Wednesday, July 29, 2009
Kecantikan bermula dari mana...
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kecantikan dan wanita suatu yang sukar untuk dipisahkan, apabila memperkatakan tentang kecantikan semua wanita mahukan kecantikan dan mahu kelihatan menawan. Ada yang sanggup berbelanja begitu besar sekali semata-mata untuk mengikuti perkembangan fesyen yang ada masa kini.
Apakah tujuan untuk kelihatan cantik dan menawan? Untuk mendapat pujian? Untuk mendapat pemerhatian? Untuk kelihatan bergaya? Islam mengalakkan agar umat-umatnya kelihatan cantik dan kemas kerana rasullulah saw juga menjaga keterampilan diri beliau. Namun Islam juga meletakkan batas-batas tertentu untuk wanita memperhiaskan diri mereka.
Apakah rujukan wanita-wanita hari ini? Apakah wanita hari ini mengambil contoh yang di tunjukkan oleh isteri-isteri rasullulah saw? Atau mengambil contoh-contoh dari penyanyi-penyanyi serta pelakun-pelakun. Nafsu sentiasa berperang didalam kehidupan manusia untuk membawa manusia kepada kemusnahan, apakah kita merasakan kesukaran dan penderitaan untuk mengikuti hukum-hukum Allah swt, sekiranya kita merasakan berat dan sukar tetapi terus cuba mematuhinya, itu tanda ada iman didalam diri kita yang diberikan oleh Allah swt, sekiranya kita gembira melaksanakannya, itu bermakna cinta kepada Allah telah berputik dan segala yang dirasakan sukar untuk mematuhi hukum-hukum Allah swt telah menjadi senang dan kegembiraan adalah apabila dapat melaksanakan ajaran Islam didalam kehidupan.
Ketaatan perlu diselaraskan dengan ilmu yang ada agar kita sentiasa mendapat rahmat Allah swt, melakukan sesuatu tanpa ilmu ditakuti akan menyebabkan terpeseong dari landasan yang sebenarnya. Marilah kita mendapatkan ilmu dan pelajaran dari Al Quran dan hadith agar segalanya adalah berdasarkan hukum dan ketetapan Allah swt. Beramal tanpa ilmu seperti sibuta berjalan tanpa tongkatnya, penuh kerisauan takut mendapat malapetaka disebabkan tiada panduan. Allah hu alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment