Thursday, October 29, 2009

Adakah Kesukaran Kemiskinan Mengisnsafkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kemiskinan dan penderitaan suatu yang tidak dminta atau dicari namun apa yang telah berlaku tetap menguji kehidupan kita. Mengapa mereka diuji dengan kemiskinana? Kesusahan? Penderitaan? Kesengsaaraan? Adakah perkara-perkara tersebut suatu yang mesti dilalui oleh seseorang sebagai suratan takdir atau kita melihat apa yang berlaku sebagai suatu yang akan mematangkan kehidupan dan perlu lulus ujian yang disediakan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur kepada Allah swt.



Hari Sabtu dan Ahad lalu, saya berkesempatan pergi kesuatu kawasan pendalaman di Sabah (Kunak dan Sempurna), saya sempat melawat beberapa kampong didalam misi bantuan kesihatan kepada penduduk. Rata-rata pendapatan sekeluarga disana sekitar RM 250 hinggga RM450, masih ramai yang tidak mempunyai TV, tiada peti sejuk, tiada radio, tiada sterika, kanak-kanak yang kelihatan begitu ceria walaupun mereka didalam keadaan miskin dan tidak sesenang seperti anak-anak kita.



Apabila ditanyakan kepada mereka samada berpuas hati tentang kehidupan mereka, ada yang menyatakan berpuas hati dan ada juga yang tidak berpuas hati. Namun rata-rata kehendak mereka tidaklah begitu tinggi, keperluan tidak begitu banyak dan kehidupan itu mudah dengan apa yang ada. Apabila ditanya tentang pakaian yang mereka punyai rata-rata tidak melebih sepuluh helai baju sahaja. Mengapa kita begitu banyak kehendak berbanding dengan penduduk kampong ini, mengapa kita sering tidak berpuas hati, banyak kehendak dan sentiasa membandingkan dengan orang lain.



Kita selalu membandingkan mengapa orang lain dapat sesuatu yang lebih berbanding dengan diri kita, kita rasakan selalu kerugian, selalu kekurangan, selalu tidak mendapat yang terbaik didalam tindakan kehidupan kita. Kita sering melihat keatas dan jarang-jarang melihat kebawah. Bukankah setinggi mana kita naik kita akan pasti mati.



Terkenang sebuah keluarga yang bahagia mempunyai akan-anak yang Berjaya namun apabila tiba kematiannya, rumah yang dibinanya telah ditinggalkan oleh anak-anak tanpa penguhi dan akhirnya rebah ketanah, anak-anak yang Berjaya tidak mahu mengunakan rumah yang telah bapa mereka bina kerana cita rasa anak-anak telah berbeza dengan cita rasa ayah semasa membina rumah tersebut. Mereka mahukan sesuatu yang baru, akhirnya rumah yang dibina tidak memberikan erti apa-apa langsung. Persoalannya adakah kita menyediakan rumah untuk kehidupan akhirat kita. Ada pula anak-anak yang bergaduh berkerat rotan dan berpatah arang kerana berebut harta peninggalan ayah, apakh ini harapan dan cita-cita kehidupan kita? Mari kita renungkan perubahan yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan sedikit ketenangan selepas kematian, allah hu alam

Tuesday, October 27, 2009

Korban...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Korban, suatu yang akan dilaksanakan apabila hari raya haji tiba, ada yang berkira-kira nak korban atau tidak pada tahun ini, ada yang telah menyimpan duit bagi melakukan korban dan ada yang masih belum memikirkan samada nak berkorban atau tidak pada tahun ini.



Amalan korban adalah suatu amalan yang di tuntut untuk dilaksanakan dimana firman Allah swt didalam surah Al Haj : 37 yang bermaksud “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”



Di riwayatkan oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada hari raya aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah swt daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”



Haluan (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) akan mengadakan ibadah korban di Kemboja dan Sri Lanka dengan nilai RM230 bagi satu bahagian dan di Perkampongan Orang Asli & Miskin di Malaysia dengan nilai RM350 bagi satu bahagian. Apalah nilai wang bagi mereka yang diberikan begitu banyak kelebihan samada disegi keewangan, disegi kesihatan, disegi kebahagian, disegi kegembiraan. Marilah kita memberikan sedikit sumbangan untuk berkorban dengan penuh keikhlasan bagi melahirkan penyerahan kepada Allah swt.



Semuga keikhlasan dan kesediaan tuan puan akan di rahmati Allah swt dan menjadikan kita semakin hampir dan dikasih Allah swt. Mereka yang susah tidak meminta dilahirkan didalam kesusahan tetapi mereka dipilih untuk merasai kesukaran dan kita tidak meminta dilahirkan senang tetapi Allah memberikan kita sedikit nikmat untuk melihat kita samada bersedia untuk berkorban untuk mengembirakan mereka-mereka yang diuji dengan kesukaran.

Semuga kita diberikan kelapangan untuk berkorban di tahun ini. Amin

Korban Tanda Bersyukur Kepada Allah SWT

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Korban, suatu yang akan dilaksanakan apabila hari raya haji tiba, ada yang berkira-kira nak korban atau tidak pada tahun ini, ada yang telah menyimpan duit bagi melakukan korban dan ada yang masih belum memikirkan samada nak berkorban atau tidak pada tahun ini.



Amalan korban adalah suatu amalan yang di tuntut untuk dilaksanakan dimana firman Allah swt didalam surah Al Haj : 37 yang bermaksud “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”



Di riwayatkan oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada hari raya aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah swt daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”



Haluan (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) akan mengadakan ibadah korban di Kemboja dan Sri Lanka dengan nilai RM230 bagi satu bahagian dan di Perkampongan Orang Asli & Miskin di Malaysia dengan nilai RM350 bagi satu bahagian. Apalah nilai wang bagi mereka yang diberikan begitu banyak kelebihan samada disegi keewangan, disegi kesihatan, disegi kebahagian, disegi kegembiraan. Marilah kita memberikan sedikit sumbangan untuk berkorban dengan penuh keikhlasan bagi melahirkan penyerahan kepada Allah swt.



Semuga keikhlasan dan kesediaan tuan puan akan di rahmati Allah swt dan menjadikan kita semakin hampir dan dikasih Allah swt. Mereka yang susah tidak meminta dilahirkan didalam kesusahan tetapi mereka dipilih untuk merasai kesukaran dan kita tidak meminta dilahirkan senang tetapi Allah memberikan kita sedikit nikmat untuk melihat kita samada bersedia untuk berkorban untuk mengembirakan mereka-mereka yang diuji dengan kesukaran.

Semuga kita diberikan kelapangan untuk berkorban di tahun ini. Amin

Ilmu Membezakan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera



“(Yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepadaNya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.” (Al Ahzab:39)



Kita tidak lebih dari orang yang menyediakan sebab dan keputusan adalah milik Allah swt, maka setelah menyediakan sebab kita perlu bertawakal kepada Allah swt. “Dan katakanlah, ‘ Bekerjalah kalian, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaan kalian itu dan kalian akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan hal yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan Nya kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan.” (At Taubah:105). “Dan sesungguhnya jalanKu ini adalah jalan yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan –jalan itu mencerai beraikan kalian dari jalaNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kalian agar kalian bertakwa.” (Al Anam:153)



Ilmu adalah dasar terpenting bagi seorang islam, bukan berapa banyak solah yang dilakukan, bukan berapa banyak puasa yang dilaksanakan tetapi yang terpenting adakah seorang itu mempunyai ilmu tentang apa yang dilaksanakan oleh beliau, Dimana Umar al Khatab berkata “Kematian seribu orang ahli ibadah yang selalu shalat malam dan berpuasa diwaktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang cerdas yang mengetahui hal-hal yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah.”



Firman Allah “ Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanya Islam.” (Ali Imran:19). “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Al Ma’idah:3). “Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kalai tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran:85)



Sejauh mana kita meyakini akan ayat-ayat diatas? Adakah ayat-ayat diatas disampaikan kepada manusia dizaman rasulullah saw dan untuk mereka sahaja, tentu sekali tidak tetapi ia diberikan untuk semua manusia dan kita perlu mempunyai ilmu untuk memahami segala makna di dalam ayat tersebut. Semua orang mengakui bahawa telah banyak kitab agama ada didunia ini dan semuanya itu tidak ada yang tulin selain ada penambahan dan ada perubahan kecuali kitab suci Al Quran. Ini sudah pasti suatu dalil yang kuat untuk kita cuba memahami dan mengkaji apakah yang terkandungan didalam al Quran. Oleh sebab itu kita perlu mendapatkan ilmu untuk menyelamatkan kita dari ancaman Allah swt yang telah menjadikan kita sebegitu sempurna dan manjadikan alam dengan kawalan yang begitu sempurna sehinggakan sukar untuk difikirkan. Namun kita perlu mempercayainya. Amin


Catitan: Terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang telah menderma untuk sekolah Ibn Khaldun yang sedang dalam perancangan pembinaan, untuk makluman sejumlah RM300,000 telah berjaya di kumpulkan sepanjang bulan Ramadan yang lalu dan pihak sekolah masih kekurangan sebanyak RM1.2 juta, untuk makluman kutipan masih lagi datang dari masa kesemasa dan amat-amat diharapkan bantuan dari tuan puan untuk memastikan hujung tahun ini pembinaan sekolah dapat dilaksanakan. Kita hanya berusaha dan Allah yang membantu dan memberikan pertolongan.

Thursday, October 15, 2009

Hidup suatu permainan atau perjudian

Assalammualaikum dan salam sejahtera



http://kalamiar.blogspot.com/2009/10/bergembira-menanti-kematian.html



http://www.haluan.org.my/



Apakah hidup ini untuk permainan dan lakunan semata-mata? Apakah tiada sebab yang kuat kenapa kita dihidupkan sehinggakan kita tidak merasakan peranan yang perlu kita lakukan dengan sebaik mungkin dan sentiasa dirasai didalam kehidupan kita. Apkah kita merasakan kehidupan ini sebagai ujian dimana apabila kita mahu mengambil ujian, kita sentiasa berusaha untuk memastikan agar ujian yang akan kita lalui pasti lulus dan Berjaya.



Sekiranya kita merasakan kehidupan in sebagia perniagaan tentu sekali kita tidak mahu kerugian didalam perniagaan yang kita laksanakan, kita tentu sahaja mahu keuntungan yang begitu besar dan kita tentu akan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan perniagaan yang sedang kita usahakan akan mendapat keuntungan yang besar. Lebih-lebih lagi jika sentiasa menyadari akan ada jualan lelong atau jualan murah yang berlipat kali ganda keuntungan yang akan kita perolehi apabila kita Berjaya mendapatkannya untuk didagangkan di kemudian hari.



Namun mengapa kita sering tidak merasai akan ujian dan perniagaan ini didalam kehidupan kita? Kita sering mahukan sesuatu yang kita Nampak sahaja, atau kita hanya mahu sesuatu pujian tetapi tidak mahu pujian dari Allah swt. Itulah manusia yang dijadikan Allah swt yang sentiasa mencari harta walaupun telah mempunyai dua gunung emas, Allah swt ingin melihat manusia agar selalu insaf dan sedar bahawa mereka sebenarnya adalah hamba-hambaNya yang sentiasa tidak bebas dari pemerhatian Allah swt namun mereka boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah swt dan allah swt mahu melihat manusia bertaubat dan dia maha pemberi taubat untuk menunjukkkan sifat rahmat dan kasih sayangNya. Adakah kita merasai kasih sayang Allah swt kepada kita?



Adakah kita sedar hanya mereka yang merasai disayangi sahaja yang mungkin dapat membalas kasih dan sayang Allah swt, namun bagaimana untuk merasakan kasih sayang allah swt sekiranya kita tidak menyedari segala pemberian hadiah yang begitu banyak kepada diri kita, menyedari dan mengenali sifat-sifatNya sehingga hati ini penuh dengan kerinduan dan kecintaan kerana kehidupan tanpa Allah swt seolah-olah tiada kehidupan dan kenikmatan. Marilah kita mula untuk mengenal Allah swt dan juga rasullullah saw. Amin

Kecintaan Sejauh Mana Pengorbanannya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/06/teguran-manusia-tanda-kasih-allah.html



Kecintaan suatu perkataan hikmat yang mampu memberikan pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan seseorang. Kecintaan kepada seorang gadis mungkin menyebabkan seorang teruna lupa pada segala-galanya sehinggakan hilang focus kepada kehidupan, jika berbual lain yang ditanya dan lain pula yang dijawabnya. Namun mengapa pengertian cinta ini hanya berlingkar didalam suatu skop antara remaja sahaja.



Apakah perasaan cinta antara anak dan ibubapa tidak dapat digambarkan, apakah perasaan cinta antara isteri dan suami tidak dapat dinyalakan, apakah perasaan cinta antara manusia dengan Allah swt tidak dapat disemarakkan sehingga membakar segala-gala yang menyebabkan pemikiran sentiasa terfikir dan hati sentiasa tertumpu kepada yang dicintai.



Apakah lagi cinta-cinta yang boleh bersemarak didalam kehidupan kita kerana dengan cinta hidup akan bermakna, seseorang akan merasakan kebahagian dan cuba untuk mendapatkan lebih banyak cinta untuk menjadikan kehidupan penuh dengan keindahan. Akan ujud suatu tenaga yang begitu besar dalam diri seseorang dan memberikan suatu persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran walau betapa sukar dilihat oleh orang lain tetapi bagi orang yang bercinta tiada halangan dan kesukaran kerana demi cintanya.



Tetapi kenapa kadang kala cinta hilang tiba-tiba, isteri mula memakan pil bisu, naik kereta mula senyap tiada bicara yang hendak diperkatakan walaupun tiada pergaduhan, apakah cinta telah hilang dengan masa berlalu, kenapa tidak disemarakkan seperti sebelum perkahwinan atau semasa awal perkahwinan. Ada saja yang ingin dibualkan sehinggakan untuk berbincang tentang kucing jiran boleh dibincangkan sehingga sejam dua, berbincang tentang matanya, warna bulunya, umurnya, zuriatnya dan banyak lagi perkara tentang kucing tersebut. Semuanya saling perlu memerlukan dan persedian untuk mendengar begitu tinggi sehinggakan setiap perkataan di dengar dengan penuh persiapan untuk meraikan antara satu sama lain.



Marilah kita semarakkan kembali cinta-cinta ini dengan berpaksi kerana Allah swt, tidak kira satu atau dua atau tiga atau empat, apa yang telah berlaku adalah ujian untuk menguji sejauh mana tanda kecintaan kepada Allah swt yang menguji setiap manusia pilihan, segalanya mudah jika cinta Allah swt di dahulukan sebelum cinta antara manusia. Allah hu Alam.

Gempa Padang-Ayuh Turut Sama Membantu Kerana Allah

umber: WEB HALUAN Malaysia

5 orang relawan HALUAN yang berada di Padang meneruskan bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi. Mereka yang berpengkalan di Masjid Desa Sg Sirah, berdekatan Padang Pariaman, memberi bantuan perubatan dan juga mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa.

Menurut laporan Dr Arbaa'i yang mengetuai pasukan tersebut, semua ubat yang dibawa telah habis digunakan. Mereka kini menunggu penghantaran ubat-ubatan dari Pusat Operasi Misi Kemanusiaan Padang di Subang Perdana. Sementara itu, relawan-relawan HALUAN bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan juga doktor-doktor Kerajaan Indonesia yang memberi bantuan kepada mansa di sekitar Sg Limau.

"Malam tadi, ada berlaku gegaran 5.1 (Ritcher.) Alhamdulillah kami semua sihat dan selamat. Kami memang menjangkakan gempa-gempa susulan, jadi terpaksa bermalam dalam khemah. Alhamdulillah kerjasama dengan BSMI dan doktor-doktor kerajaan Indonesia sangat erat sekali. Buat masa ini, kami menggunakan ubatan yang mereka ada untuk merawat pesakit," kata Dr Arbaa'i dalam laporan ringkasnya.

Pasukan kedua HALUAN akan berlepas ke Indonesia pada hari Selasa, 13 September 2009. Menurut Ketua Misi Kemanusiaan Padang, Dr Syed Haleem, HALUAN merancang untuk menghantar lebih ramai relawan menyertai pasukan kedua. "Selain dari memerlukan bantuan perubatan, mangsa-mansa terutama sekali anak-anak yang kehilangan keluarga perlu mendapat perhatian yang sebaiknya. Kami terima laporan anak-anak ini yang mengalami traumi psikologi yang parah kerana kehilangan keluarga ataupun akibat pengalaman merasakan sendiri bencana gempa itu," terang Dr Syed Haleem.

Kini seminggu selepas kejadian, kegiatan masyarakat dan sekolah masih tidak seperti biasa. Guru-guru terpaksa membersihkan sekolah, sementara ramai pelajar yang tidak berani ke sekolah kerana trauma. Sebanyak 1247 bangunan sekolah rosak teruk, dan lebih dari 1500 buah sekolah lain turut mengalami pelbagai kerosakan.



Mangsa-mangsa menggunakan Masjid Raya Istiqamah yang rosak untuk berteduh dan menunaikan solat.


Mangsa gempa ini terpaksa meminta belas kasihan pengguna jalan di Kabupaten Padang Pariaman.

HALUAN menyeru masyarakat prihatin untuk turut menghulurkan bantuan melalui Misi Kemanusiaan Padang ini. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang melapangkan (kesusahan) yang dialami oleh seorang mukmin, Allah akan melapangkan kesusahannya, jika dia menutup keaiaban seorang mukmin, Allah akan menutupi keaibannya, dan Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya selagi mana dia membantu saudaranya."

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN
Bank Islam Malaysia
No akaun 14-023-01-002571-8.

Al Tabarani meriwayatkan, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain."

Jihad, Perjuangan & Pengorbanan

Assalammualikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2008/09/adakah-kita-lupa-pada-allah.html



Jihad suatu yang memerlukan darah untuk dikorbankan, mungkin ini suatu tanggapan kita apabila memperkatakan tentang Jihad semasa Zaman rasulullah saw dahulu. Namun semangat jihad perlu sentiasa berkobar didalam diri kita kerana semua orang islam dituntut untuk berjihad dan mungkin bentuk dan caranya berbeza, apabila kita ke Plastine semangat jihad dikalangan penduduk disana begitu tinggi, mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk mendapatkan surga Allah swt. Mereka berusaha dimana sahaja yang boleh bagi memastikan Allah swt diletakkan didalam hati-hati mereka.



Namun didalam diri kita cabaran yang kecil pun begitu sukar untuk dihadapi, perasaan begitu lemah dan mudah dikalahkan oleh saitan, mengapa tiada kekuatan, mengapa tiada kesungguhan, mengapa dan mengapa sentiasa bermain didalam pemikiran kerana kekalahan demi kekalahan melawan hawa nafsu. Ramadan baru sahaja berlalu, didikan dan latihan baru sahaja kita harungi, adakah kita Berjaya didalam latihan? Sekarang adalah medan perjuangan untuk melihat sejauh mana latihan benar-benar menyediakan diri kita untuk perjuangan melawan saitan dan koncu-koncunya.



Peperangan mungkin suatu yang menakutkan, memerlukan persedian daripada banyak hal, keberanian dan strategic diperlukan dan segalanya memerlukan kesungguhan kerana menentukkan samada mati atau hidup. Tetapi apakah pula perasaan kita bila kita melalui peperangan harian kita? Adakah kita benar-benar bersedia? Adakah kita meletakkan komitment yang tinggi atau kita tidak memikirkan langsung peperangan yang sedang berlaku ini. Adakah kita sedang didalam peperangan? Jika kita menyatakan tidak, mungkin kita di arena yang berbeza, Rasulullah saw menyatakan kita sentiasa berperang, iaitu berperang melawan hawa nafsu, Adakah kita merasakan peperangan ini? Atau kita selalu kalah kepada hawa nafsu.



Kita perlu berjuang dan perjuangan diiringi dengan penderitaan dan pengorbanan, Apakah mungkin saat-saat peperangan akan memberikan kemanisan didalam perjuangan, apakah kita sentiasa menantikan peperangan untuk melihat sejauh manakah kegagahan dan kejayaan kita melaluinya. Tanpa ada perjuangan kita tidak dapat mengukur apakah kita mampu atau tidak, ianya tiada cubaan atau permainan, sebaliknya setiap saat yang berlalu pasti akan dicatitkan kegala keputusan dan kejayaan adalah suatu kemestian tanpa ada alasan. Marilah kita cuba belajar untuk hidup tanpa alasan kerana selepas kematian kita berhadapan dengan makamah Allah swt yang begitu sukar untuk memberikan alasan Marilah kita bermula dengan langkah pertama yang menjadikan kita boleh melangkah ribuan kilometer seterusnya. Allah hu alam.

Adakah Darah Perjuangan Diperlukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Perjuangan suatu yang memerlukan pengorbanan, perjuangan juga memerlukan keputusan untuk menjadikan diri sebagai pejuang atau tidak. Namun apakah yang kita perjuangkan? Adakah kita memperjuangkan bangsa? Adakah kita memperjuangkan semangat kebangsaan? Adakah kita memperjuangkan pahaman? Adakah kita memperjuangkan kehidupan? Adakah kita memperjuangkan Agama? Atau apakah sebenarnya yang perlu kita perjuangkan? Atau kita tidak pernah memperjuangkan apa-apa didalam kehidupan kita.

Miri kita Tanya kepada diri kita apakah yang telah kita lakukan dan kita merasakan ianya adalah suatu pengorbanan yang begitu besar yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita? Jika begitu sukar untuk menjawab persoalan ini, mungkin pengertian perjuangan masih tiada didalam kamus kehidupan diri kita. Mungkin kita masih selesa dengan apa yang ada disekitar kita dan tidak merisaukan apa sahaja yang berlaku di dunia ini. Apakah pengorbanan yang perlu kita lakukan? Ada yang berkorban untuk kekasih, ada untuk isteri atau suami, ada untuk anak-anak dan ahli keluarganya. Ada yang berkorban untuk manusia. Apakah saat manis yang boleh kita ingati didalam perjuangan dan pengorbanan yang telah kita lakukan didalam kehidupan ini.


Setiap perjuanagan dan pengorbanan akan dinilai oleh Allah swt, jika ianya dilaksanakan atas dasar untuk mencari keredaan Allah swt maka Allah swt akan memberikan ganjaranya, sebaliknya jika perjuangan dan pengorbanan itu dilakukan bukan atas dasar Allah swt, walaupun sedikit untuk mendapat pujian maka segalanya tidak akan diterima oleh Allah swt. Suatu perjuangan itu pastinya akan Berjaya sekiranya kita tidak meletakkan kemampuan kita dihadapan tetapi kita meletakkan kemampuan Allah swt dihadapan dan kita tidak lebih dari orang-orang yang diuji oleh Allah swt untuk menjayakan perjuangan tersebut. Dengan tanggapan ini segala kesukaran akan menjadi mudah, segala penderitaan akan menjadi suatu kemanisan, segala cacian akan menjadi suatu dugaan yang perlu dilalui penuh dengan keinsafan.

Mari kita merenung sejauh mana kita telah menghampiri diri kita dengan Allah swt, adakah dengan sembahyang yang selalu alpa akan menjdikan kita dikasihi Allah? Apakah dengan selalu melanggar perintah Allah swt kita dikatakan takut kepadaNya?, Apakah dengan meringankan segala suruhanNya kita akan menjadikan diri kita sentiasa mengingati Allah swt?. Apakah kita hampir kepada kitab-kitabNya? Atau kita memberikan alasan itu tugas para ustaz dan ustazah sahaja. Mari kita renung apa yang telah kita lakukan didalam kehidupan agar kehidupan itu memberikan makna yang besar buat kehidupan di akhirat nanti. Amin

Bantuan Kecemasan Padang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Untuk makluman NGO yang dianggotai oleh saya (HALUAN) akan berangkat ke Padang pada hari rabu ini bagi membantu misi bantuan kemanusian, pada masa ini kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak 25 ribu ringgit sahaja untuk menghantar bantuan keperluan. Jumlah ini adalah terlalu sedikit bagi membantu kesengsaraan yang di deritai oleh mangsa gempa bumi di Padang .



Saya menyeru agar tuan puan dapat membantu dan memaklumkan kepada rakan-rakan bagi menyumbangkan sedikit rezeki yang telah diberikan oleh Allah swt bagi membantu mereka yang mendapat mala petaka ini. Pihak kami amat-amat memerlukan keewangan bagi menghantar team bantuan seterusnya dan dianggarkan sejumlah 30 ke 50 ribu ringgit diperlukan bagi menghantar ubatan-ubatan dan makanan bagi setiap kumpulan yang akan pergi kesana.



Untuk makluman peristiwa gempa bumi tersebut telah berlaku pada rabu 30 sept jam 17.16 petang dengan kekuatan 7.6 ritcer yang mengorbankan setakat hari hampir seribu lebih nyawa. Gegaran susulan pada 17:58 Gegeran kedua pada khamis 1 okt jam 8.52 pagi.



Jika dilihat waktu gempa bumi adalah pada 17:16, 17:58 petang dan pada 8:52 pagi. Jika dirujuk kepada ayat-ayat Allah swt pada nombor-nombor tersebut.



17:16 (Al Israa’ ayat 16)

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”



17:18 (Al Israa’ ayat 58)

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”



8:52 (Al Anfal ayat 52)

“(Keadaaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengkitnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat Keras siksaanNya.”

Kekirian Sejauh Mana Dirasai

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kekikiran sejauh mana kita merasainya, kita mungkin merasakan kita telah cukup dermawan dan bayak memberikan bantuan kepada orang lain tetapi adakah kita sedar bagaimana orang-orang terdahulu telah melakukannya demi untuk mendapatkan keredaan Allah swt didalam kehidupan mereka.


“Kalau saja anak adam sudah mempunyai dua lembah emas, tentu ia masih menginginkan yang ketiga. Tidak ada yang dapat memenuhi mulut anak Adam kecuali tanah, lalu Allah menerima taubat siapa yang bertaubat.” Manusia memang sentiasa mahu mendapatkan yang lebih banyak dari yang dimiliki oleh oranglain.

Perhatikan Fir’aun! Ia belum puas dan berasa cukup dengan kerajaan Mesir yang dimilikinya. Ia masih ingin naik ke langit dengan menyatakan kepada Haman, “Hai Haman, buatkan untukku bangunan yang tinggi supaya aku boleh sampai ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhannya Musa dan sesungguhnya aku melihat Musa adalah seorang pendusta” (Al Mukmin 36)

Jika Allah telah menjagamu dari kekikiran dirimu, bererti Dia telah menggiring segala kebaikan untukmu. “Dan barang siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka itulah orang-orang yang beruntung.” (At Taghabun 16)

Suatu ketika Abu Thalhah pulang kerumahnya dengan membawa seseorang tetamu, Ia berkata kepada isterinya, “Itu adalah tamu Rasulullah saw” Isterinya berkata, “Lalu dari mana kita akan memberinya makan, sedangkan kita tidak punya apa-apa kecuali cukup buat kita dan anak-anak kita.” Abu Thalhah berkata, “Kalau begitu kita beri anak-anak kita makan dan peruntukan kita untuk tetamu kita,” Isterinya berkata “Baik sungguh pendapatmu” Kedua-duanya tidur dalam keadaan lapar. Keesokan harinya Rasulullah saw bertemu dengannya lalu bersabda, “Tuhannu merasa heran terhadap tindakanmu malam tadi.” Kemudian Allah swt menurunkan firman Nya: ty“Dan mereka mengutamakan orang lain (orang-orang muhajirin) daripada diri mereka sendiri, sekalipun sebenarnya mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Barang siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al Hasyr 9)


Marilah kita membantu orang-orang yang memerlukan kerana jika tiada orang yang memerlukan sesuatu tetapi kita banyak harta yang mahu diberikan, maka apa yang kita miliki adalah tidak berharga sama sekali. Mungkin sedikit tetapi nilai disisi Allah swt adalah besar kerana keikhlasan dan pengorbanan yang diberikan. Allah hu Alam.

Monday, October 5, 2009

Adakah Peringatan Mencuit Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Adakah peringatan sering kali diberikan kepada kita? Berapa ramai rakan yang mahu memberikan peringatan kepada kita? Adakah kita tersentuh hati apabila peringatan diberikan kepada diri kita? Berapa banyak peringatan yang telah diberikan kepada kita yang menyebabkan diri kita berubah dan mahu memperbaiki keadaan yang ada? Berapa banyak pula peristiwa yang berlaku di muka bumi ini kita ambil sebagai peringatan untuk kita? Berapa banyak pula teguran dari Al Quran yang kita ambil sebagai peringatan untuk diri kita? ATAU kita sentiasa sepi dan tidak mengambil kisah tentang segala peristiwa atau peringatan yang telah diberikan kepada kita dengan beranggapan segala yang berlaku perlu berlaku dan itu semua adalah perkara biasa didalam kehidupan. Saban hari begitu banyak peristiwa yang sentiasa mengingatkan diri kita agar kembali kepada Allah swt.


Semua yang berlaku adalah dari Allah swt dan allah swt telah menentukan apakah yang mungkin berlaku kepada hamba-hambanya. Seorang anak diarahkan oleh ayahnya berdagang dan dibekalkan dengan sejumlah modal. Anak itu merantau dan didalam perjalanannya ia bertemu dengan seekor serigala yang begitu lemah tubuh bandannya dan tiada upaya untuk mencari makan. Ia berfikir bagaimanakan serigala ini mahu meneruskan hidupnya?


Tiba-tiba ada seekor singa membawa binatang buruan dan makan binatang buruan terseebut berhampiran dengan serigala tersebut. Apabila telah kenyang maka singa itu meninggalkan sisa makanan tersebut dan serigala tadi dapat makan buat dirinya. Anak tersebut berkata sesungguhnya rezeki telah di tentukan dan aku tidak perlu berusaha. Ia kembali kepada ayahnya dan menjelaskan peristiwa itu kepada ayahnya. Ayahnya berkata, “Mengapa kamu memilih untuk menjadi serigala? Bukankah lebih baik menjadi singa yang boleh memberikan makan kepada banyak serigala”. Pilihan di tangan kita dan kita bertanggung jawab diatas apa yang kita pilih, apakah kita memilih untuk melakukan yang terbaik kerana kita berasa malu yang Allah swt sentiasa melihat kita dan kita perlu bersyukur dengan melakukan yang terbaik disebabkan begitu banyak kebaikan yang telah diberikan kepada diri kita untuk hidup di dunia ini.


Peringatan adalah sebahagian dari kasih dan sayang Allah swt kepada kita untuk kita merasakan keperluan kembali kepangkal jalan. Bumi mana yang tidak di timpa hujan, lidah mana yang tidak tergigit, kesilapan mungkin telah dilakukan, namun pengampunan dari Allah adalah suatu yang telah disediakan oleh Allah untuk melihat sejauh mana hamba-hambaNya berharap dan memohon kepada Allah swt. Kehidupan yang kita katakan indah akan pasti musnah, kekayaan yang melimpah ruah pasti akan ditinggalkan, nama yang dibanggakan pasti akan dilupakan jika semuanya tidak di hubungkan dengan perjuangan kerana Allah swt. Marilah kita kembali untuk memperbaiki yang silap, membetulkan yang sengit, meluruskan yang bengkok semuga kehidupan kita penuh kebahagian. Amin

Perjalanan Terakhirku

Heran, apakah yang berlaku, aku dapati begitu ramai rakan-rakanku tlah berada dirumah kediaman mahligai yang ku kagumi milikku. Mengapa ramai sangat orang yang hadir ke kediamanku? Persoalan itu terus berkitar didalam pemikiranku. Aku terus mamasuki rumahku, ku lihat ibu dan ibu mertuaku juga telah tiba, begitu juga semua ahli keluargaku, saudara dan juga anak-anakku telah ada dirumahku. Anakku yang masih belajar di university juga telah pulang dan hadir dirumahku. Ganjil dan aku tertanya-tanya mengapa mereka datang dan pulang tanpa memaklumkan dahulu kepada diriku terlebih dahulu, apakah isteriku ingin melakukan kejutan kepadaku. Aku mencari-cari dimanakah isteriku untuk mendapatkan kepastian darinya.

Aku semakin hairan lagi apabila aku perhatikan semua orang tertumpu ke ruang tengah tamu seperti ada sesuatu yang di lihat atau diperhatikan oleh mereka. Aku lebih terperanjat kerana aku dapati ada sekujur tubuh yang telah menjadi mayat berada diruang tamuku. Apakah yang telah berlaku detik hatiku? Aku menghampiri mayat tersebut dan cuba untuk melihat siapakah yang telah meningal dunia dan diletakkan diruang tamu tersebut. Ah! Ku lihat wajah mayat itu, rupanya mayat itu serupa dengan diriku dan baru aku sedar bahawa aku telah menjadi mayat dan kini roh ku telah pulang untuk melihat apakah yang berlaku dirumahku.

Aku kini boleh membaca dan mendengar rintihan hati setiap orang yang berada disekeliling mayatku, aku dapat mendengar dari ibuku yang begitu kasih dan saying kepada diriku. Ibuku berkata “Anakku, kau seorang yang begitu baik buat ibu, sejak kecil kau sentiasa menghormati diri ibu, kau sering bermanja bila ada kesempatan, kau peluk ibu setiap kali kau pulang ke kampong, rasanya masih panas rasa ciuman dan pelukan mu pada ibu dimasa kau pulang baru-baru ini. Anakku, kau sering tidak lupa memberikan wangmu pada ibu walaupun sedikit tanda ingatan dirimu terhadap ibu. Walaupun engkau bukannya senang berbanding dengan adik beradik yang lain, kau tetap mengutamakan ibu dalam banyak hal, engkaulah yang telah memberikan banyak wangmu buat ibu dan ayah menunaikan haji, sebab kau mahu kami gembira. Anakku kau sungguh bererti buat kehidupan ibu, namun Allah swt lebih menyayangimu anakku, semuga kau mendapat yang terbaik dari Allah buat kehidupanmu nanti.

Aku memerhatikan isteriku yang penuh dengan wajah yang kesedihan, ku lihat matanya merah dan bengkak, mungkin disebabkan tangisan sedih atas pemergian diriku. Aku dapat mendengar rintihan hatinya. “Abang, kau pergi terlalu awal, rasanya tidak mampu untuk diri ini mendidik anak-anak yang ada tanpa dirimu, sayang. Abang, pengorbanan dirimu mendidik anak-anak suatu yang tidak dapat dilakukan oleh diriku, kau sanggup dengan penuh keletihan apabila pulang kerja …..

(Sedutan daripada cerita pendek dari buku yang akaan dikeluarkkan oleh saya nanti..)

Bergembira Menanti Kematian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kegembiraan di bulan syawal jelas kelihatan terutama dikalangan anak-anak yang telah berpuasa selama sebulan, semasa perjalan pulang semalam saya mendengar radio Ikim dimana ada pemanggil yang menyatakan begitu gembira sekali kerana tahun ini beliau dapat berpuasa sebulan tanpa ada yang tertinggal, mungkin beliau ada penyakit yang menyebabkan tidak dapat berpuasa penuh sebelum ini.


Suatu pertanyaan yang mungkin boleh diberikan pada diri kita, apakah yang telah kita perolehi selepas sebulan kita melalui latihan dibulan ramadan? Apakah kita telah meningkat rasa bersyukur kepada Allah swt? Adakah meningkat rasa sabar didalam kehidupan kita? Adakah kita lebih tenang dan gembira didalam kehidupan yang sementara ini? Adakah kita lebih banyak mencari ilmu dan meningkatkan bacaan Al quran untuk membentuk diri kita? Apakah perubahan yang telah kita lakukan sehingga kita menjadi lebih baik daripada sebelum ramadan tiba?


Tidakkah kita sedar semasa kita bergembira, didalam ops sikap lebih kurang seramai 270 orang yang telah dipanggil oleh Allah swt kerana terlibat didalam kemalangan. Tidak ada diantara mereka yang meminta tetapi apabila kematian itu datang tiada siapa yang dapat mengelaknya, Bukan sebab kemalangan tetapi sebenarnya saat kematian itu telah ditetapkan dan walaupun mereka tidak terlibat didalam kemalangan kematian tetap juga akan tiba bagi mereka, cuma Allah swt mahu mengambil mereka melalui peristiwa kemalangan sebagai sebab untuk pengajaran kepada kita agar lebih mengingati kematian yang tidak pernah melupakan diri kita.


Apakah persediaan yang telah kita sediakan untuk kematian yang semakin hampir dengan masa yang berlalu? Setiap saat yang pergi bermakna setiap saat semakin hampir kepada kematian yang memisahkan segala kesenangan, memisahkan kegembiraan, memisahkan kasih sayang, memisahkan kehidupan yang kita cari-cari bersungguh-sungguh ini untuk menuju suatu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Mari kita renungkan agar kita menjadi orang-orang yang kembali kepada fitrah untuk taat kepada segala perintah dan suruhan Allah swt. Adakah kita benar-benar bersedia dan bergembira untuk menanti saat yang tidak boleh kita elakkan ini? Atua kita tidak pernah berfikir perkara tersebut walaupun dihati kecil kita begitu pasti saat ini akan tiba juga akhirnya. Mari kita melakukan perubahan untuk kebaikan kehidupan di dunia dan akhirat nanti. Amin