Thursday, July 23, 2009
Kesibukan akan memberikan kebaikan atau keburukan
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kesibukan suatu yang biasa didalam kehiduapan kita hari ini, sibuk dengan kerja, sibuk dengan pesatuan, sibuk dengan anak-anak, sibuk dengan hiburan dan banyak sibuk-sibuk yang telah mengambil masa kehidupan kita. Namun masa tetap berlalu samada kita kata kita sibuk atau kita tidak sibuk. Mari kita melihat kesibukkan kita sekarang ini, adakah ianya akan memberikan kebaikan atau keburukan kepada kita. Sejauh mana kesibukan kita sekarang telah menjadikan diri kita dekat kepada Allah swt? Adakah dengan kesibukan kita, menyebabkan kita terlupa peranan kita sebagai manusia yang menjadi hamba Allah swt atau dengan kesibukan kita menjadikan kita takut dan berharap mendapat keredaan Allah swt.
Kita perlu sedar walaubagaimana kita sibuk, nyawa kita boleh diambil oleh Allah swt pada bila-bila masa sahaja dan bila Allah swt ambil nyawa kita, tempat yang kita katakana kita terlalu sibuk dan amat diperlukan oleh organisasi akan digantikan oleh orang lain pada bila-bila masa sahaja. Sibuk sangat ke kita atau penting sangat ke kita? Kerana selepas kematian kita pasti ada orang lain yang mengantikan tempat kita bila-bila masa sahaja. Bukan saya menyatakan tidak perlu menumpukan terhadap kerja tetapi saya mahukan kita bijak membahagikan masa yang kita ada agar ada keseimbangan diantara masa untuk mencari rezeki kerana Allah swt dan juga persedian diri untuk pertemuan dengan Allah swt suatu masa nanti.
Apakah kesibukan persediaan yang telah kita sediakan untuk menghadapi kematian yang tidak pernah melupakan diri kita, adakah kita benar-benar memperuntukkan waktu kita setiap hari untuk persedian tersebut. Apakah kita mengira berapa jumlah harta yang telah kita punyai didalam kehidupan kita sekarang untuk kita bawa kehadapan Allah swt kelak. Berapa sebenarnya jumlah harta-harta kita sekarang?
Persediaan tersebut akan kita sediakan sekiranya kita sering berfikir untuk apakah tujuan kita dilahirkan, apakah yang perlu kita lakukan dan kemanakah tujuan kehidupan kita. Bila kita berfikir dan memerhatikan persoalan ini maka kita akan bertanya nikmat tuhan kita manakah yang kita lupakan. Terlalu banyak nikmat Allah swt yang telah kita terima untuk kita bersyukur namun sejauh mana kita benar-benar bersyukur kepada Allah yang telah memberikan begitu banyak kebaikan didalam kehidupan kita. Marilah kita renung dan melakukan yang terbaik buat kehidupan kita. Amin
Apa Kewajiban Pertama Seorang Hamba ?
Apabila dikatakan kepadamu, “Kewajiban apa yang pertama kali yang harus dilakukan oleh seorang hamba ?”
Maka katakanlah, “Kewajiban pertama yang harus dilakukan oleh seorang hamba adalah mempelajari tauhidullah (tentang mengesakan Allah Ta’ala), sebagaimana hadits Ibnu ‘Abbas r.a., dia berkata, ‘Tatkala Nabi mengutus Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman, Nabi berkata kepada Mu’adz: ‘Sesungguhnya kamu diutus kepada suatu kaum dari ahli kitab, maka hendaknya yang pertama kali kamu seru kepada mereka agar mereka mentauhidkan Allah Ta’ala’ (HR. al Bukhari no. 7372, ini lafazhnya dan Muslim)”
Sumber Bacaan : Prinsip-prinsip Tauhid, Aqidah dan Manhaj oleh Syeikh Yahya bin Ali al Hajuri Mudah-mudahan Bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment