Friday, July 2, 2010

Makanan..Sejauh Mana Dicari Untuk Kehidupan



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Makanan suatu keperluan kehidupan, ada yang memakan makanan kerana rasa lapar dan ada juga yang memakan makanan kerana makanan terhidang dihadapan mata dan tidak mahu membazirkan makanan yang ada. Ada orang yang makan kerana kelaparan, ada juga yang memakan makanan kerana hawa nafsu, ada yang memakan makanan kerana telah terbeli dan tidak mahu membazir. Namun persoalannya mengapa kita perlu makan dan berapa banyakkah keperluan makan kepada diri kita?

Jika jasad kita memerlukan makanan yang berbentuk seperti nasi, kueh mueh, lauk pauh dan banyak lagi anika jenis makanan, maka apakah pula yang diperlukan oleh roh kita? Apakah yang kita sediakan untuk roh kita mendapatkan makanan yang terbaik agar roh dapat dijaga dan dapat dididik dengan baik. Apakah kita sentiasa memikirkan apakah makanan yang perlu dan boleh disediakan oleh kita untuk makanan roh yang ada. Jalan-jalan cari makan selalunya difikirkan apabila ingin mencuba tempat-tempat baru untuk merasakan makanan baru. Adakalanya kita akan memaklumkan kepada rakan-rakan sejauh mana enaknya makanan tersebut agar boleh dinikmati oleh mereka juga.

Teapi apabila roh kita merasakan nikmat adakah kita mahu berkongsikan sela yang kita rasakan kepada orang lain atau kita masih lagi tidak mahu orang lain merasakan seperti apa yang kita rasakan. Mungkin kita sebenarnya masih belum pasti apakah nikmat yang kita rasakan itu sebagai suatu nikmat yang sempurna sehinggakan kita tidak pasti untuk berkongsi dengan orang lain. Para sahabat rasulullah saw merasakan betapa nikmatnya duduk sebagai seorang islam dan merasakan Islam sahaja yang dapat menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi masa sekarang, mereka merasakan agar semua orang perlu berubah dan berpeluang untuk menikmati kehidupan sebagai seorang islam. Oleh sebab itu mereka tidak jemu-jemu untuk berkongsi apa yang dirasai agar dirasai oleh orang lain juga.

Hanya orang yang mempunyai sesuatu sahaja yang boleh berkongsi sesuatu yang dimilikinya, hanya orang yang berilmu sahaja yang boleh mengajarkan ilmu tersebut, Hanya orang yang kaya boleh memberikan hartanya, namun belum tentu sesiapa yang mempunyai segalanya boleh melakukan sekiranya ia tidak diberikan hidayah oleh Allah swt untuk melakukannya. Marilah kita berdoa untuk diberikan kekuatan untuk berkerja dan memberikan sesuatu untuk orang lain dan sentiasa menjadi tangan-tangan yang diatas dan bukan tangan yang dibawah yang sentiasa meminta. Allah hu alam

0 comments: