang akan diberikan oleh Allah swt, baik atau buruk semuanya dari Allah swt dan kita perlu memikirkan tentunya ada kebaikan didalam segala apa sahaja yang kita lalui.
Untuk melakukan yang terbaik pula kita perlu bersifat positif didalam pemikiran, redza dengan ketentuan Allah swt disetiap saat dan ketika kerana masa yang kita ada hanya 3 saat, satu saat yang telah berlalu dan tidak akan kembali lagi yang memerlukan untuk kita bersyukur dan memohon keampunan diatas segala yang berlaku, satu saat sekarang yang memerlukan kita melakukan yang terbaik dan satu saat lagi yang akan mendatang yang kita tidak tahu apakh yang akan berlaku. Marilah kita melakukan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah swt melalui manusia disekeliling kehidupan kita di dunia ini. Satu saat begitu pantas sehinggakan kita tidak sempat membilangnya tetapi kita sering lupa sehingakan kita sering melihat waktu itu begitu lama dan sukar untuk melakukan yang terbaik buat kehidupan ini. Allah hu alam
Wednesday, July 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment