Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Peperangan suatu yang memerlukan pengorbanan daripada orang yang menyongkongnya, bila berperang sebuah Negara dengan sebuah Negara yang lain maka rakyatnya pasti akan merasakan panasnya suasana peperangan tersebut. Tentu banyak jiwa yang terkorban, banyak jiwa yang menderita dan ramai rakyat yang mengalami kecederaan dan kesukaran. Namun peperangan adalah suatu yang perlu dilakukan bagi menegakkan kebenaran dan memastikan maruah dan perjuangan dapat dibuktikan. Kadang kala mungkin menang peperangan tetapi melibatkan pengorbanan yang begitu besar di segi nyawa dan harta.
Bila kita memperkatakan tentang peperangan hawa nafsu, adakah kita terfikirkan sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan, sebanyak mana tubuh kita telah ‘cedera’ akibat dari peperangan tersebut? Adakah kita merasai kesan-kesan luka akibat peperangan tersebut? Adakah kita sering kelaparan kerana mahu mengalahkan tentera syaitan yang berada didalam tubuh badan kita. Mungkinkah kita merasakan perperangan tersebut sentiasa berlaku didalam kehidupan kita atau kita tidak merasainya kerana kita tidak pernah memikirkan suasana peperangan yang tidak pernah berhenti berperang didalam diri kita. Adakah kita merasai betapa hebatnya medan peperangan didalam diri kita, perjuangan yang tidak pernah reda kerana syaitan sentiasa mahu memesongkan hati kita agar terpedaya kepada nafsu syaitan, Syaitan mahu kita mengikut segala kemahuannya, mahu kita mengikut hawa nafsu, mahu kita meninggalkan perintah Allah swt. Syaitan tidak pernah kenal putus asa, ia tetap berjuang dan terus berjuang agar memenangi peperangan tersebut.
Apakah senjata yang telah kita sediakan, berapa cangihkah senjata yang kita ada untuk menghadapi peperangan tersebut. Jika didalam peperangan sekarang senjata merupakan faktur penting untuk kemenangan, berapa banyak kapal terbang yang disediakan, berapa banyak bom yang ada, berapa banyak tentera yang sanggup berjuang bermati-matian untuk peperangan tersebut. Senjata tidak memastikan kemenangan kerana jiwa yang mantap yang mengunakan senjata merupakan faktur kepada kejayaan dan kemenangan. Tentera Israil telah menyediakan 1.2 juta tan bom untuk digunakan kepada penduduk Gaza , namun dengan jumlah bom yang begitu banyak bersamaan jumlah penduduk Gaza (1.2 juta orang) tidak memberikan makna kerana kekuatan tentera Mujahidin Gaza yang sentiasa berhubung dengan Allah swt mendapat bantuan dari Allah swt untuk menghadapi apa sahaja pertarungan yang tiba. Faktur terpenting adalah hubungan dengan Allah swt, segala-galanya adalah dari Allah swt dan kita perlu bersedia dan bersedia untuk melakukan yang terbaik dan hasilnya adalah dari Allah swt.
Marilah kita lihat perjuangan didalam diri kita, sejauh mana diri kita berhubung dengan Allah swt? Mengharap hanya kepada pertolongan Allah swt, melakukan yang terbaik dan menyerahkan kepada Allah swt segala keputusan yang akan diperolehi. Adakah kita merasakan peperangan ini sehinggakan kita terdesak dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali berharap dan berdoa kepada Allah swt agar diberikan bantuan dan prtolongan. Jika Rasulullah saw pernah berdoa sehinggakan saidina Abu Bakar ra berkata; “Cukuplah wahai rasulullah, sesungguhnya pasti allah swt mendengarn doamu” Kesungguhan berdoa unntuk memastikan peperangan itu akan dimenangi oleh tentera Islam. Bagaimanakah doa yang kita lafazkan untuk memastikan kita akan sentiasa Berjaya menghadapi peperangan yang tidak pernah reda dan hanya berakhir apabila kematian datang menjemput diri kita. Adakah kita merasa tertekan dengan peperangan tersebut sehinggakan kita benar-benar berharap dan memohon pertolongan sehinggakan tiada usaha yang dapat dilakukan kecuali pertolongan dari Allah swt sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita. Allah hu alam
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment