Tuesday, March 30, 2010

Bacaan Membezakan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Bahan bacaan begitu banyak sekali, kerajaan juga telah melancarkan kempen membaca, namun ramai dari kita yang tidak suka membaca, jika ada yang rajin membaca mungkin kita perlu bertanya apakah jenis bahan bacaan yang sering dibaca? Membaca akan menjadikan seseorang itu melebihi dari seseorang yang lain. Membaca akan membezakan kehidupan seseorang, membaca juga boleh menjadikan seorang lebih berjaya berbanding dengan seseorang yang lain. Dengan banyak membaca juga boleh menjadikan seseorang lebih mulia dan mudah untuk di dekati berbanding dengan seseorang yang tidak mahu membaca atau tidak bertambah langsung pembacaannya dari kecil hingga ke dewasa. Apa yang menjadi bahan bacaan juga akan menjadi pembeza seseorang, orang yang hanyut dengan bahan bacaan novel semata-mata tentunya berbeza dengan seseorang yang membaca buku-buku motivasi atau sirah rasulullah saw atau kisah-kisah para sahabat rasulullah saw.



Mari kita renungkan tentang kehidupan kita setelah kita meninggalkan alam persekolahan, berapa banyak buku yang kita baca didalam setahun? Adakah bahan-bahan itu telah menyebabkan kita merasakan untuk berubah dan menjadikan kita insaf untuk melakukan yang terbaik didalam kehidupan kita? Apakah bahan bacaan kita menjadikan kita bersemangat dan sentiasa berusaha kearah lebih baik serta kita sentiasa mencari bahan-bahan bacaan yang baik buat kehidupan yang sementara ini. Kita juga mungkin banyak mengunakan masa yang ada untuk bacaan ringan seperti surat khabar, majalah dan juga bahan-bahan jenaka, mari kita lihat sejauh manakah bermenefaatnya bahan-bahan bacaan tersebut bagi kehidupan kita. Membaca surat khabat telah menyebabkan kita mengetahui banyak peristiwa kehidupan yang berlaku didunia ini, namun apakah kesan kepada diri kita? Adakah dengan membaca surat khabar tersebut dan mengetahui gejala keburukan yang dilakukan masyarakat hari ini menyebabkan kita terangsang untuk melakukan sesuatu dan sanggup berkorban untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat.



Adakah dengan membaca majalah juga akan menjadikan kita lebih tenang dan gembira sehinggakan merasakan dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain didalam kehidupan kita, apakah bahan-bahan jenaka akan memberikan kepuasan kepada kehidupan kita dan dengan kepuasan tersebut menjadikan kita manusia yang akan bersyukur kepada Allah swt? Jikta kita renungkan sedalam mungkin, bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan lain-lain ini adalah sekadar pendapat yang menceritakan segala peristiwa kehidupan manusia, ianya mungkin suatu yang baik untuk diketahui tetapi menefaatnya tidaklah seberapa. Mungkin kita tahu tentang maklumat peperangan, mungkin kita tahu maklumat pengeboman, mungkin kita tahu berita buang bayi, kes rogol dan berbagai lagi kes lain yang berlaku. Namun kita tidak dapat melakukan sesuatu selain menyesali atau menunding jari untuk berbincang akan masalah yang di hadapi. Adakah masalah dan pengetahuan ini akan mengubah kehidupan dan cara kita berfikir sehinggakan kita akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki permasalahan yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita?



Jika tidak banyak yang boleh merubah kehidupan kita, mungkin kita boleh merenung kembali aktiviti yang telah kita gunakan untuk membaca bahan-bahan tersebut. Mungkin kita boleh mengunakan masa yang ada untuk membaca bahan-bahan yang lebih bermenefaat, mungkin kita boleh mengunakan keewangan yang digunakan untuk membeli akhbar atau majalah untuk kebaikan diri kita yang lain dan menjadikan segala sesuatu yang kita laksanakan untuk kehidupan yang singkat ini dengan suatu yang betul-betul bererti dan kita dapat merasakan perubahan kepada suatu matlamat kehidupan yang lebih baik dari matlamat kehidupan sedia ada. Allah hu alam.

0 comments: