Perubahan sentiasa berlaku dan setiap orang samada ia sedar atau tidak sedar sentiasa berubah, Adakah kita telah memberikan perubahan buat diri orang lain? Adakah kita telah menyebabkan orang lain berasa betapa pentingnya diri kita kerana telah memberikan suatu sebab untuk mereka mengingati diri kita. Apakah perbuatan kita yang telah menyebabkan seseorang insaf dan sedar betapa indahnya kehidupan ini dan kita perlu melalui kehidupan ini penuh dengan sikap positif.
Adakah kita sedar bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada seseorang tanpa kita sedari. Apa yang perlu kita lakukan adalah kita perlu melakukan yang terbaik dan terbaik. Kesedaran atau perubahan atau kebaikan adalah pemberian dari allah swt. Kita tidak perlu risau jika kita melakukan yang baik dan tidak perlu takut atas cemuhan dari orang lain. Setiap yang baik yang kita cuba lakukan adalah suatu yang akan dinilai oleh Allah swt sekiranya hati kita ikhlas, yang penting bagaimana untuk kita mengikhlaskan hati kita hanya kerana Allah SWT.
Allah tidak melihat berapa banyak pakaian yang telah kita sedekahkkan, tidak melihat sebanyak mana wang yang kita telah berikan, tidak mendengar sebanyak mana pujian yang telah kita berikan kepada kawan dan pekerja kita tetapi apa yang di nilai adalah keikhlasan yang kita lakukan samada benar-benar ikhlas atau penuh dengan kepura-puraan.
Didalam workshop yang baru baru ini saya ikuti, prof tersebut telah menjelaskan bahawa dunia telah menemui satu penemuan baru dimana semua anggota tubuh badan kita boleh membenarkan apa yang kita lakukan, contohnya seseorang telah melakukan kesalahan membunuh dan telah tertangkap. Alat tersebut perlu diletakkan di tangan penjahat tersebut dan gelombang akan dilihat melalui mesin, apabila ditanya samada ia membunuh atau tidak, tentu ia menjawab tidak tetapi gelombang di mesin akan menunjukkkan yang dia berbohong. Tetapi apabila di tanya kepada orang yang tidak bersalah, gelombang akan membenarkan apa yang dikatakan oleh orang tersebut.
Mungkin ini yang dijelaskan oleh Al Quran bahawa tangan, mata, telinga, kaki dan semua anggota tubuh badan nanti akan menjadi saksi diatas segala tindakan kita didunia dimana mulut tidak diberi peluang lagi untuk membela diri.
Marilah kita kembali kepada nilai-nilai yang telah diajarkan oleh Allah SWT melalui Rasul SAW untuk kita menjadi manusia yang benar-benar takut dan berusaha benar-benar untuk mencari redza Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mencari ilmu untuk meningkatkan pengetahuan kita kerana apa yang kita fikirkan akkan kita rasa dan dilahirkan didalam tindakan. AMIN.
Sila layari WHO I AM MAKES A DIFFERENCE
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment