Wednesday, July 29, 2009
Doa..sejauh mana kita berharap
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Doa seringkali dilafaskan, seringkali kita berharap dan berdoa, tetapi sering kali kita merasakan yang doa kita tidak dimakbulkan oleh allah swt. Kita membaca doa-doa selepas setiap kali kita solah, kita mengaminkan doa yang dibacakan di pejabat pada awal pagi, kita berdoa dan terus berdoa.
Adakah kita sedar sebenarnya kita kadang kala seperti tidak berdoa, kita hanya mengangkat tangan tetapi hati kita jauh dari berdoa, kita mungkin tidak memahami apa yang dibacakan dan kita hanya mengaminkan. Tidaklah salah apa yang kita telah lakukan, namun kita boleh melakukan lebih baik lagi dengan memahami atau membaca doa didalam bahasa melayu bagi mereka yang mendengarnya memahami apakah yang mereka aminkan.
Sejauh manakah kita benar-benar berharap apabila kita berdoa, adakah kita berdoa setakat dimulut sahaja tanpa hati merasainya, adakah kita berdoa kerana itu suatu amalan yang biasa kita lakukan di setiap kali lepas solat, atau kita berdoa hanya apabila kita merasai kesusuhan dan penderitaan? Atau adakah kita berdoa kerana kita merasakan Allah swt melihat tindakan kita dan kita mahu Allah memberikan perlindungan diatas tindakan kita yang mungkin bertentangan dengan kehendak Allah swt dan bertentangan dengan contoh yang ditunjukkan oleh rasulullah saw.
Pengharapan dan pergantungan kehidupan kita sebenarnya kepada siapa? Adakah pergantungan kita kepada material, pergantungan kepada manusia atau pergantungan kepada Allah swt? Senang untuk berkata tetapi begitu sukar untuk memastikan pergantungan kita hanya kepada Allah swt didalam kehidupan ini. Apabila pergantungan kepada Allah swt, maka semua yang dilalui adalah suatu pengharapan dan diiringi doa untuk mendapatkan rahmat, petunjuk dan perlindungan dari Allah swt. Allah hu alam.
Doa Jibril
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
SAJAK
Doa untuk kekasih
Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah….
Seandai telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami,
Agar kemesraan itu abadi…..
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…..
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti….
Berikan aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…..
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untuk untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambamu ini……
Ya Allah…..
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
Kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah pada keturunan yang soleh dan solehah…..
Ya Allah….
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan peliharilah kami dari azab api neraka,
AMIN…AMIN….AMIN
YaRabbal’aalamiin….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment