Wednesday, July 29, 2009

Kecantikan bermula dari mana...


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kecantikan dan wanita suatu yang sukar untuk dipisahkan, apabila memperkatakan tentang kecantikan semua wanita mahukan kecantikan dan mahu kelihatan menawan. Ada yang sanggup berbelanja begitu besar sekali semata-mata untuk mengikuti perkembangan fesyen yang ada masa kini.

Apakah tujuan untuk kelihatan cantik dan menawan? Untuk mendapat pujian? Untuk mendapat pemerhatian? Untuk kelihatan bergaya? Islam mengalakkan agar umat-umatnya kelihatan cantik dan kemas kerana rasullulah saw juga menjaga keterampilan diri beliau. Namun Islam juga meletakkan batas-batas tertentu untuk wanita memperhiaskan diri mereka.

Apakah rujukan wanita-wanita hari ini? Apakah wanita hari ini mengambil contoh yang di tunjukkan oleh isteri-isteri rasullulah saw? Atau mengambil contoh-contoh dari penyanyi-penyanyi serta pelakun-pelakun. Nafsu sentiasa berperang didalam kehidupan manusia untuk membawa manusia kepada kemusnahan, apakah kita merasakan kesukaran dan penderitaan untuk mengikuti hukum-hukum Allah swt, sekiranya kita merasakan berat dan sukar tetapi terus cuba mematuhinya, itu tanda ada iman didalam diri kita yang diberikan oleh Allah swt, sekiranya kita gembira melaksanakannya, itu bermakna cinta kepada Allah telah berputik dan segala yang dirasakan sukar untuk mematuhi hukum-hukum Allah swt telah menjadi senang dan kegembiraan adalah apabila dapat melaksanakan ajaran Islam didalam kehidupan.

Ketaatan perlu diselaraskan dengan ilmu yang ada agar kita sentiasa mendapat rahmat Allah swt, melakukan sesuatu tanpa ilmu ditakuti akan menyebabkan terpeseong dari landasan yang sebenarnya. Marilah kita mendapatkan ilmu dan pelajaran dari Al Quran dan hadith agar segalanya adalah berdasarkan hukum dan ketetapan Allah swt. Beramal tanpa ilmu seperti sibuta berjalan tanpa tongkatnya, penuh kerisauan takut mendapat malapetaka disebabkan tiada panduan. Allah hu alam.

Doa..sejauh mana kita berharap


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Doa seringkali dilafaskan, seringkali kita berharap dan berdoa, tetapi sering kali kita merasakan yang doa kita tidak dimakbulkan oleh allah swt. Kita membaca doa-doa selepas setiap kali kita solah, kita mengaminkan doa yang dibacakan di pejabat pada awal pagi, kita berdoa dan terus berdoa.

Adakah kita sedar sebenarnya kita kadang kala seperti tidak berdoa, kita hanya mengangkat tangan tetapi hati kita jauh dari berdoa, kita mungkin tidak memahami apa yang dibacakan dan kita hanya mengaminkan. Tidaklah salah apa yang kita telah lakukan, namun kita boleh melakukan lebih baik lagi dengan memahami atau membaca doa didalam bahasa melayu bagi mereka yang mendengarnya memahami apakah yang mereka aminkan.

Sejauh manakah kita benar-benar berharap apabila kita berdoa, adakah kita berdoa setakat dimulut sahaja tanpa hati merasainya, adakah kita berdoa kerana itu suatu amalan yang biasa kita lakukan di setiap kali lepas solat, atau kita berdoa hanya apabila kita merasai kesusuhan dan penderitaan? Atau adakah kita berdoa kerana kita merasakan Allah swt melihat tindakan kita dan kita mahu Allah memberikan perlindungan diatas tindakan kita yang mungkin bertentangan dengan kehendak Allah swt dan bertentangan dengan contoh yang ditunjukkan oleh rasulullah saw.

Pengharapan dan pergantungan kehidupan kita sebenarnya kepada siapa? Adakah pergantungan kita kepada material, pergantungan kepada manusia atau pergantungan kepada Allah swt? Senang untuk berkata tetapi begitu sukar untuk memastikan pergantungan kita hanya kepada Allah swt didalam kehidupan ini. Apabila pergantungan kepada Allah swt, maka semua yang dilalui adalah suatu pengharapan dan diiringi doa untuk mendapatkan rahmat, petunjuk dan perlindungan dari Allah swt. Allah hu alam.

Doa Jibril

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

SAJAK

Doa untuk kekasih

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah….
Seandai telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami,
Agar kemesraan itu abadi…..

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…..

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti….
Berikan aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…..

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untuk untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambamu ini……

Ya Allah…..
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
Kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah pada keturunan yang soleh dan solehah…..

Ya Allah….
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan peliharilah kami dari azab api neraka,

AMIN…AMIN….AMIN
YaRabbal’aalamiin….

Thursday, July 23, 2009

Kesibukan akan memberikan kebaikan atau keburukan


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kesibukan suatu yang biasa didalam kehiduapan kita hari ini, sibuk dengan kerja, sibuk dengan pesatuan, sibuk dengan anak-anak, sibuk dengan hiburan dan banyak sibuk-sibuk yang telah mengambil masa kehidupan kita. Namun masa tetap berlalu samada kita kata kita sibuk atau kita tidak sibuk. Mari kita melihat kesibukkan kita sekarang ini, adakah ianya akan memberikan kebaikan atau keburukan kepada kita. Sejauh mana kesibukan kita sekarang telah menjadikan diri kita dekat kepada Allah swt? Adakah dengan kesibukan kita, menyebabkan kita terlupa peranan kita sebagai manusia yang menjadi hamba Allah swt atau dengan kesibukan kita menjadikan kita takut dan berharap mendapat keredaan Allah swt.

Kita perlu sedar walaubagaimana kita sibuk, nyawa kita boleh diambil oleh Allah swt pada bila-bila masa sahaja dan bila Allah swt ambil nyawa kita, tempat yang kita katakana kita terlalu sibuk dan amat diperlukan oleh organisasi akan digantikan oleh orang lain pada bila-bila masa sahaja. Sibuk sangat ke kita atau penting sangat ke kita? Kerana selepas kematian kita pasti ada orang lain yang mengantikan tempat kita bila-bila masa sahaja. Bukan saya menyatakan tidak perlu menumpukan terhadap kerja tetapi saya mahukan kita bijak membahagikan masa yang kita ada agar ada keseimbangan diantara masa untuk mencari rezeki kerana Allah swt dan juga persedian diri untuk pertemuan dengan Allah swt suatu masa nanti.

Apakah kesibukan persediaan yang telah kita sediakan untuk menghadapi kematian yang tidak pernah melupakan diri kita, adakah kita benar-benar memperuntukkan waktu kita setiap hari untuk persedian tersebut. Apakah kita mengira berapa jumlah harta yang telah kita punyai didalam kehidupan kita sekarang untuk kita bawa kehadapan Allah swt kelak. Berapa sebenarnya jumlah harta-harta kita sekarang?

Persediaan tersebut akan kita sediakan sekiranya kita sering berfikir untuk apakah tujuan kita dilahirkan, apakah yang perlu kita lakukan dan kemanakah tujuan kehidupan kita. Bila kita berfikir dan memerhatikan persoalan ini maka kita akan bertanya nikmat tuhan kita manakah yang kita lupakan. Terlalu banyak nikmat Allah swt yang telah kita terima untuk kita bersyukur namun sejauh mana kita benar-benar bersyukur kepada Allah yang telah memberikan begitu banyak kebaikan didalam kehidupan kita. Marilah kita renung dan melakukan yang terbaik buat kehidupan kita. Amin

Apa Kewajiban Pertama Seorang Hamba ?

Apabila dikatakan kepadamu, “Kewajiban apa yang pertama kali yang harus dilakukan oleh seorang hamba ?”
Maka katakanlah, “Kewajiban pertama yang harus dilakukan oleh seorang hamba adalah mempelajari tauhidullah (tentang mengesakan Allah Ta’ala), sebagaimana hadits Ibnu ‘Abbas r.a., dia berkata, ‘Tatkala Nabi mengutus Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman, Nabi berkata kepada Mu’adz: ‘Sesungguhnya kamu diutus kepada suatu kaum dari ahli kitab, maka hendaknya yang pertama kali kamu seru kepada mereka agar mereka mentauhidkan Allah Ta’ala’ (HR. al Bukhari no. 7372, ini lafazhnya dan Muslim)”
Sumber Bacaan : Prinsip-prinsip Tauhid, Aqidah dan Manhaj oleh Syeikh Yahya bin Ali al Hajuri Mudah-mudahan Bermanfaat.

Wednesday, July 22, 2009

Kejayaan Kehidupan Berbagai Tanggapan


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Pengertian kejayaan sering kali dikaitkan dengan sejauh mana tingginya pelajaran seseorang, sejauh mana kekayaan yang diperolehi didalam kehidupannya, sejauh mana kesenangnan yang diperolehi didalam kehidupan. Kita akan menilai segala material yang ada seperti berapa buah kereta yang dipunyainya, berapa besar rumah yang dimiliki dan berbagai ukuran material yang akan menjadi kayu ukur kejayaan seseorang. Namun adakah kita meletakkan nillai agama sebagai suatu kejayaan didalam kehidupan.


Rasulullah saw meninggalkan pesanannya agar kita mendidik anak-anak kita supaya selamat diakhirat. Tidak dinyatakan untuk menjadi ahli perniagaan atau menjawat jawatan penting didalam organisasi. Oleh yang demikian mari kita melihat kembali anak-anak kita apakah kita menyediakan mereka untuk selamat di akhirat atau kita sebenarnya hanya menyediakan anak-anak kita untuk selamat di dunia semata-mata dengan sedikit usaha untuk mereka selamat diakhirat.


Kita akan dipersoalkan tentang hadiah yang merupakan anak-anak yang kita ada tentang bagaimanakah kita mencorakkannya, mereka ibarat kain putih dan kita pelukisnya, apakah corak asas yang telah kita sediakan sebelum mereka mewarnakan sendiri kain putih tersebut. Apakah kita telah menyediakan lakaran yang baik dan betul atau kita telah menyediakan lakaran yang menyebabkan mereka tidak mengenal Allah swt didalam kehidupan mereka.



Ramai ibu bapa gembira sekiranya anak mereka yang masih kecil boleh menyanyi, menari, atau pandai membaca diperingkat kecil lagi, tapi apabila hendak menghantar untuk belajar agama, ramai yang menyatakan masih kecil lagi untuk menerima ilmu agama tersebut. Kita takut ilmu agama akan membebankan kehidupan mereka. Ramai yang membiarkan anak-anak berada dihadapan TV kerana boleh melihat mereka daripada mereka bermain diluar rumah yang merisaukan keselamatan mereka. Tidak ramai yang takut akan keselamatan mereka di akhirat nanti kerana kita sendiri tidak takut dengan keselamatan kita diakhirat. Kita merasakan dengan apa yang telah kita lakukan kita mungkin selamat diakhirat nanti, kita mengambil nilai kita dan bukan melakukan penilaian dengan neraca Allah swt. Nilai Allah swt terdapat didalam kitabNya Al Quran dan kita masih jauh dari penghayatan Al Quran didalam kehidupan kita dan tentu sekali penilaian Allah swt tiada didalam diri kita. Marilah kita bermula untuk mencari penilaian dan neraca Allah swt didalam kehidupan kita. Amin.

Al Quran & Anak Kita
Kepentingan Mengajar Al-Quran Awal Kepada Si Manja
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun,
Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan
Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”. Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin.

Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?

Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran...” (Surah al-Qamar, ayat: 13)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya. Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mukjizat
Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu. Ia akan meninggalkan kesan bekas selamanya.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak.
Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.
Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:
• Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.
• Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
• Kanak-kanak boleh bercakap lebih awal jika kanak-kanak itu lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
• Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.
• IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan kurang berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.
• Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan .
Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran. Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya.

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.

Kesukaran Akan Memberikan Kebaikan


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Bila memperkatakan tentang kesenanggan atau kesukaran, ramai yang lebih gemar untuk bercerita tentang kesenangan. Kita lebih mudah untuk menceritakan kesenangan berbanding dengan kesukaran. Tetapi apabila kita sedang dirundung derita atau kita merasai penderitaan dan kesukaran, kita lebih mudah untuk membandingkan kehidupan yang senang dengan diri kita. Kita mungkin menyesali nasib yang kita terima, sukar untuk menerima sebagai suatu ujian untuk mengembirakan diri kita, sukar untuk menerima sebagai suatu ketetapan Allah swt untuk kita.


Bukankah setiap kesukaran pasti ada kesenangan, kesukaran adalah sebab untuk kita mendapatkan keindahan, mungkin sukar melayani sikap suami atau sikap isteri, namun disebalik kesukaran itu terdapat suatu kemanisan yang tidak dapat digambarkan apabila kita Berjaya menangani masalah yang kita hadapi. Sekiranya kita menyatakan kita sukar, sebenarnya lebih ramai lagi orang lain yang lebih sukar daripada apa yang kita alami. Begitu banyak penderitaan yang mungkin tidak dapat kita bayangkan berbanding dengan apa yang kita lalui.


Kita perlu bersyukur kepada Allah swt yang memberikan kita peluang demi peluang untuk kita memperbaiki kehidupan yang kita lalui, kita perlu menyemak kehidupan kita adakah kita telah lari daripada apa yang telah dikehendaki oleh Allah swt, Kita perlu melihat kehidupan para sahabat, bagaimana mereka melalui kehidupan mereka untuk mencari keredaan Allah swt. Kesukaran mungkin akan bermain dipemikiran sekiranya kita tidak mempunyai persedian, persediaan hati, persedian perasaan dan persedian penyerahan kepada Alah swt. Apabila Allah swt telah ada didalam hati segala kesukaran yang bakal dilalui akan menjadi mudah, tiada tekanan perasaan sebaliknya penuh dengan kesyukuran dan persediaan untuk mendapatkan kegembiraan didalam kehidupan.


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lidah mana yang tidak tergigit, namun kehidupan pasti akan terus berlalu dan kita perlu mencari yang terbaik disebalik apa sahaja yang berlaku kerana apa sahaja adalah suatu ujian untuk melihat sejauh mana kita berbaik sangka kepada Allah swt dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik. Begitu banyak hadiah Allah swt yang telah kita terima dan mengapa kita bersedih dengan sedikit kesukaran yang diberikan untuk terus menerima hadiah yang begitu besar di kehidupan di dunia dan di akhirat nanti.Allah hu alam

BAHAGIAKAN PASANGAN

Salah satu kebahagiaan adalah ketika melihat orang yang kita cintai bahagia.
Kebahagiaan jenis ini tingkatnya lebih tinggi dari kebahagiaan yang bersifat
individual. Boleh jadi, ini masuk dalam kategori kebahagiaan sosial.

Tidak mudah untuk memperoleh kebahagiaan jenis ini. Apalagi bagi mereka
yang bersifat egois. Semua kebahagiaannya diukur dari kebahagiaan diri
sendiri. Orang yang demikian adalah tipikal 'pemburu kebahagiaan' , yang
justru tidak pernah menemukan kebahagiaan. ..

Berumah tangga adalah sebuah cara untuk memperoleh kebahagiaan, dengan cara
membahagiakan pasangan kita. Partner kita. Isteri atau suami. Mampukah itu
terjadi? Mampu, ketika berumah tangga dengan berbekal cinta. Bukan sekadar
berburu cinta. Apakah ada bezanya?

Berbekal cinta, bererti kita mencintai pasangan kita. Ingin memberikan
sesuatu kepada pasangan agar ia merasa bahagia. Sedangkan berburu cinta,
bererti kita menginginkan untuk dicintai. Menginginkan sesuatu dari pasangan
kita, sehingga kita merasa bahagia.

Menurut anda, manakah yang lebih baik? Mengejar cinta atau memberikan cinta?
Mengejar kebahagiaan ataukah memberikan kebahagiaan? Mengejar kepuasan
ataukah justeru memberikan kepuasan? Mana yang bakal membahagiakan, yang
pertama ataukah yang ke dua?

Ternyata, yang ke dua. Mengejar cinta hanya akan mendorong anda untuk
berburu sesuatu yang tidak pasti. Yang tidak pernah anda raih. Kerana,
keinginan adalah sesuatu yang tidak pernah ada habisnya. Apalagi
keserakahan.

Hari ini Anda merasa memperoleh cinta dari pasangan Anda, maka berikutnya
anda akan merasa tidak puas. Dan ingin memperoleh yang lebih dari itu. Sudah
memperoleh lagi, berikutnya anda akan ingin lebih lagi.

Ini hampir tak ada bezanya dengan ingin mengejar kesenangan dengan cara
memiliki kereta atau rumah. Ketika kita masih miskin, kita mengira akan
senang memiliki motorsikal berharga 2-3 ribu ringgit. Kita berusaha
mengejarnya. Lantas memperolehnya. Dan kita memang senang.

Tapi, tak berapa lama kemudian, kita menginginkan untuk memiliki kereta yang
berharga puluhan ribu. Motorsikal yang telah kita miliki itu tidak lagi
menyenangkan, atau apalagi membahagiakan.

Benak kita terus menerus terisi oleh bayangan betapa senangnya memiliki
kereta berharga puluhan ribu. Jika kemudian kita MAMPU memenuhi
keinginan itu, kita pun merasa senang. Tetapi, ternyata itu tidak lama.
Benak kita bakal segera terisi oleh bayangan-bayangan, betapa senangnya
memiliki kereta yang lebih besar dan harganya lebih juga ya. Begitulah seterusnya.

Cuba rasakan hal ini dalam kehidupan anda, maka anda akan merasakan dan
membenarkannya.

Kesenangan dan kebahagiaan itu bukan anda peroleh dengan cara mengejarnya,
melainkan dengan cara merasakan apa yang sudah anda miliki. Dan jika anda
mensyukurinya, maka kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya pada
perubahan yang datang berikutnya.

Anda tak perlu mengejar kebahagiaan, kerana anda sudah menggenggamnya. Yang
perlu anda lakukan sebenarnya adalah memberikan perhatian kepada apa yang
sudah anda miliki. Bukan melihat dan mengejar sesuatu yang belum anda
punyai. Semakin anda memberikan perhatian kepada apa yang telah anda miliki,
maka semakin terasa nikmatnya memiliki. Jadi, kuncinya bukan mengejar,
melainkan memberi.

Demikian pula dalam berumah tangga. Jika kita ingin memperoleh kebahagiaan,
caranya bukan dengan mengejar kebahagiaan itu. Melainkan dengan memberikan
kebahagiaan kepada pasangan kita. Bukan mengejar cinta, melainkan memberikan
cinta. Bukan mengejar kepuasan, melainkan memberikan kepuasan.

Maka anda bakal memperoleh kebahagiaan itu dari dua arah. Yang pertama, anda
akan memperolehnya dari pasangan anda. Kerana merasa dibahagiakan, ia akan
membalas memberikan kebahagiaan.

Yang ke dua, kebahagiaan itu bakal muncul dari dalam diri anda sendiri.
Ketika kita berhasil memberikan kepuasan kepada pasangan kita, maka kita
bakal merasa puas. Ketika berhasil memberikan kesenangan kepada partner
kita, maka kita pun merasa senang. Dan ketika kita berhasil memberikan
kebahagiaan kepada isteri atau suami kita, maka kita pun merasa bahagia.

Ini, nikmatnya bukan main. Jumlah dan kualitinya terserah pada anda. Ingin lebih
bahagia, maka bahagiakanlah pasangan anda. Ingin lebih senang, maka
senangkanlah pasangan anda lebih banyak lagi. Terserah anda, minta kesenangan, kepuasan, ataupun kebahagiaan sebesar apa. Kerana kuncinya ada di tangan anda sendiri.Semakin banyak memberi semakin nikmat rasanya.

Anda yang terbiasa egois dan mengukur kebahagiaan dari kesenangan peribadi,
akan perlu waktu untuk menyelami dan merenungkan kalimat-kalimat di atas.

Contoh yang lebih konkrit adalah perkahwinan dengan cinta yang bertepuk
sebelah tangan. Perkahwinan semacam ini sungguh membuat menderita pihak yang
tidak mencintai. Padahal ia dicintai. Segala keperluannya dipenuhi oleh
pasangannya. Katakanlah ia pihak wanita.

Segala keperluan sang wanita selalu dipenuhi oleh suaminya. Rumah ada. Kereta
tersedia. Pakaian, perhiasan, dan segala keperluan semuanya tercukupi.
Tetapi ia tidak pernah merasa bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada cinta di
hatinya.

Sebaliknya, sang suami merasa bahagia, kerana ia mencintai isterinya. Ia
merasa senang dan puas ketika mapu membelikan rumah. Ia juga merasa senang
dan puas ketika mampu membelikan kereta.

Dan ia senang serta puas ketika mampu memenuhi segala keperluan isteri yang
dicintainya itu. Semakin cinta ia, dan semakin banyak ia memberikan kepada
isterinya, maka semakin bahagialah sang suami. Kalau ia benar-benar cinta
kepada isterinya, maka ukuran kebahagiaannya berada pada kebahagiaan si
isteri. Jika isterinya bahagia, ia pun merasa bahagia. Jika isterinya
menderita, maka ia pun merasa menderita.

Akan berbeza halnya, jika si suami tidak mencintai isteri. Ia sekadar
menuntut isterinya agar mencintainya. Memberikan kesenangan, kepuasan dan
kebahagiaan kepadanya. Ketika semua itu tidak sesuai dengan keinginannya,
maka ia bakal selalu merasa tidak bahagia.

Sebaliknya, jika isteri tersebut kemudian mampu mencintai suaminya - kerana
kebaikan yang diberikan terus menerus kepadanya - maka si isteri itu juga
bakal memperoleh kebahagiaan kerananya.

Pelayanan yang tadinya dilakukan dengan terpaksa terhadap suaminya, kini
berganti dengan rasa ikhlas dan cinta. Tiba-tiba saja dia merasakan
kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada terkira.

Kalau dulu ia memasakkan suami dengan rasa enggan dan terpaksa, misalnya,
kini ia melakukan dengan senang hati dan berbunga-bunga. Kalau dulu ia
merasa tersiksa ketika melayani suami di tempat tidur, kini ia merasakan
cinta yang membara.

Ya, tiba-tiba saja semuanya jadi terasa berbeza. Penuh nikmat dan bahagia.
Padahal seluruh aktiviti yang dia lakukan sama saja. Apakah yang
membezakannya? Rasa cinta!

Ketika 'berbekal cinta', semakin banyak ia memberi, semakin banyak pula rasa
bahagia yang diperolehnya. Hal ini memberikan gambaran kepada kita bahwa
yang bahagia itu sebenarnya bukanlah orang yang dicintai, melainkan orang
yang mencintai. Orang yang sedang jatuh cinta...

Kerana itu keliru kalau kita ingin dicintai. Yang harus kita lakukan adalah
mencintai pasangan. Semakin besar cinta kita kepadanya, semakin bahagia pula
kita kerananya. Dan yang ke dua, semakin banyak kita memberi untuk
kebahagiaan dia, maka semakin bahagialah kita...

Begitulah mestinya rumah tangga kita. Bukan saling menuntut untuk
dibahagiakan, melainkan saling memberi untuk membahagiakan. Kerana di
situlah kunci kebahagiaan yang sebenar-benarnya memberikan kebahagiaan.