Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pokok serai dan pokok pandan sering kali digunakan didalam masakan orang-orang melayu, walau begitu pokok yang tersebut memberikan kesan rasa yang berlainan kepada masakan yang dimasak. Kalau buat tom yam tentu sekali serai banyak digunakan dan kalau masak nasik lemak daun pandan pula yang memberikan menafaat untuk masakan tersebut. Masing-masing ada fungsi yang tersendiri dan setiap sesuatu itu ada kebaikan yang telah disediakan oleh Allah swt untuk dimenefaatkan kepada manusia. Apakah menefaatnya diri kita kepada dunia ini? Apakah kita memberikan kebaikan kepada kehidupan manusia di dunia ini? Adakah kita ada dengan tiada serupa sahaja bagi orang-orang yang berada di sekeliling kita.
Mari kita kembali kepada keluarga kita, adakah kita amat-amat dirasai keperluannya, adakah kita apabila bersama dengan keluarga akan mengembirakan hati-hati mereka atau kita ada akan menyebabkan mereka rungsing dan serba tidak kena kerana mengetahui akan sikap kita yang suka memarahi atau mencari kesalahan mereka sahaja. Adakah anak-anak kita akan ternanti-nanti kepulangan kita sebagai ayah atau ibu atau mereka telah biasa dengan ketiadaan kita, mereka biasa makan sendiri, mereka biasa melakukan semua yang diperlukan sendiri sehinggakan kita ada atau tiada tidak memberikan apa perubahan bagi diri mereka. Mengapa kita diperlukan oleh mereka? Adakah kerana kita memberikan keewangan semata-mata, atau kita diperlukan kerana mereka mahukan bantuan untuk pelajaran, atau kita diperlukan kerana mereka mahu bermanja, atau kita diperlukan kerana kita tempat meluahkan perasaan mereka atau kita diperlukan kerana mereka merasai kita dapat membantu mereka untuk selamat diakhirat nanti. Apakkah yang terfikir didalam pemikiran mereka terhadap diri kita?
Apakah persiapan yang telah kita sediakan untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu yang akan dirasai oleh mereka sebagai seorang yang benar-benar diperlukan didalam kehidupan mereka. Adakah kita telah menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan untuk diri kita atau kita memandang sepi sahaja Al Quran tersebut, Persoalan ini begitu penting keran hanya Al Quran sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang di dunia dan juga di akhirat. Sama kita sedar atau tidak kita tidak boleh menafikan tentang keterangan yang ada didalam Al Quran adalah suatu yang benar dan datang dari Allah swt, suatu yang wajib menjadi penduan kehidupan kita dan menjadi rujukan untuk berjaya didalam kehidupan dunia dan akhirat. Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar merasakan akan keperluan kepada AL Quran. Mari kita lihat paparan akhbar hari ini begitu banyak gejala sosial yang berlaku hari ini yang berpunca dari manusia menjauhkan diri dari Allah swt. Mereka tidak takut kepada larangan-larangan Allah swt kerana mereka tidak mengenal Allah didalam kehidupan, mereka begitu sepi dari ayat-ayat Allah swt, tidak memahami dan juga tidak pernah belajar untuk mengetahui kerana mereka tidak diajak untuk mengenalinya oleh kedua ibu bapa mereka.
Kita tidak mungkin dapat melakukan sesuatu sekiranya kita sendiri tidak pernah bermula melakukannya, mari kita tanya diri kita apakah kita meletakkan hati kita untuk ditegur oleh ayat-ayat Allah swt melalui Al Quran? Berapa kerap kita membaca Al Quran? Berapa banyak ayat-ayat yang kita baca kita paham maksudnya? Berapa banyak pula ayat yang menjadi hafalan kita dan sejauh mana kita benar-benar cuba untuk mempelajarinya. Semua soalan-soalan ini memerlukan kita untuk berkorban dan membuat keputusan untuk melakukan perubahan, memerlukan kita merasai keperitan untuk susah bagi berjaya mendapatkan hidayah dari Allah swt. Kita perlu berubah untuk melahirkan anak-anak yang mungkin akan menyelamatkan diri kita di akhirat nanti. Beruntung kehidupan ini sekiranya anak-anak kita sentiasa takut kepada Allaah swt dan menjadi anak-anak yang soleh. Apakah kita boleh berubah dan bersedai untuk menghadapi ujian dari Allah swt. Allah hu alam.
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment