Assalammualikum dan salam sejahtera,
Kunci kereta suatu yang sentiasa dibawa kemana sahaja, rasanya begitu risau apabila kehilangan atau tertinggal kunci kereta, ada pula kereta yang mempunyai kunci yang hanya boleh digunakan apabila cap jari diletakkan pada pengimbas agar tiada sesiapa yang boleh mengunakan kenderaan tersebut kecuali pemandu yang telah didaftarkan sahaja. Begitu cangih teknologi masa kini bagi memastikan keselamatan dan penjagaan terhadap harta milik kita. Mengapa kita perlu mengadakan begitu ketat kawalan keselamatan? Kerana kita merasakan harta yang begitu mahal yang mahu kita jaga, kita merasakan amat berharga apa yang kita miliki tersebut dan tidak mampu untuk kehilangan harta tersebut, kita terlalu menyayanginya.
Apakah harta yang sebenarnya perlu kita sayangi? Adakah sebuah kenderaan atau sebuah rumah yang sebenarnya bukan milik kita sendiri kerana walaupun pada hakikatnya kita meletakkan nama pada gran kenderaan atau gran rumah namun kita hanya mungkin menguasainya semasa kita hidup sahaja. Selepas kematian kita segalanya bukan harta kita lagi, kereta yang mahal tidak akan kita bawa mati didalam kuburan, rumah yang besar dan indah tidak akan kita jadikan sebagai kuburan tempat tinggal kita. Dimanakah harta kita? Pada ketika itu segala amal yang ikhlas kerana Allah swt, yang tiada riak, tiada mengharapkan pujian, yang kita lakukan tanpa kita mahu diketahui oleh orang lain yang akan dinilai oleh Allah swt, pada hari itu juga doa anak-anak yang kasih dan sayang kepada kita selepas kematian kita akan membantu diri kita, namun adakah kita telah berjaya mendidik anak-anak kita untuk menjadi manusia yang sentiasa berharap kepada Allah swt. Kemudian mungkin harta yang kita berikan, sebanyak mana pula harta yang kita sedekahkkan? Adakah kita sedekahkan harta yang berlebihan sahaja atau kita sedekahkan tidak kita ketika kita senang atau susah. Berapa banyak yang boleh kita tuliskan harta yang telah kita belanjakan kerana membantu Agama Allah swt.
Jika kita boleh menyediakan kunci yang begitu cangih dan mahal untuk menjaga harta kita, apakah pula kunci yang kita sediakan untuk menjaga harta-harta yang akan kita bawa selepas kematian kita? Apakah kunci-kunci yang telah kita sediakan untuk memastikan amal-amal kita sentiasa bertambah dari masa kesemasa dan amal-amal itu sentiasa bersih kerana Allah swt, Apakah pula kunci-kunci untuk memastikan kita dapat melahirkan anak yang soleh, anak-anak yang pasti akan mendoakan diri kita dan sentiasa ingat agar kita sentiasa mendapatkan keampunan dari Allah swt. Apakah kunci-kunci yang kita sediakan untuk memastikkan kita sentiasa sanggup melakukan infak atau menderma bagi mendapat keredaan dari Allah swt. Sejauh mana kita benar-benar menempah kunci-kunci ini, atau sejauh mana kita mencari kunci-kunci yang membolehkan kita mendapatkan apa yang sepatutnya kita kehendaki selepas kematian kita nanti. Atau kita hanya berfikir untuk kehidupan di dunia ini sahaja tanpa memikirkan sedikit pun tentang kehidupan akhirat, atau kita ada memikirkan kehidupan akhirat tetapi tidaklah seberapa serious kerana kehidupan akhirat itu belum kita lalui dan kita merasakan begitu jauh lagi dari kehidupan kita, kita rasakkan kita ada lebih banyak waktu lagi dan perlu melakukkan sesuatu untuk kehidupan didunia ini.
Adakah kita mengetahui bilakah kita akan menemui kematian? Adakah kita merasakan bahawa esok masih ada buat diri kita? Adakah kita seolah-olah begitu yakin sinar matahari esok akan kita tetap melihatnya dan tidak begitu takut akan kehilangannya? Adakah kita merasakan peluang masih banyak untuk kita melakukan yang terbaik sehinggakan kita lebih rela membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa kita melakukan sesuatu yang terbaik sekarang. Marilah kita fikir-fikirkkan dengan hati yang terbuka dan takutlah kepada Allah swt. Amin
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment