Friday, May 9, 2008

Sahabat, engkau di hati ku

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Berapa ramai sahabat kita? Berapa ramai yang bersedia untuk menangis bersama-sama dengan kita dan sentiasa memberikan dorongan apabila kita memerlukannya, bak kata pepatah kawan ketawa ramai tetapi kawan menangis kurang. Adakah kita mengharagai kawan yang kita ada, adakah kita cuba mengembirakan rakan yang kita ada? Adakah kita menunjukkan sempati terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakan kita?

Dimanakah rakan yang sebenarnya didalam hidup ini. Adakah rakan yang kita ada sekarang ini dapat membantu diri kita untuk mengenal tuhan? Jika tidak apakah yang perlu kita fikirkan? Kita pasti mati tapi adakah kita akan diberikan kesempatan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat nanti. Allah amat menyukai hamba-hambanya yang pergi menziarahi rakannya kerana Allah swt. Dimana pertemuan dan perpisahan itu untuk mencari keredaan allah swt. Itulah tanda-tanda orang yang beriman. Cinta dan mencintai kerana allah swt. Apakah sebab kita menjalinkan persahabatan pada masa ini? Untuk mendapat bantuan di dunia? Untuk mendapat senyumannya? Untuk mendapat suasana gelak ketawa? Untuk mendapat sesuatu yang menjadikan kita sentiasa gembira? Atau lebih dari itu untuk mencari kebaikan yang akan membawa kita untuk kenal kepada Allah dan merasai betapa kita bersyukur kerana persahabatan ini telah dan akan menyelamatkan kita daripada siksa di akhirat kelak.

Duduk dan berfikir sejenak, renung siapakah didalam senarai kita yang akan dapat membantu kita, kalau tiada bermakna mungkin kita juga tidak dapat memberikan kebaikan buat orang lain, ini bermakna kita perlu berubah dan melakukan sesuatu seperti yang allah swt hendak kita lakukan apabila kita telah diberikan amanah untuk hidup di dunia ini. Apakah amanah allah swt yang telah diberikan kepada diri kita sekarang ini? Mari kita menyemak dan memperbetulkan diri kita kerana perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh kita bila kita bersedia untuk melakukannya, Marilah kita sama-sama berubah dengan meningkatkan ilmu pengetahuan kita terhadap agama dengan meneliti tafsir-tafsir Al quran.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.......


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..........., Bergerak bersama..........,
Menangis bersama..........., Melihat bersama dan..........,
Tidur bersama..........

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.............Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN.............

posted on behalf of IAR

0 comments: