Thursday, July 8, 2010

Kepahaman melahirkan kekuatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Kemahuan dan kesungguhan lahir dari sikap seseorang berdasarkan sejauh mana jelasnya matlamat dan tujuan yang ingin di cari didalam kehidupan. Seseorang boleh melakukan banyak tugas tetapi adakah tugas-tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna? Adakah segala tenaga, persiapan diberikan untuk memastikan kejayaan kepada tugas-tugas yang ditentukan.

Persoalan ini hanya dapat dijawab dengan tindakan yang ditunjukkan atas dasar kepahaman berhubung dengan tujuan yang ingin dicapai. Sekiranya penilaian dan tujuan diatas dasar mencari keredaan Allah swt maka segala kesukaran bukan lagi suatu kesukaran sebaliknya segala di lihat sebagai suatu ujian untuk membersihkan Iman. Meletakkan penyerahan kepada Allah swt dan cuba melakukan yang terbaik.

Mari kita mengambil contoh untuk mendidik anak-anak. Apakah matlamat yang ada didalam diri kita, adakah kita mendidik mereka agar mereka selamat di akhirat nanti atau kita mendidik mereka agar mereka menjadi manusia yang berjaya didunia semata-mata. Jika matlamat kita berbeza tentu sekali tindakan kita akan berlainan. Jika kita meletakkan agar mereka akan mendapat surga di akhirat dan kita dapati anak kita bermasalah tentu sekali kita tidak akan putus-putus berharap agar Allah swt memberikan hidayah dan pertolongan kepada diri kita dan anak kita. Pengharapan kita sentiasa didalam apa sahaja tindakan dan bersyukur dengan apa sahaja pemberi Allah swt kita.

Kemarahan bukan kepada diri anak kita tetapi kepada sikap yang mereka tunjukkan dan kita akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki dengan hati yang tenang dan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt.

0 comments: