Friday, July 2, 2010

Kemanisan Kejayaan Memerlukan Pengorbanan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kemanisan kejayaan suatu yang sukar untuk dilupakan didalam kehidupan, namun setiap kemanisan kejayaan itu tentu sekali diiringi dengan kesediaan untuk melalui kesukaran didalam kehidupan. Setiap kesukaran yang dilalui tentunya menjanjikan kejayaan demi kejayaan, walaupun kejayan itu adalah ketentuan dari Allah swt namun setiap kesediaan melalui kesukaran itu pastinya akan membuahkan kemanisanan kejayaan seizing Allah swt. Kita perlu berani untuk menghadapi kesukaran dan kepayahan. Sejauh mana kita menyediakan diri kita untuk menghadapi sedikit kesukaran didalam kehidupan?



Adakah kita sering bersikap adil kepada diri kita? Kita mahukan kemanisan kejayaan tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapi kesukaran didalam kehidupan. Kita mahu meraih kejayaan tetapi kita melihat masalah sebagai suatu beban didalam kehidupan. Kita takut untuk memulakan sesuatu yang tidak biasa kita lalui, kita mahukan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sahaja tetapi kita berharap untuk mendapat hasil yang berbeza dalam kehidupan kita. Tentu suatu yang mustahil sekiranya kita berhajat kepada yang lebih baik tetapi tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang menanti.



Apabila melihat anak-anak tentu ramai yang mahukan anak-anak Berjaya didalam kehidupan mereka, tetapi berapa ramai ibubapa yang sanggup untuk duduk memerhatikan buku-buku pelajaran bersama-sama dengan anak mereka? Ramai merasakan dengan menghantar anak-anak ke pusat tusyen, ibubapa telah lepas tanggungjawab mendidik anak-anak mereka. Tidakkah kita sedar di pusat tusyen mereka hanya diajarkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pelajaran sahaja, mereka tidak diajar untuk berakhalak dengan baik, mereka tidak diajar untuk mengenal Allah swt, mereka tidak diajar untuk merasai sentuhan kasih sayang. Apakah dengan melahirkan anak-anak yang ditingkatkan pengetahuan mata pelajaran semata-mata ini akan dapat membentuk keperibadian mereka agar menjadi manusia yang seperti dikehendaki oleh Allah swt?



Sekali lagi perubahan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai sesuatu, yang kayaa sahaja mampu untuk memberikan sesuatu kepada yang miskin, yang berilmu sahaja yang mampu menyedarkan seseorang, yang mempunyai kasih sayang sahaja yang mampu mengalirkan perasaan itu buat orang lain. Marilah kita meneliti sejauh mana kita mempunyai sesuatu untuk kita kongsikan kepada orang-orang yang kita kasihi? Apakah kita benar-benar mengasihi isteri, anak-anak, ibubapa, rakan-rakan, sahabat, jiran dan masyarakat kita. Jika kita merasakan kita memiliki sesuatu dan bersedia untuk dikongsikan baru kita akan bermula, sebaliknya jika kita tidak menyedari apa yang kita ada bagaimana kita mahu melakukan dengan penuh kesungguhan kerana kita tidak tahu apakah langkah permulaan yang mahu kita lakukan. Tentulah kita akan rugi, bukan kita sahaja tetapi isteri, anak-anak, rakan , sahabat dan masyarakat kita tidak akan merasai keujudan diri kita disamping mereka. Allah hu alam

0 comments: