Thursday, October 15, 2009

Kecintaan Sejauh Mana Pengorbanannya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/06/teguran-manusia-tanda-kasih-allah.html



Kecintaan suatu perkataan hikmat yang mampu memberikan pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan seseorang. Kecintaan kepada seorang gadis mungkin menyebabkan seorang teruna lupa pada segala-galanya sehinggakan hilang focus kepada kehidupan, jika berbual lain yang ditanya dan lain pula yang dijawabnya. Namun mengapa pengertian cinta ini hanya berlingkar didalam suatu skop antara remaja sahaja.



Apakah perasaan cinta antara anak dan ibubapa tidak dapat digambarkan, apakah perasaan cinta antara isteri dan suami tidak dapat dinyalakan, apakah perasaan cinta antara manusia dengan Allah swt tidak dapat disemarakkan sehingga membakar segala-gala yang menyebabkan pemikiran sentiasa terfikir dan hati sentiasa tertumpu kepada yang dicintai.



Apakah lagi cinta-cinta yang boleh bersemarak didalam kehidupan kita kerana dengan cinta hidup akan bermakna, seseorang akan merasakan kebahagian dan cuba untuk mendapatkan lebih banyak cinta untuk menjadikan kehidupan penuh dengan keindahan. Akan ujud suatu tenaga yang begitu besar dalam diri seseorang dan memberikan suatu persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran walau betapa sukar dilihat oleh orang lain tetapi bagi orang yang bercinta tiada halangan dan kesukaran kerana demi cintanya.



Tetapi kenapa kadang kala cinta hilang tiba-tiba, isteri mula memakan pil bisu, naik kereta mula senyap tiada bicara yang hendak diperkatakan walaupun tiada pergaduhan, apakah cinta telah hilang dengan masa berlalu, kenapa tidak disemarakkan seperti sebelum perkahwinan atau semasa awal perkahwinan. Ada saja yang ingin dibualkan sehinggakan untuk berbincang tentang kucing jiran boleh dibincangkan sehingga sejam dua, berbincang tentang matanya, warna bulunya, umurnya, zuriatnya dan banyak lagi perkara tentang kucing tersebut. Semuanya saling perlu memerlukan dan persedian untuk mendengar begitu tinggi sehinggakan setiap perkataan di dengar dengan penuh persiapan untuk meraikan antara satu sama lain.



Marilah kita semarakkan kembali cinta-cinta ini dengan berpaksi kerana Allah swt, tidak kira satu atau dua atau tiga atau empat, apa yang telah berlaku adalah ujian untuk menguji sejauh mana tanda kecintaan kepada Allah swt yang menguji setiap manusia pilihan, segalanya mudah jika cinta Allah swt di dahulukan sebelum cinta antara manusia. Allah hu Alam.

0 comments: