Saturday, May 31, 2008

Saya akan melakukannya!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Perubahan sentiasa berlaku dan setiap orang samada ia sedar atau tidak sedar sentiasa berubah, Adakah kita telah memberikan perubahan buat diri orang lain? Adakah kita telah menyebabkan orang lain berasa betapa pentingnya diri kita kerana telah memberikan suatu sebab untuk mereka mengingati diri kita. Apakah perbuatan kita yang telah menyebabkan seseorang insaf dan sedar betapa indahnya kehidupan ini dan kita perlu melalui kehidupan ini penuh dengan sikap positif.

Adakah kita sedar bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada seseorang tanpa kita sedari. Apa yang perlu kita lakukan adalah kita perlu melakukan yang terbaik dan terbaik. Kesedaran atau perubahan atau kebaikan adalah pemberian dari allah swt. Kita tidak perlu risau jika kita melakukan yang baik dan tidak perlu takut atas cemuhan dari orang lain. Setiap yang baik yang kita cuba lakukan adalah suatu yang akan dinilai oleh Allah swt sekiranya hati kita ikhlas, yang penting bagaimana untuk kita mengikhlaskan hati kita hanya kerana Allah SWT.

Allah tidak melihat berapa banyak pakaian yang telah kita sedekahkkan, tidak melihat sebanyak mana wang yang kita telah berikan, tidak mendengar sebanyak mana pujian yang telah kita berikan kepada kawan dan pekerja kita tetapi apa yang di nilai adalah keikhlasan yang kita lakukan samada benar-benar ikhlas atau penuh dengan kepura-puraan.

Didalam workshop yang baru baru ini saya ikuti, prof tersebut telah menjelaskan bahawa dunia telah menemui satu penemuan baru dimana semua anggota tubuh badan kita boleh membenarkan apa yang kita lakukan, contohnya seseorang telah melakukan kesalahan membunuh dan telah tertangkap. Alat tersebut perlu diletakkan di tangan penjahat tersebut dan gelombang akan dilihat melalui mesin, apabila ditanya samada ia membunuh atau tidak, tentu ia menjawab tidak tetapi gelombang di mesin akan menunjukkkan yang dia berbohong. Tetapi apabila di tanya kepada orang yang tidak bersalah, gelombang akan membenarkan apa yang dikatakan oleh orang tersebut.

Mungkin ini yang dijelaskan oleh Al Quran bahawa tangan, mata, telinga, kaki dan semua anggota tubuh badan nanti akan menjadi saksi diatas segala tindakan kita didunia dimana mulut tidak diberi peluang lagi untuk membela diri.

Marilah kita kembali kepada nilai-nilai yang telah diajarkan oleh Allah SWT melalui Rasul SAW untuk kita menjadi manusia yang benar-benar takut dan berusaha benar-benar untuk mencari redza Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mencari ilmu untuk meningkatkan pengetahuan kita kerana apa yang kita fikirkan akkan kita rasa dan dilahirkan didalam tindakan. AMIN.

Sila layari WHO I AM MAKES A DIFFERENCE
posted on behalf of IAR

Sunday, May 25, 2008

Apa yang ditinggalkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Mari kita renungkan apabila seseorang yang amat mengasihi dan menyayangi kita dan meninggalkan ssesuatu buat diri kita bagaimanakah perasaan kita? Gembira, berterima kasih diatas barang yang ditinggalkan dan berusaha untuk mencari yang terbaik daripada peninggalannya? Rasul saw telah meninggalkan Al quran dan juga hadith untuk memberikan kebahagian kepada diri kita tetapi adakah kita benar-benar merasakan terpanggil untuk meneliti dan mencari yang terbaik daripada peninggalan yang begitu agung dan dapat menyelamatkan kehidupan kit adi dunia dan jug adi akhirat nanti.

Setiap detik sentiasa berlalu dan akan datang detik yang baru, tetapi detik yang baru itu juga akan meninggalkan kita dan pergi tetapi bagaimana kita menghargai setiap detik kerana setiap detik akan memberikan perubahan kepada diri kita sekiranya kita benar-benar mencari yang terbaik untuk kehidupan kita didunia ini. Apa yang kita cari dan apa yang perlu dicari sebenarnya ada didalam alQuran dan hadith yang di tinggalkan oleh rasululllah saw. Mungkin kita telah banyak membuang masa yang lalu tetapi adakah kita akan terus membuang masa yang akan datang dengan tidak merasakan betapa perlunya kita meningkatkan ilmu kita untuk memahami apa yang telah ditinggalkan oleh rasulullah saw tanda kasih dan sayangnya beliau kepada diri kita.

Sekiranya kita benar-benar merasai kasih dan sayang daripada rasulullah saw maka kita perlu cuba melakukan sesuatu tanda kita benar-benar menghargai peninggalan rasulullah saw dan mahu menjadikan diri kita pengikut dan menghargai Islam yang telah diberikan kepada diri kita. Islam ini bukan keturunan dan bukan sebab kita dilahirkan sebagai islam maka kita akan tetap sebagai islam tetapi ia adalah amal perbuatan dan juga rasa hati, kepercayaan yang diamalkan didalam kehidupan kita.

Marilah kita sama-sama mencari harta peninggalan rasulullah untuk kita laksanakan didalam kehidupan kita.

posted on behalf of IAR

Friday, May 16, 2008

Tanda2 ada pada kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kita selalu ingin bukti didalam kehidupan kita, tetapi bukti yang begitu banyak kadang kala kita lupa dan tidak tersentuh apabila kita tidak memikirkannya, Begitu banyak tanda-tanda yang ada didalam diri kita tentang kebesaran tuhan, berapa banyak tisu yang digantikan pada setiap saat, bagaimana mata kita berfungsi adakah anak mata kita, kita yang mengawalnya atau kita tidak mengawal anak mata kita tetapi siapa pula yang mengawal anak mata kita tentunya Allah swt yang maha esa yang mengawalnya tetapi kita tidak mudah untuk menundukkan pemikiran kita untuk mengakui betapa besarnya allah swt didalam kehidupan kita yang serba dengan kelemahan.

Jantung kita adakah kita yang memastikan ianya akan berfungsi mengepam darah keseluruh tubuh badan, jika kita tidak pernah memberikan arahan tentu ada yang menentukan agar ia sentiasa mengepam darah tersebut dan betapa lemahnyakita tetapi terlalu sombong untuk mengakui kebesaran allah swt dan tunduk kepada semua arahan dan suruhanya.

Marilah kita bersama-sama untuk berfikir.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

A man went to a barber shop to have his hair and his beard cut as always. He started to have a good conversation with the barber who attended him. They talked about so many things and various subjects. Suddenly, they touched the subject of ALLAH.

The barber said: "Look man, I don't believe that ALLAH exists as you say so.""Why do you say that?" Asked the client. Well, it's so easy; you just have to go out in the street to realize that ALLAH does not exist. Oh, tell me, if ALLAH existed, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If ALLAH existed, there would be neither suffering nor pain. I can't think of a ALLAH who permits all of these things."

The client stopped for moment thinking but he didn't want to respond so as to prevent an argument. The barber finished his job and the client went out of the shop. Just after he left the barber shop he saw a man in the street with a long hair and beard (it seems that it had been a long time since he had his cut and he looked so untidy).

Then the client again entered the barber shop and he said to the barber: “Know what? Barbers do not exist.""How come they don't exist?"- asked the barber. "Well I am here and I am a barber." "No!" - The client exclaimed. "They don't exist, because if they did there would be no people with long hair and beard like that man who walks in the street." "Ah, barbers do exist, what happens is that people do not come to me." "Exactly!"- affirmed the client. "That's the point. ALLAH does exist, what happens is people don't go to Him and do not look for Him that's why there's so much pain and suffering in the world."

posted on behalf of IAR

Thursday, May 15, 2008

Siapa bos kita?....

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Siapakah boss kita? Mungkin kita boleh mentafsirkan orang yang bertanggungjawab keatas segala yang kita lakukan, atau yang memberikan perhatian terhadap kerja-kerja yang kita lakukan, mungkin yang memberikan kita pekerjaan. Mungkin yang meberikan kita rezeki? Tapi siapa yang memberikan kita rezeki, tentunya jawapannya adalah Allah swt.

Kalau begitu kita bekerja untuk allah swt yang memberikan tugas kepada kita untuk berkerja di TM. Boleh lah kita dikatakan sebagai pegawainya yang diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab di TM. Maka kita sepatutnya tidak boleh sombong dan bongkak didalam menjalankan tugas dan perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin kerana kita adalah pegawai-pegawai tuhan yang diberikan tanggungjawab.

Bolehkah kita menipu boss kita? Atau mengambil kesempatan apabila boss tiada seperti didalam video klip yang dilampirkan? Persoalannya sejauhmana kita merasakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri kita untuk memikulnya, kalau kita sedar dan insaf tugas ini adalah dari allah untuk kita memakmurkan pejabatnya iaitu bumi ini maka kita akan melakukan yang terbaik bukan sahaja di pejabat tetapi di rumah juga pejabat kita, dirumah juga adalah pekerja kita yang mana kita bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas untuk mencari keredaan allah swt.

Mari kita renugkan apa yang telah kita lakukan di pejabat Allah swt ini. Allah hu alam.

posted on behalf of IAR

Wednesday, May 14, 2008

Sekiranya kita mahu kita akan melakukannya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Didalam kehidupan kita banyak yang kita inginkan, kadang kala apa yang kita inginkan tidak dapat dan tidak semudah itu untuk kita memperolehinya. Namun selagi kita bercita-cita, kenyataan itu lebih hampir untuk kita memperolehi daripada kita tidak bercita-cita untuk mendapatkanya. Manusia diberikan kebebasan untuk memilih dan didalam memilih apa yang kita inginkan kita sebenarnya perlu memikirkan samada apa sahaja yang kita pilih adakah ia bertentangan atau tidak dengan apa kata Allah swt. Apakkah selama ini apabila kita membuat keputusan kita meletakkan Allah swt dihadapan kita?

Kalau kita ingin mengikut apa kata hati terlalu banyak yang kita inginkan tetapi apakah yang kita inginkan itu akan menyebabkan kita akan hidup bahagia didunia dan di akhirat nanti. Mari kita merenung apa yang telah kita lakukan sepanjang minggu yang lalu? Berapa banyak apa yang kita lakukan sebenarnya mengikut nilai-nilai yang disukai oleh Allah swt dan berapa banyak pula tindakan yang kita lakukan bertentangan dengan nilai Allah swt.

Setiap keputusan yang kita ambil akan menyebabkan perubahan dan setiap perubahan yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada persekitaran, keluarga dan masyarakat dimana kita berada. Mari kita sama sama memperbaiki kehidupan kita supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang memberikan kebaikan kepada diri kita, keluarga kita dan juga syarikat dimana kita berada.

posted on behlf of IAR

Harta pinjaman tuhan

Assalammualaikum dan sala sejahtera,Rakan-rakan yang di hormati,

Kita selalu lupa apa yang kita ada, kita selalu ingin apa yang tidak atau belum kita punyai, kita kadang kala kurang bersyukur terhadap apa yang telah diberikan oleh alllah swt didalam kehidupan kita. Kita ada kenderaan yang boleh bergerak dengan baik, tetapi kita rasa kurang baik dan nak tukar yang lain, kita ada pekerjaan yang baik tapi kita rasa kalau dapat kerja lain yang lebih bagus kita bersedia untuk berhenti, kita selalu tidak pernah puas dengan apa sahaja yang ada pada diri kita.

Mungkin kerana kita mahu yang sempurna didalam kehidupan ini tetapi kesempurnaan itu tidak pernah kunjung tiba, Hanya mereka yang benar-benar bersyukur dan berbaik sangka dengan Allah swt sahaja yang mungkin dapat merasai apa yang ada adalah suatu yang terbaik yang telah disusun untuk menjadikan kita benar-benar menghargai pemberian daripada Allah swt. Hargailah apa yang kita ada kerana sekiranya apa yang ada ini diambil oleh Allah swt pada masa itu baru kita sedar dan insaf untuk menghargai hadiah pemberian Allah swt.

Bayangkan sekiranya kita mempunyai ibu, apakah yang kita telah lakukan untuk mengembirakan mereka, mungkin hari ini, esok, minggu hadapan, tahun hadapan atau bila-bila sahaja Allah swt boleh mengambilnya dan mungkin pada masa itu kita tidak kesempatan untuk melakukan yang terbaik buat mereka.

Oleh sebab itu kita perlu untuk melakukan sekarang, dan sekarang yang kita katakan sekarang tidak lagi menjadi sekarang kerana masa itu telah berlalu, kita mempunyai masa sekarang yang begitu pantas berlalu dan ia telah menjadi kenangan atau sejarah bagi diri kita. Tetapi kita perlu ingat bahawa masa yang berlalu tetap dirakamkan didalam buku catitan Allah untuk diberikan balasan di dunia dan di akhirat.

Apakah masa yang telah kita peruntukan untuk anak-anak, isteri, suami, keluarga, ibu bapa dan juga semua orang yang perlu kita berikan perhatian dan komitment kita untuk menjadi hamba Allah swt.


KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. "Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. "Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.

Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?" "Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan." "Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?" "Budak-budak? ""Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur."Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. "Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya.

Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling.

Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya "Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?" Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. "Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat.

Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. "Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.

Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. "Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu.

Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?"

Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wan gi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya."Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami." "Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah..""Nantilah besar sikit." Dalihnya."Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?" Mereka dia tinggalkan di rumah.

Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. "Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya.


Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan."Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja.

Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan.


Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.

Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan. ......... ......

posted on behalf of IAR

Saturday, May 10, 2008

Apakah erti saya memeluk islam

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apakah erti saya memeluk islam, suatu tajuk yang mungkin perlu kita perhatikan agar kita benar-benar faham dan merasai didalam kehidupan kita. Mungkin boleh kita gunakan bahan ini untuk dibacakan bersama keluarga tersayang untuk mereka fahami dan juga menjadi titik tolak untuk kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Kehidupan kita ini tanpa kita benar-benar merasakan keuntungan dan kebaikan mungkin kita akan melalui tampa merasakan betapa nikmat dan bersyukurnya diatas apa yang telah diberikan kepada kita sepanjang kita hidup ini oleh Allah swt.

Mari kita lihat sekiranya kita diberikan pinjam sebuah computer yang terbaharu serta cangih, kita boleh mengunakan dengan sebaik mungkin dan manjaga computer itu supaya tidak rosak. Boleh tak apabila tuan punya computer itu mengkehendaki komputernya kita menyatakan tidak boleh atau kita tidak mahu memulangkan barang yang telah diberi pinjam tersebut? Tentunya tidak boleh dan kita sepatutnya memulangkan dengan hati yang berterima kasih diatas kesediaan dia memberikan pinjaman kepada kita. Mari kita lihat diri kita sebenarnya adlah pemberian dpd Allah swt, diberikan tangan, kaki, mata mulut dan semua anggota badan ini untuk kita oleh Allah swt. Diberikan anak, isteri, suami, kakak, adik, ayah, ibu dan boleh tak allah yang memberikan pinjaman itu mengambil kembali miliknya, tentunya Dia tidak perlu meminta kebenaran untuk mengambil hartaNya kembali.

Ini bermaksud kita perlu menjaga harta yang dipinjamkan ini dengan baik-baik supaya tidak rosak. Sekiranya kita merosakkan harta Allah swt ini bermakna kita tidak menyukuri nikmat allah swt dan kita telah menderhaka dan boleh diberikan balasan yang buruk kerana tidak tahu berterima kasih diatas pemberian Allah swt. Mari kita renungkan pemberian Allah swt yang banyak kepada diri kita ini, marilah befikir secara rasional tentang kehidupan ini kerana kehidupan ini tentu ada akhirnya yang akan diberikan balasan yang adil, bagi orang yang jahat tentunya dibalas jahat dan bagi yang melakukan yang baik dibalas baik.

Persoalan nya pakah yang dikatakan baik dan apa pula yang dikatakan buruk. Baik adalah apabila kita mengambil sesuatu mengikut seperti yang diarahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt. Sebaliknya yang dikatakan buruk adalah apabil seseorang itu melakukan apa yang dilarang oleh allah dan meninggalkan segala suruhan allah swt.

Mari kita bersama-sama melakukan yang terbaik kerana yang terbaik berbeza daripada seseorang dengan seseorang. Ianya mengikut apa yang mereka tanggapkan dan ia kembali kepada ”I think, i feel and i do”. Allah hu allam.

"Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (Surah al-Kahfi 18: 13)
LANGKAH PERTAMA MENJADI SEORANG MUSLIM

Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar? Ini memerlukan satu penelitian yang cermat dan butir-butir yang terang.

Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan ‘Muslim’ itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam? Adakah Muslim itu nama bagi sesuatu bangsa? Adakah seseorang itu menjadi Muslim dengan sebab ia adalah anak atau cucu bagi seorang Muslim? Adakah seseorang itu diperanakkan sebagai Muslim sebagaimana seorang anak Brahmin diperanakkan sebagai Brahmin? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas seperti yang terdapat pada orang-orang Hindu? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil masyarakat Muslim? Apakah jawaban kita? Jawaban kita sudah tentu tidak. Orang yang sedemikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, ia bukan lagi Muslim. Samada seseorang itu orang Brahmin, atau Inggeris, atau Negro atau Cina, atau apa-apa bangsa sekali pun, ia akan diterima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam bila ia menerima dan mengakui akan Islam. Akan tetapi, seseorang itu akan disingkirkan daripada masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia adalah anak seorang Sayyid atau Pathan.

Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada kita ialah Islam. Ia bukanlah sampai kepada kita atas sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah suatu benda yang secara sepontan sahaja berada pada kita samada kita ambil peduli atau tidak. Islam adalah suatu nikmat yang kita perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak menerimanya. Akan tetapi, jika kita tidak memperdulikannya, maka nikmat yang paling berharga ini adakan ditarik balik daripada kita. Na’uzubilla himinzalik-Semoga Allah menjauhkan hal demikian daripada kita.

Erti menerima Islam

Kita semua sekarang sudah tahu bahawa seseorang itu Muslim bila ia menerima Islam. Walaubagaimanapun, satu tanda tanya timbul di kepala kita. Apakah erti menerima Islam itu? Bagaimanakah kita boleh dianggap atau dikatakan telah menerima Islam? Memadaikah kita ini dikatakan menerima Islam dengan hanya berkata: “Saya telah menjadi seorang Islam atau saya telah menerima Islam?”

Adakah seseorang itu dikatakan menerima Islam bila ia boleh melafazkan beberapa patah perkataan Arab tanpa memahami maksudnya sebagaimana seorang Brahmin membaca beberapa ayat mentera Sanskrit yang dia sendiri tidak mengerti? Jawapan kita sudah tentu begini: “Seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia menerima keIslamannya itu dengan sedar (siuman) dan sengaja (tanpa paksaan) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri.”

Apakah itu KUFUR dan apakah itu ISLAM ?

Kufur bererti keengganan manusia untuk melaksanakan perintah-perintah Allah. Islam bererti keta’atan kepada Allah sahaja. Islam bererti keengganan kita untuk mengakui (menerima) segala cara-cara (sistem-sistem), undang-undang serta peraturan-peraturan yang bertentangan dengan panduan-panduan Allah. Perbedaaan Islam dan Kufur ini telah diterangkan di dalam al Quran. Firman Allah :
“ Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.”
(Al-Maaidah : 44)

Memutuskan sesuatu atau menghakimkan sesuatu, tidak semestinya dilakukan (dengan berpandukan Kitabullah) terhadap kes-kes dimahkamah sahaja. Sebenarnya hal ini dilakukan pada setiap kali seorang itu perlu membuat keputusan. Juga pada setiap ketika di dalam hidup seseorang itu yang memerlukan perlaksanaan sesuatu keputusan.
Kerap kali timbul keadaan di mana kita terpaksa membuat keputusan samada hendak melaksanakan sesuatu perkara atau tidak ? Kadang-kadang kita juga terpaksa memikirkan cara bagaimana sesuatu perkara itu patut dijalankan. Juga kadangkala timbul persoalan samada hendak menggunakan cara ini atau cara yang itu bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Cara untuk kita mencapai suatu keputusan di dalam semua keadaan tadi telah termaktub di dalm Kitabullah (iaitu Al Quran) dan sunnah Rasulullah SAW. Cara yang lain dari cara tersebut ialah cara yang hanya digerakkan oleh nafsu tamak, adat turun temurun (ancenstral customs) atau undang-undang buatan manusia. Kalau seseorang itu mengenepikan cara (sistem) yang telah disarankan oleh Allah SWT dengan mengambil cara yang lain untuk tindakannya, maka sebenarnya ia sedang mengikuti jalan (wasilah) kekufuran.

Jika ia mengambil jalan kekufuran tadi untuk keseluruhan hidupnya, maka ia adalah kafir yang sepenuhnya. Jika ia menta’ati panduan-panduan Allah dalam menyelesaikan beberapa perkara akan tetapi di dalam beberapa perkara yang lain kita memberi keutamaan kepada nafsu kita atau kepada adat-adat jahiliyyah kuno atau kepada undang-undang bikinan manusia untuk menyelesaikannya, maka ini bermakna kita telah melibatkan diri kita ke dalam kancah kekufuran pada peringkat seorang penderhaka. Seseorang boleh menjadi kafir separuh (1/2) atau satu suku (1/4) atau satu persepuluh (1/10) atau satu perduapuluh (1/20). Ringkasnya, kekufuran itu dikira mengikut sejauhmana ia telah menderhaka terhadap undang-undang atau peraturan Allah.

Islam ialah perhambaan (sepenuhnya) manusia terhadap Allah SWT. Ini berma’na ia tidak menjadi hamba kepada dirinya; nenek moyangnya; atau keluarganya; dan bangsanya; atau tuan guru dan ulamaknya; atau tuan tanah dan tuan hakimnya dan tuan pemungut cukainya. Ianya adalah perhambaan kepada Allah SWT sahaja.

Rujukan: Iman Islam Jihad, Sayyid Abul A’la Maududi

posted on behalf of IAR

Friday, May 9, 2008

Sahabat, engkau di hati ku

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Berapa ramai sahabat kita? Berapa ramai yang bersedia untuk menangis bersama-sama dengan kita dan sentiasa memberikan dorongan apabila kita memerlukannya, bak kata pepatah kawan ketawa ramai tetapi kawan menangis kurang. Adakah kita mengharagai kawan yang kita ada, adakah kita cuba mengembirakan rakan yang kita ada? Adakah kita menunjukkan sempati terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakan kita?

Dimanakah rakan yang sebenarnya didalam hidup ini. Adakah rakan yang kita ada sekarang ini dapat membantu diri kita untuk mengenal tuhan? Jika tidak apakah yang perlu kita fikirkan? Kita pasti mati tapi adakah kita akan diberikan kesempatan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat nanti. Allah amat menyukai hamba-hambanya yang pergi menziarahi rakannya kerana Allah swt. Dimana pertemuan dan perpisahan itu untuk mencari keredaan allah swt. Itulah tanda-tanda orang yang beriman. Cinta dan mencintai kerana allah swt. Apakah sebab kita menjalinkan persahabatan pada masa ini? Untuk mendapat bantuan di dunia? Untuk mendapat senyumannya? Untuk mendapat suasana gelak ketawa? Untuk mendapat sesuatu yang menjadikan kita sentiasa gembira? Atau lebih dari itu untuk mencari kebaikan yang akan membawa kita untuk kenal kepada Allah dan merasai betapa kita bersyukur kerana persahabatan ini telah dan akan menyelamatkan kita daripada siksa di akhirat kelak.

Duduk dan berfikir sejenak, renung siapakah didalam senarai kita yang akan dapat membantu kita, kalau tiada bermakna mungkin kita juga tidak dapat memberikan kebaikan buat orang lain, ini bermakna kita perlu berubah dan melakukan sesuatu seperti yang allah swt hendak kita lakukan apabila kita telah diberikan amanah untuk hidup di dunia ini. Apakah amanah allah swt yang telah diberikan kepada diri kita sekarang ini? Mari kita menyemak dan memperbetulkan diri kita kerana perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh kita bila kita bersedia untuk melakukannya, Marilah kita sama-sama berubah dengan meningkatkan ilmu pengetahuan kita terhadap agama dengan meneliti tafsir-tafsir Al quran.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.......


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..........., Bergerak bersama..........,
Menangis bersama..........., Melihat bersama dan..........,
Tidur bersama..........

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.............Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN.............

posted on behalf of IAR