Apakah erti saya memeluk islam, suatu tajuk yang mungkin perlu kita perhatikan agar kita benar-benar faham dan merasai didalam kehidupan kita. Mungkin boleh kita gunakan bahan ini untuk dibacakan bersama keluarga tersayang untuk mereka fahami dan juga menjadi titik tolak untuk kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Kehidupan kita ini tanpa kita benar-benar merasakan keuntungan dan kebaikan mungkin kita akan melalui tampa merasakan betapa nikmat dan bersyukurnya diatas apa yang telah diberikan kepada kita sepanjang kita hidup ini oleh Allah swt.
Mari kita lihat sekiranya kita diberikan pinjam sebuah computer yang terbaharu serta cangih, kita boleh mengunakan dengan sebaik mungkin dan manjaga computer itu supaya tidak rosak. Boleh tak apabila tuan punya computer itu mengkehendaki komputernya kita menyatakan tidak boleh atau kita tidak mahu memulangkan barang yang telah diberi pinjam tersebut? Tentunya tidak boleh dan kita sepatutnya memulangkan dengan hati yang berterima kasih diatas kesediaan dia memberikan pinjaman kepada kita. Mari kita lihat diri kita sebenarnya adlah pemberian dpd Allah swt, diberikan tangan, kaki, mata mulut dan semua anggota badan ini untuk kita oleh Allah swt. Diberikan anak, isteri, suami, kakak, adik, ayah, ibu dan boleh tak allah yang memberikan pinjaman itu mengambil kembali miliknya, tentunya Dia tidak perlu meminta kebenaran untuk mengambil hartaNya kembali.
Ini bermaksud kita perlu menjaga harta yang dipinjamkan ini dengan baik-baik supaya tidak rosak. Sekiranya kita merosakkan harta Allah swt ini bermakna kita tidak menyukuri nikmat allah swt dan kita telah menderhaka dan boleh diberikan balasan yang buruk kerana tidak tahu berterima kasih diatas pemberian Allah swt. Mari kita renungkan pemberian Allah swt yang banyak kepada diri kita ini, marilah befikir secara rasional tentang kehidupan ini kerana kehidupan ini tentu ada akhirnya yang akan diberikan balasan yang adil, bagi orang yang jahat tentunya dibalas jahat dan bagi yang melakukan yang baik dibalas baik.
Persoalan nya pakah yang dikatakan baik dan apa pula yang dikatakan buruk. Baik adalah apabila kita mengambil sesuatu mengikut seperti yang diarahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt. Sebaliknya yang dikatakan buruk adalah apabil seseorang itu melakukan apa yang dilarang oleh allah dan meninggalkan segala suruhan allah swt.
Mari kita bersama-sama melakukan yang terbaik kerana yang terbaik berbeza daripada seseorang dengan seseorang. Ianya mengikut apa yang mereka tanggapkan dan ia kembali kepada ”I think, i feel and i do”. Allah hu allam.
LANGKAH PERTAMA MENJADI SEORANG MUSLIM
Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar? Ini memerlukan satu penelitian yang cermat dan butir-butir yang terang.
Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan ‘Muslim’ itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam? Adakah Muslim itu nama bagi sesuatu bangsa? Adakah seseorang itu menjadi Muslim dengan sebab ia adalah anak atau cucu bagi seorang Muslim? Adakah seseorang itu diperanakkan sebagai Muslim sebagaimana seorang anak Brahmin diperanakkan sebagai Brahmin? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas seperti yang terdapat pada orang-orang Hindu? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil masyarakat Muslim? Apakah jawaban kita? Jawaban kita sudah tentu tidak. Orang yang sedemikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, ia bukan lagi Muslim. Samada seseorang itu orang Brahmin, atau Inggeris, atau Negro atau Cina, atau apa-apa bangsa sekali pun, ia akan diterima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam bila ia menerima dan mengakui akan Islam. Akan tetapi, seseorang itu akan disingkirkan daripada masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia adalah anak seorang Sayyid atau Pathan.
Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada kita ialah Islam. Ia bukanlah sampai kepada kita atas sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah suatu benda yang secara sepontan sahaja berada pada kita samada kita ambil peduli atau tidak. Islam adalah suatu nikmat yang kita perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak menerimanya. Akan tetapi, jika kita tidak memperdulikannya, maka nikmat yang paling berharga ini adakan ditarik balik daripada kita. Na’uzubilla himinzalik-Semoga Allah menjauhkan hal demikian daripada kita.
Erti menerima Islam
Kita semua sekarang sudah tahu bahawa seseorang itu Muslim bila ia menerima Islam. Walaubagaimanapun, satu tanda tanya timbul di kepala kita. Apakah erti menerima Islam itu? Bagaimanakah kita boleh dianggap atau dikatakan telah menerima Islam? Memadaikah kita ini dikatakan menerima Islam dengan hanya berkata: “Saya telah menjadi seorang Islam atau saya telah menerima Islam?”
Adakah seseorang itu dikatakan menerima Islam bila ia boleh melafazkan beberapa patah perkataan Arab tanpa memahami maksudnya sebagaimana seorang Brahmin membaca beberapa ayat mentera Sanskrit yang dia sendiri tidak mengerti? Jawapan kita sudah tentu begini: “Seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia menerima keIslamannya itu dengan sedar (siuman) dan sengaja (tanpa paksaan) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri.”
Apakah itu KUFUR dan apakah itu ISLAM ?
Kufur bererti keengganan manusia untuk melaksanakan perintah-perintah Allah. Islam bererti keta’atan kepada Allah sahaja. Islam bererti keengganan kita untuk mengakui (menerima) segala cara-cara (sistem-sistem), undang-undang serta peraturan-peraturan yang bertentangan dengan panduan-panduan Allah. Perbedaaan Islam dan Kufur ini telah diterangkan di dalam al Quran. Firman Allah :
“ Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.”
(Al-Maaidah : 44)
Memutuskan sesuatu atau menghakimkan sesuatu, tidak semestinya dilakukan (dengan berpandukan Kitabullah) terhadap kes-kes dimahkamah sahaja. Sebenarnya hal ini dilakukan pada setiap kali seorang itu perlu membuat keputusan. Juga pada setiap ketika di dalam hidup seseorang itu yang memerlukan perlaksanaan sesuatu keputusan.
Kerap kali timbul keadaan di mana kita terpaksa membuat keputusan samada hendak melaksanakan sesuatu perkara atau tidak ? Kadang-kadang kita juga terpaksa memikirkan cara bagaimana sesuatu perkara itu patut dijalankan. Juga kadangkala timbul persoalan samada hendak menggunakan cara ini atau cara yang itu bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Cara untuk kita mencapai suatu keputusan di dalam semua keadaan tadi telah termaktub di dalm Kitabullah (iaitu Al Quran) dan sunnah Rasulullah SAW. Cara yang lain dari cara tersebut ialah cara yang hanya digerakkan oleh nafsu tamak, adat turun temurun (ancenstral customs) atau undang-undang buatan manusia. Kalau seseorang itu mengenepikan cara (sistem) yang telah disarankan oleh Allah SWT dengan mengambil cara yang lain untuk tindakannya, maka sebenarnya ia sedang mengikuti jalan (wasilah) kekufuran.
Jika ia mengambil jalan kekufuran tadi untuk keseluruhan hidupnya, maka ia adalah kafir yang sepenuhnya. Jika ia menta’ati panduan-panduan Allah dalam menyelesaikan beberapa perkara akan tetapi di dalam beberapa perkara yang lain kita memberi keutamaan kepada nafsu kita atau kepada adat-adat jahiliyyah kuno atau kepada undang-undang bikinan manusia untuk menyelesaikannya, maka ini bermakna kita telah melibatkan diri kita ke dalam kancah kekufuran pada peringkat seorang penderhaka. Seseorang boleh menjadi kafir separuh (1/2) atau satu suku (1/4) atau satu persepuluh (1/10) atau satu perduapuluh (1/20). Ringkasnya, kekufuran itu dikira mengikut sejauhmana ia telah menderhaka terhadap undang-undang atau peraturan Allah.
Islam ialah perhambaan (sepenuhnya) manusia terhadap Allah SWT. Ini berma’na ia tidak menjadi hamba kepada dirinya; nenek moyangnya; atau keluarganya; dan bangsanya; atau tuan guru dan ulamaknya; atau tuan tanah dan tuan hakimnya dan tuan pemungut cukainya. Ianya adalah perhambaan kepada Allah SWT sahaja.
Rujukan: Iman Islam Jihad, Sayyid Abul A’la Maududi
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment