Mari kita renungkan apabila seseorang yang amat mengasihi dan menyayangi kita dan meninggalkan ssesuatu buat diri kita bagaimanakah perasaan kita? Gembira, berterima kasih diatas barang yang ditinggalkan dan berusaha untuk mencari yang terbaik daripada peninggalannya? Rasul saw telah meninggalkan Al quran dan juga hadith untuk memberikan kebahagian kepada diri kita tetapi adakah kita benar-benar merasakan terpanggil untuk meneliti dan mencari yang terbaik daripada peninggalan yang begitu agung dan dapat menyelamatkan kehidupan kit adi dunia dan jug adi akhirat nanti.
Setiap detik sentiasa berlalu dan akan datang detik yang baru, tetapi detik yang baru itu juga akan meninggalkan kita dan pergi tetapi bagaimana kita menghargai setiap detik kerana setiap detik akan memberikan perubahan kepada diri kita sekiranya kita benar-benar mencari yang terbaik untuk kehidupan kita didunia ini. Apa yang kita cari dan apa yang perlu dicari sebenarnya ada didalam alQuran dan hadith yang di tinggalkan oleh rasululllah saw. Mungkin kita telah banyak membuang masa yang lalu tetapi adakah kita akan terus membuang masa yang akan datang dengan tidak merasakan betapa perlunya kita meningkatkan ilmu kita untuk memahami apa yang telah ditinggalkan oleh rasulullah saw tanda kasih dan sayangnya beliau kepada diri kita.
Sekiranya kita benar-benar merasai kasih dan sayang daripada rasulullah saw maka kita perlu cuba melakukan sesuatu tanda kita benar-benar menghargai peninggalan rasulullah saw dan mahu menjadikan diri kita pengikut dan menghargai Islam yang telah diberikan kepada diri kita. Islam ini bukan keturunan dan bukan sebab kita dilahirkan sebagai islam maka kita akan tetap sebagai islam tetapi ia adalah amal perbuatan dan juga rasa hati, kepercayaan yang diamalkan didalam kehidupan kita.
Marilah kita sama-sama mencari harta peninggalan rasulullah untuk kita laksanakan didalam kehidupan kita.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment