Friday, May 22, 2009

Kesabaran Memberikan Kemanisan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kemarahan jika difikirkan hanya buat seketika, jika ketika kita marah kita boleh berfikir mengapa kita perlu marah mungkin kita boleh untuk bertindak sebaliknya. Mengapa kita marah? Kita sering marah kerana kita merasakan kita tidak dihormati, kita tidak dilayan seperti sepatutnya, kita merasakan diri kita telah diabaikan, kita merasakan bahawa arahan kita tidak diikuti atau kita merasakan orang tidak melakukan sepatutnya seperti yang diharapkan oleh diri kita,

Mengapa orang tidak melakukan seperti yang kita mahukan? Adakah silap kita sendiri kerana kita tidak menjelaskan apakah yang dikehendaki oleh diri kita, kita sering mengangap bahawa seorang anak perlu melakukan itu dan ini, kita mahu anak kita membasuh pinggan mangkuk, kita mahu anak kita membantu mengemas rumah dan kita mahu mereka melakukan yang baik didalam kehidupan mereka. Persoalan adakah kita telah memaklumkan apa yang kita kehendaki? Adakah kita telah mengajar dan memaklumkan peraturan yang perlu dilakukan oleh mereka? Jika telah memaklumkan pun berapa kali pula kita saling mengingati dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak kita.

Kemarahan perlu kepada kawalan diri kerana kemarahan yang tidak terkawal akan menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri, mungkin kita terlalu marah pada suatu ketika tetapi apabila masa berlalu mungkin kemarahan telah lenyap dan pada ketika itu kita begitu sukar untuk membetulkan kesan daripada kemarahan yang telah kita lakukan. Oleh sebab itu kita perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa kita perlu marah? Apakah dengan kemarahan itu akan menyelesaikan segala masalah yang sedang kita hadapi? Jika dengan kemarahan itu akan menyelesaikan masalah kita maka kita perlu marah dan sebaliknya jika tidak mungkin kita perlu mencari langkah-langkah penyelesaian yang lain bagi mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.

Penyesalan suatu yang sering dialami bagi mereka yang tiada kesabaran, kesabaran suatu yang perlu dibina didalam diri dengan mengingati Allah swt. Sekiranya kita marah kerana tidak dihormati maka kita perlu merasakan betapa kita sering tidak mengutamakan Allah swt didalam kehidupan kita. Sekiranya kita marah kerana tidak di puji, bukankah pujian itu sebenarnya milik Allah swt dan kita tidak ada kelebihan di sisi Allah swt. Sekiranya kita marah kerana orang tidak mengendahkan arahan kita mungkin kita perlu berfikir alangkah baiknya sekiranya Allah swt akan mengampunkan segala dosa-dosa kita kerana kita bersedia untuk memaafkan orang lain didalam kehidupan kita. Hanya dengan kembali kepada Allah swt segala yang sukar menjadi senang, segala kesombongan akan hilang, segala kepahitan akan menjadi manis dan segala kegagalan digantikan dengan kemanisan. Semua yang berlaku adalah didalam ketentuan Allah swt, kita hanya berusaha dan keputusan adalah milik Allah swt untuk menguji sejauh mana kita benar-benar berharap kepada Allah dan percaya Alah swt melihat apa yang kita lakukan dengan sebaik mungkin. Allah hu alam

^^^^^^^^^^^^^ Kisah Seorang Anak Di Hari IBU ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
kisah seorang anak di hari ibu


Tersentuh hati membaca cerita ini semoga cerita ini memberi kita panduan / pedoman bagaimana utk kita menjadi org yg bertanggungjawab dlmmendidik anak ... ... memarahi , memukul tak salah tapi jgnlah sampai mengakibatkan kecederaan mental fizikal yg boleh membawa maut menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada gunanya...

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu dipukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanakmemangla h begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas
tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

" Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya " Tak naklah. Kita penat, " jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng. " Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh jek, "pujuk Ani. "Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok jek, " jawabnya lagi. Akhirnya Ani mengalah dan berlari
ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arahmereka.

" Ejah! " tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah. Segera dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya. " Kau dahbuat kerja sekolah belum? " tanya ayah. " Hari ni tak ada kerja sekolah, " jawabnya perlahan. " Abis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar " herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. " Yang berdiri terkebil tu kenapa. Pergi baca buku, " herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya. Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya.

Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darahkata
nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa
memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalahdapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.

Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia kesekolah
seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah. " Ejah! Tunggu kita, " jerit suara kecil dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. " Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah? " tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menujukebilik darjah." Boleh ke? Mak ngan ayah awak tak marah ke? tanyanya ragu-ragu. "
Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik, " jawab Ani sambil tersengeh. Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik.

Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai. " Marilah makan dulu Ejah. "Lepas makan baru belajar " pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan,
ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. " Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat, " kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk
malu. " Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam " usik ayah Ani pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya.

Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis de depan orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejahmenerangkan kepada Ani beberapa masalah
matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya.

Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah. Sewaktu menaiki
tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah. Nenek!!!

" Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku tengok dia tu, makan pakai tak terurus ". " Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya, " ayah bersuara acuh tak acuh. " Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kesian dengan Ejah tu saja, " nenek
cuba memujuk ayah. " Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Kemana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah, " terdengar nada marah di suara ayah. Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu. Menggigil ketakutan.
" Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia? "
" Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi, " jerkah ayah. " Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,
". "Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya, " Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahn " Nenek, " jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat. " Dah besar dah cucu nenek ni, " ujar nenek. Ada nadasayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut " Kau ke mana ha Ejah? "
herdik ayah. Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya. " Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja, " nenek membelanya.

" Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala, " marah ayah. " Ejah, pegi tukar baju sekolah tu.
Kotor nanti, " ujar nenek lembut padanya. " Baiklah nek, " terus dia berlalu ke biliknya. Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati.
Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya.
Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu.
Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang. Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga. " Ke mana kau marayap hah? "
jerkahayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi. " Jawab! " tengking ayah. Tersentakdia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. " Orang pergi rumah Ani, "jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu. " Kenapa?
Kau dah tak ada rumah? " marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. " Kau tak dengar aku tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang? " tengking ayah sambil menarik rambut Ejah.
Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. " E..ejah, Ejah pegi belajarkat rumah Ani, " jawabnya tersedu-sedu. " Ooh, belajar. Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri, " jerit ayah lebih kuat. Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya.Darah.
Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih
penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan.

Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang diamemang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Diatidak lagi bergerak. Semuanya bertukar gelap... Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal.

Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik. " Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah, " garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat.
Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkahmasuk.
" Tidur lagi! " jerkah ayah. " Ee..ejah rasa tak sihat ayah, " jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. " Sudah, jangan nak mengada-ngada, " marah ayah sambil menarik tangannya. Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri. " pergimandi, " ayah menolaknya ke bilik mandi. Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di
kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.

" Nurfaizah, " terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. Siapa yang buat kamu macam ni? " tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan
kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun
menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tandakemaraha n dan kebencian di wajah ayah. " Maafkan ayah nak, " suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham kenapa ayah dan nenek sedih. " Kenapa semua
orang sedih, " tanya Ejah dengan kepayahan. Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama, " Ejah bersuara perlahan. "Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah! " ayah merayu. Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian
ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Ejah mula tersekat-sekatdan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya. Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan
beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada
paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya... Insan kecil bernama EJAH... ... ...

--
<|a N i S S e p H i a|>

Perjuangan Memerlukan Pengorbanan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada datuk-datuk, tuan puan, sahabat-sahabat yang telah memberikan persetujuan untuk memberikan sedikit usaha untuk membantu Sekolah Agama Ibn Khaldun didalam mendapatkan keewangan untuk tujuan pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Yang berbahagia Datuk-datuk, tuan-tuan, puan-puan dan sahabat-sahabat,

Yang penting adakah kita terlibat didalam usaha menjayakan sebuah sekolah agama ini, bukan berapa banyak RM yang kita dapat kerana berapa banyak RM adalah ketentuan Allah swt, yang perlu kita tanya berapa banyak usaha yang telah kita lakukan? Berapa banyak manusia yang kita temui dan kita sanggup berkata untuk memohon bantuan tersebut.

Ya Allah, Engkau berilah kami hati-hati yang ikhlas agar segala usaha-usaha ini mendapat keredaanMU, engkau jadikanlah kami orang yang benar-benar berserah kepadaMU, hanya engkau yang memberi dan kami hanya boleh berusaha dan semuga usaha-usaha yang sedikit ini akan mendapat sesuatu yang terbaik di akhirat nanti. Amin

http://kalamiar.blogspot.com/2009/03/sejauh-mana-kita-berusaha-untuk-menjadi.html

Bersama-sama ini dilampirkan contoh resit yang akan digunakan oleh datuk-datuk, tuan puan dan sahabat-sahabat didalam membantu melakukan kutipan tersebut, dilampirkan juga surat kebenaran yang diberikan sehingga bulan Jun 2009 ini.

Bagaimana untuk mengutip?

1. Sekiranya anda seorang pensyarah, jurulatih, guru atau tenaga pengajar, anda boleh memaklumkan seperti berikut:
“Maafkan saya sebentar, bersama-sama saya ini ada sedikit kupun kutipan derma dari sebuah sekolah agama (sekolah Menengah Ibn Khaldun) di Selangor. Sekolah ini adalah sebuah sekolah agama yang telah beroperasi selama 17 tahun dan sekarang ingin membina sekolah baru dengan keperluan keewangan sebanyak 6 juta. Rakan saya amat-amat berharap agar saya dapat membantunya didalam mendapatkan keewangan yang begitu besar ini. Diharapkan pihak tuan puan dapat membantu sekolah ini bagi kebaikan agama Islam dan juga agar kita mendapat keredaan Allah swt. Saya ucapkan terima kasih di atas kesudian pihak tuan puan membantu sekolah ini.”

2. Sekiranya anda seorang Ketua pejabat, pengetua, pengurus:
Anda hanya perlu meminta anggota anda membantu anda untuk mengutip derma dan insaalah apa yang berlaku adalah ketentuan Allah swt.

3. Sekiranya anda seorang yang anda rasakan tiada kedudukan atau pangkat;
Anda tentunya ada rakan, saudara, adik beradik dan sahabat, anda hanya menunjukkan resit tersebut dan memaklumkan bahawa anda ingin membantu sekolah ini untuk membina sekolah baru, anda tidak perlu risau samada mereka mahu memberi atau tidak mahu memberikan derma tersebut. Allah swt telah menentukan samada sekolah ibn khaldun akan mendapat derma dari mereka atau tidak, yang penting adakah kita telah berusaha untuk memberikan peluang untuk mereka menderma.

4. Sekiranya anda mengenali seorang yang mampu untuk membantu mengutip derma seperti contohnya setiausaha badan kebajikan islam, sila maklumkan no tel dan nama mereka bagi pihak sekolah menghubungi mereka untuk membantu kami mendapatkan derma dari organisasi tuan
5. Sekiranya anda mengenali seorang dermawan, mungkin anda boleh memaklumkan kepada kami untuk kami menyediakan proposal pembinaan sekolah tersebut dan kami akan menghantar terus kepada mereka atau menghantar kepada tuan untuk tuan memajukan permohonan tersebut. Kita hanya berusaha dan Allah swt yang menentukan samada Allah swt mahu memberikan bantuan tersebut melalui mereka yang kita mohon bantuan tersebut.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan resit-resit bolehlah memaklumkan kepada saya atau emailkan kepada smik_salam@yahoo.com insaallah pihak sekolah akan menghantar jumlah kupun yang diperlukan (satu buku kupun bersamaan RM100), dan juga surat kebenaran dari Majlis Agama Islam Selangor

Perjuangan Bila Kita Akan Bermula

Perjuangan apakah masih ada sekarang? Jihad adakah kita mampu untuk melakukannya sekarang? Jika bumi pelastin suatu tempat untuk berjihad, mungkin kita terlalu jauh dari bumi itu, apakah yang mampu untuk menyatakan kita perlu berjihad? Begitu banyak perjuangan, namun kita terlalu jauh dari semangat perjuangan, terlalu banyak pengorbanan yang boleh dilaksanakan, namun semangat juang terlalu rendah buat diri kita. Kita masih banyak berkira-kira tentang rasa hati, kita berkira tentang usaha-usaha yang ingin kita lakukan, namun Allah swt tidak mengira berapa banyak hasil yang berjaya kita perolehi tetapi Allah menilai sejauh mana kita sanggup untuk berusaha untuk meninggikan dan membantu agamanya.

Jesteru itu rakan-rakan yang dihormati,
Saya ingin menyeru untuk kita membantu sama-sama berjuang untuk mencari sejumlah wang bagi membina sebuah sekolah agama yang bernilai 6 juta ringgit, kita bukan penentu kejayaan sekolah tersebut, kerana kejayaan adalah dalam ketentuan Allah swt. Kita hanya orang yang cuba membuktikan kepada Allah swt bahawa kita telah berusaha dan hanya Allah swt sahaja yang boleh membantu atau mengagalkan usaha-usaha untuk membina sekolah agama tersebut. Yang penting adakah kita benar-benar berusaha untuk mencari dana bagi pembinaan sekolah tersebut.

Adakah kita orang yang terlibat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sebahagian daripada dana sekolah tersebut atau tidak. Walau apa yang berlaku Allah swt pasti membantu hamba-hambaNya yang berusaha untuk meninggikan agamaNya. Kita tidak perlu risau apa yang dikatakan oleh orang lain, tapi kita perlu risau tentang apa kata Allah swt tentang diri kita bila kita ada kesempatan untuk membantu AgamaNya, apa tindakan kita? Kita perlu membantu seboleh mungkin untuk menjayakannya, jika kita tidak mempunyai keewangan yang banyak mungkin kita boleh membantu untuk kutipan derma dari orang yang hampir dengan kita, yang penting contohnya jika kita telah menemui seratus orang dan memaklumkan kutipan derma tersebut dan tiada orang yang mahu menderma mungkin allah swt mahu melihat sejauh mana kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Jika seorang dari kita mampu bertemu dengan seratus orang untuk memohon derma dan Allah memberikan melalui setiap orang sejumlah RM100. Apabila ada sepuluh ribu orang kita akan memperolehi sebanyak satu juta, atau sekiranya hanya seribu orang yang sanggup membantu mencari rm100 seorang, maka sekolah tersebut akan memperolehi sebanyak RM100K dan sekiranya setiap seorang dapat meminta 10 rakannya membantu usaha-usaha murni ini mungkin satu juta boleh diperolehi dalam masa yang singkat ini.

Sekolah ibn Khaldun akan memulakan pembinaannya pada penghujung tahun ini dan keewangan amat-amat diharapkan, mungkin kita tidak mampu menjadi pejuang agama tetapi mungkin dengan usaha yang sedikit ini kita mampu untuk membina pejuang-pejuang agama yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. Marilah kita sama-sama membantu kerana Allah swt dan semuga Allah swt akan membantu kita pula di akhirat nanti. Allah hu alam

Untuk mendapatkan kupun atau borang-borang kebenaran pihak tuan puan boleh mendapatkan dari saya sendiri atau emailkan alamat tuan puan bagi penghantaran borang dan kupun melalui pos. Kita hanya berusaha dan hanya Allah swt yang akan membantu, tanpa usaha dan berharap kejayaan adalah tanda takbur kepada pencipta. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapat keredaan dan merasai sedikit perjuangan.

Nama dan nombor pembangunan sekolah
PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN – 120-100-100-296-02 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

&&&&&&&&&&&&& Pengertian Kawan &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
PENGERTIAN KAWAN

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit, jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagainya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya..

Yang utama, seorang kawan terbaik adalah seorang yang mahukan kawannya selamat dari api neraka, mahu melihat kegembiraan dan kemanisan sentiasa bersama-sama dengan kawannya. Mengasihi dan dikasihi kerana Allah swt.

Keampunan & Kesyukuran Amat Diperlukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kesilapan dan kesalahan adalah lumrah didalam kehidupan, namun adakah kita dapat memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, adakah kita benar-benar bermohon kepada Allah swt agar kita diberikan keampunan dan dimaafkan segala kesilapan dan ketelanjuran yang telah dilakukan. Kita mungkin mudah untuk merasa sombong, bongkak atau membesar diri, adakah kita sedar apabila kita merasa bangga atau apa sahaja, ada orang lain yang lebih baik dari kita, ada orang lain lebih bahagia, lebih mendapat banyak anugerah dari Allah swt.

Persoalan yang perlu kita fikirkan adakah kita membanggakan diri atau kita bersyukur diatas pemberian dan kelebihan yang diberikan oleh Allah swt. Ramai dan kebanyakan manusia begitu cepat melupakan segala pemberian Allah swt, selalu mereka menyangka apa yang diperolehi adalah dari hasil usaha mereka sendiri, mereka menyatakan bahawa segala yang diperolehi adalah kerana mereka telah berusaha dan berkorban untuk mendapatkannya.

Bukankah walau bagaimana bersungguhnya atau walau kuat mana usaha yang dilakukan, hasil atau keputusan adalah milik Allah swt. Sebenarnya kita hanya boleh berusaha dan kita perlu menunjukkan kesungguhan berusaha, keputusan atau kejayaan adalah milik Allah swt. Allah swt boleh memberikan atau tidak memberikan langsung keputusan yang terbaik buat diri kita. Sejauh manakah kita menyerahkan segala-galanya kepada keputusan Allah swt. Adakah kita benar-benar berharap kepada Allah swt didalam kehidupan kita.

Ramai orang cepat berputus asa, mereka akan keloh kesah, murung dan banyak lagi tanda-tanda tidak puas hati apabila apa yang dihajatkan tidak tercapai. Mungkin gagal di dalam peperiksaan, mungkin gagal dalam percintaan, mungkin terlalu banyak beban yang ditanggung dan lain-lain masalah. Adakah kita sedar bahawa segala yang dilalui adalah datang dari Allah swt untuk menguji kita, kehidupan ini penuh dengan ujian dan apabila kita mendapat ujian adakah kita sedar bahawa kita memang layak untuk mendapat ujian tersebut dan kita perlu menjawab atau melalui ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Kita perlu berusaha dan berharap agar Allah swt membantu diri kita mengatasi ujian yang diberikan oleh Alllah swt agar sentiasa mendapat yang terbaik. Namun sekiranya setelah berusaha bersungguh-sungguh keputusan yang diperolehi tetap tidak seperti yang kita hajatkan mungkin ada yang terbaik disebalik keputusan tersebut. Allah swt maha mengetahui dan kita perlu sentiasa berbaik sangka kepada Allah swt.

Mungkin apa yang kita sangka baik sebenarnya adalah buruk buat diri kita dan mungkin apa yang kita sangka buruk itu adalah baik buat diri kita, yang penting apabila telah berlaku kita perlu mencari yang terbaik disebaliknya dan menjadikan diri kita adalah hamba-hamba yang benar-benar bersyukur. Amin

***************** mohon ampun ***************************
Mohon ampun, tutup keaiban dosa daripada terdedah

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)
Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.
Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.
Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.
Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.
Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.
Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)
Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.
Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.
Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.
Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.
Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.
Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)
Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)
Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.
Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.
Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.
Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.
Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.
Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.
Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.
Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

Thursday, May 14, 2009

Mengapa Tidak Bersiap Untuk..



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kebesaran Allah swt tidak dapat dinafikan, kita mampu merasakan dimana sahaja sekiranya kita mengunakan akal untuk memikirkannya. Persoalannya sejauh mana kita telah mengunakan akal pemikiran untuk memikirkan tentang kebesaran Allah swt. Jika kita melihat kejadian yang ada dimuka bumi ini tentu sekali kita tertanya-tanya, bagaimana kesempurnaan kejadian yang begitu jelas seperti kejadian diri kita sendiri. Kita tidak boleh menafikan penciptaan Allah swt yang menjadikan manusia dengan jantung sentiasa mengepam darah tanpa ada arahan dari diri kita sepanjang waktu sehingga masa yang tertentu dan akan berhenti pula walaupun kita tidak mahu ia berhenti.

Bulan dan bintang yang berada diangkasa tanpa tiang, berpusing dengan kelajuan yang tersendiri bagi setiap bintang, penuh dengan misteri keajiban yang tidak dapat dibayangkan kecuali apabila kembali kepada Allah swt. Cahaya matahari yang sampai kebumi tetap dalam tempuh 24 jam dam menjadikan siang dan malam, tidak terlalu laju atau terlewat, sentiasa tepat dan sentiasa cukup kepanasannya. Mungkin jika jarak terdekat sedikit, kita akan merasakan kepanasan yang amat sangat dan akan mencairkan air batu di kedua kutub. Atau jika terjauh sedikit mungkin semua air laut menjadi batu, mungkin amat sukar kehidupan yang penuh dengan kesejukkan.

Tetapi kita sering tidak mengerti, atau tidak mahu mengerti, kita tidak merasakan segala-gala yang kita rasai adalah suatu pemberian dari Allah swt untuk melihat kita sejauh mana kita benar-benar bersyukur. Adakah kita sedar bahawa sehari di akhirat adalah bersamaan seribu tahun di dunia. Jika di dunia kita hidup di dunia selama 60 tahun ini bermakna kita seolah olah berada diakhirat baru satu jam setengah, sedangkan kita tidak tahu berapa lamakah lagi yang akan perlu kita lalu bila di akhirat nanti. Jika satu jam setengah di akhirat akan menyebabkan kita tersiksa lebih kurang 60 tahun di dunia adalah bijak jika kita memikirkkan apakah persedian yang perlu disediakan bagi kehidupan selepas mati dari mengejar kehidupan di dunia. Namun sebagai manusia kita selalunya mencari kehidupan dunia, jika ada segunung emas pasti manusia akan cuba untuk mendapatkan gunung emas kedua buat diri mereka.

Kita selalu memikirkan tentang kehidupan dunia sehinggakan kita tidak sedar bahawa kehidupan itu sementara dan akhitnya kita akan mati. Kita tidak risau untuk mencari apa yang perlu disediakan untuk perjalanan yang jauh yang akan kita lalui nanti, namun perjalan itu suatu yang pasti dan bijaklah orang yang cuba merendahkan diri menjadi hamba-hamba yang takut dan brharap akan keredaan Allah swt. Amin.

** Catatan Gambar (Matahari dari jarak 5000km)

Wednesday, May 13, 2009

Al-Quran Sumber Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apabila bercerita tentang kekasih Allah swt, rasulullah saw maka tergambar perjuangan, perjuangan yang tidak mengenal erti kesukaran, sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat umat-umatnya, Seorang rasul yang sentiasa mendahulukan Allah swt didalam kehidupan dan segala kehidupannya diserahkan kepada Allah swt. Tidak bertindak mengikut hawa nafsu, Al Quran menjadi panduan hidup dan sentiasa melakukan apa yang dikehendaki oleh AL Quran dan Al Quran itu hidup didalam diri kehidupannya.

Al Quran sebagai penaung kehidupannya, Al Quran sebagai perundangannya, Al Quran sebagai bicaranya, Al Quran sebagai panduan kehidupan dan segala-galanya adalah Al Quran. Ia melihat apa yang ingin dilaksanakan mesti mematuhi apa yang diarahkan oleh AL Quran, Al Quran sentiasa mamagari kehidupannya. Kehidupan sentiasa berpandukan ALQuran dan Al Quran tidak boleh dipisahkan dari kehidupannya. Ia adalah Al Quran yang bergerak dan berjalan didalam kehidupan untuk bertemu dengan ALLAH SWT.

Betapa jauh kita dari AL QURAN, tidak memahami apa yang terkandung untuk pengajaran, sebaliknya membaca sahaja tanpa memahaminya. Terkadang sama seperti merta yang dibaca di kuil yang tidak dipahami oleh mereka yang mendengar, tidak jelas butir bicara dan tidak dimengertikan sama sekali. Mungkin Al Quran lebih baik sedikit kerana ada bunyi yang jelas tetapi tetap tidak dipahami apa yang perlu dilakukan, ditak dirasai apakah tindakan yang perlu dilaksanakan. Walaupun membaca walaupun satu hurup mendapat pahala namun bukan itu tujuan Al Quran diturunkan, mungkin kita perlu lebih teliti dan peka terhadap tanggungjawab terhadap al Quran agar menjadi suatu yang memberikan kesedaran dan keinsafan agar mencontohi rasul yang ummi.

Apakah perjuangan yang telah kita lakukan demi memertabatkan Al Quran di muka bumi? Sejauh manakan kita Berjaya memahami apa yang terkandung agar hati bersinar menyinari kehidupan dan menjadikan Al Quran sebagai panduan. Kita mampu membaca akhbar, mampu membaca buku-buku, mampu membaca bahan-bahan murahan tetapi begitu sukar untuk memahami Al Quran, sombongkah diri kita? Banyakkah tanggung jawab kita? Susahkah diri kita? Terlalu banyakkah kerja kita? Atau kita memang memilih untuk tidak mahu membaca AL Quran yang mulia. Kita memilih untuk tidak mahu untuk memahaminya tetapi kita mahu di masukkan sebagai orang yang beriman, kita mahukan surga Allah swt, kita mahukan kebaikan tetapi tidak mahu lepada Al Quran.

Siapakah kita di sisi Allah swt? Orang yang beriman? Atau Orang yang sombong dengan Allah yang begitu banyak rahmatnya telah diberikan kepada kita. Ya Allah, berikanlah kami ilmu agar kami mengenal diriMu, berilah kami hidayah agar kami menjadi manusia yang tunduk kepada kekuasaanMu, Ya Allah ampunlah kami yang hina dan begitu banyak kesilapan yang telah kami lakukan didalam kehidupan ini. Ya Allah hanya engkau yang mampu menyelamatkan kami dan perlindungilah kami dari tipu daya saitan. Amin.

______________________________________________________________________________

Mari Kita Bercerita tentang Nabi Kita

Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,

Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya seperti malaikat dan tubuhnya manusia,

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,

Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,

Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,

Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,

Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,

Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,

Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,

Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,

Kalau dia marah dengan orang,
disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,

Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi'
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul,

Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya,

Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,

Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,

Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,

Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat"
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,

Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,

Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,

Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,

Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,

Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,

Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,

Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,

Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,

Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,

Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,

Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,

Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,

Kita sambung lagi cerita nabi kita,

Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,

Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,

Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,

Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba"
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,

Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,

Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,

Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,

Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,

Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,

Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,

Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,

Sekianlah adanya.

Sumber: Nazam oleh Syeikh Ashaari Muhammad

Monday, May 11, 2009

Kesedaran, bila kau akan mengusik hatiku..

Kehidupan sesuatu perjalanan yang akan berterusan dan hanya akan berakhir apabila kematian yang pasti akan diharungi dan memisahkan segala-galanya. Seringkali kita mungkin akkan teringat masa-masa yang mendebarkan ini, namun apa yang dirasai mungkin buat seketika dan akhirnya kita melupakan kembali peristiwa yang begitu pasti akan berlaku ini. Tidak dapat dinapikan bahawa kematian itu suatu yang begitu pasti, juga tidak boleh untuk kita menyatakan ianya suatu yang belum pasti akan berlaku, kita mempercayainya tetapi tindakan kita sahaja seolah-olah kurang yakin tentang kematian yang pasti tiba.

Bila kita disentuh oleh suara hati kita untuk beribadah, menyerahkan diri kita kepada Allah swt. Hati kita akan merasakan betapa kerdilnya kita disisiNya, kita merasakan amat-amat berharap kepada kasih dan sayang Allah swt, kita tidak mampu untuk melakukan apa sahaja kecuali semuanya dari pemberian dari Allah swt. Allah swt pemberi rezeki sejauh mana kita benar-benar merasainya, dari dalam perut ibu Allah menyusun segala rezeki kita melalui tali pusat disalurkan segala makanan kepada diri kita, ibu kita tidak pernah mengarahkan makanan yang dia makan untuk diberikan kepada diri kita, tidak pernah kita meminta makan tapi Allah swt memberikan kita makanan kepada diri kita dengan secukupnya sehingga kita menjadi manusia yang lengkap dengan penuh sempurna.

Selepas kita lahir, Allah swt mengajar kita untuk menghisap susu ibu dan susu ibu tiba-tiba sahaja ada tanpa disedari selepas anak tersebut lahir kedunia, apakah kita menyatakan segala-gala ini adalah kebetulan? Tidakkah kita sedar betapa telitinya Allah swt menjadikan segalanya sehinggakan perkara-perkara sekecil ini juga didalam pengawasanNya. Allah swt mampu mengadakan yang lebih besar pengurusanNya seperti pergerakan alam yang sentiasa berpusing dengan kelajuan yang begitu tinggi tetapi kita tidak merasakan putarannya.

Kita terlalu lemah dan kerdil tetapi kita juga terlalu sombong untuk merendahkan diri untuk menjadi hamba-hamba Allah swt, banyak kejahatan yang boleh kita lakukan dan telah kita lakukan, kita bebas untuk bertindak apa sahaja seolah-olah tiada dicatitkan segala tindakan yang telah kita lakukan. Mengapa kita terlalu angkuh dan tidak menyerahkan diri kita agar dididik menjadi manusia yang benar-benar takut kepada Allah swt. Marilah kita merenungkan apa yang telah berlaku dan apakah ayat-ayat Allah swt yang telah diturunkan untuk mengajar bagaimana untuk mengenal Allah swt didalam kehidupan kita. Insaallah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bila Kehidupan Berbicara

Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa kita lemah tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus.

Ketika jiwa kita kuat dan masih mampu berpegang pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang benar maka akan terserlahlah kewibawaan dan jati diri kita lalu kitapun melangkah gagah menuju kemuliaan atau ketinggian di sisi Allah SWT lalu manusia lainpun akan kagum dan hormat pada kita. Namun disaat-saat jiwa kita lemah, kita akan hanyut bersama arus deras yang menuju kekecewaan dan kehinaan.
Inilah hakikat kehidupan. Jika kita berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu maka kegagalan, kekecewaan, kehampaan dan segala kelemahan akan mewarnai kehidupan kita. Tetapi untuk kita berjaya dan bahagia, mulia dan berwibawa, kita perlukan usaha dan pengorbanan.

Inilah hakikat kehidupan...jika kita tidak exercise, tak jaga makan minum kita maka kita akan sakit tetapi kalau kita nak sihat maka kita perlu senaman secara berterusan disamping menjaga makan dan minum kita mengikut keperluan. Begitu juga dengan hati kita...jika kita tidak jagainya dengan menjauhi dosa, berikan makanan dengan tazkirah dan ibadah maka hati kitapun akan sakit lalu kita akan lebih cenderung pada dosa dan kehinaan.

Inilah realiti kehidupan kita. Segala yang baik, positif, segala ketinggian dan kemuliaan, kejayaan dan kebahagiaan tidak akan datang bergolek tetapi memerlukan usaha yang berterusan yang dibangunkan dengan tekad dan keazaman yang tercetus dari matlamat dan kefahaman yang benar tentang kehidupan serta dibajai dengan doa dan ibadah yang akan menjadikan jiwa kita subur dan lunak yang nantinya akan menjadi tempat tumbuhnya kepasrahan, ketenangan, kesabaran dan ketabahan.

Arus kehidupan inipun tidak pernah membezakan siapa kita, dari mana keturunan kita, muliakah atau hinakah bangsa kita; siapa yang lalai dan leka akan menjadi mangsa namun siapa yang sedar diri serta berusaha menongkah arus deras ini maka kejayaan dan kebahagiaan akan menjadi miliknya.

Bila Kehidupan Mula Berbicara
Disaat kita terasing dalam dunia kita sendiri, disaat tidak ada siapa yang menemani kita melainkan kesunyian, keresahan dan kekecewaan. Disaat kita memandang kedepan segala-galanya kabur dan penuh tanda tanya, disaat kita menoleh kebelakang yang terlihat hanyalah dosa dan ketelanjuran.

Disaat jiwa kita benar-benar lemah dan merasakan kebahagiaan bukan lagi milik kita, bahkan kita merasai kehidupan itu sendiri hampir-hampir tidak ada lagi. Ketika inilah, ketika lilin harapan kita hampir padam dan dunia terasa kelam, kehidupan sebenarnya sedang berbicara kepada kita.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita tentang kehambaan; tentang kekerdilan kita dan keMaha Berkuasaan Sang Pencipta agar kita sedar diri dan merasakan perlunya untuk kita tunduk dan patuh kepadaNya. Untuk kita bermunajat dan meletakkan pengharapan padaNya

Kehidupan sedang berbicara tentang keinsanan dan kelalaian; betapa mudah untuk kita terlanjur dengan dosa dan betapa perlu untuk kita insaf dan bertaubat. Betapa seringnya kita lupa untuk bersyukur dan betapa mudah kita lupa diri apabila kesenangan dan kekayaan menyelimuti kehidupan.
Kehidupan sedang berbicara tentang sabar dan pasrah, agar jiwa kita semakin terbina dan semakin kuat hingga kita akan lebih sanggup melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita bahawa gagal dan berjaya, kecewa dan bahagia, jatuh dan bangun itu adalah warna-warna dirinya agar kita sedar dimana kita sedang berdiri dan kemana akan kita aturkan langkah kaki kita.

Hadapilah Harimu Dengan Senyuman

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak akan sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri, kemuliaanpun hanya memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.

Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah bahkan tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya. Bahkan lebih dari itu, tangisan itu akan mengikis keimanan kita sedikit demi sedikit hingga akhirnya tiada lagi keyakinan kita kepada kesempurnaan dan kebijaksanaan Allah SWT.

Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula. Bukankah sahabat-sahabat yang merasai kenikmatan dan kebahagiaan beriman itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat, ada pula manusia yang mati hina. kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta, ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik, ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.
Memang kita berhak menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa dan hampa.

Semoga Kami Mengenali Dirimu, Kekasih Allah SWT

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sejauh manakah kita sebenarnya mengenali isteri dan anak-anak kita? Apabila isteri kita mengandung kita tentu tidak mengetahui samada anak itu lelaki atau perempuan kecuali dengan peralatan moden masa kini. Kita juga tidak mengetahui bagaimana rupa atau bentuk tubuh badan anak kita, bagaimana rupa wajah dan tubuh badannya.
Namun sebaliknya apabila ditanya kepada orang-orang yahudi yang telah memeluk islam, adakah mereka mengenali diri rasulullah saw sebelum keislaman mereka, mereka menjawab kami mengenali diri rasulullah melebihi diri anakanak kami, kami mengetahui dengan jelas sikap, perangai, budi bicara, kebaikan, keadilan dan segala-gala tentang diri rasulullah saw.

Mengenali diri rasulullah saw dengan begitu jelas bukan bermakna akan menyebabkan seseorang akan beragama Islam, sebaliknya kaum musrikin di Mekah amat-amat mengenali sikap dan kehidupan diri rasulullah saw yang begitu baik dan sempurna tetapi tetap tidak beriman dengan Islam.

Mari kita melihat diri kita, adakah kita mengenai diri rasulullah saw, adakah kita dapat merasakan betapa cintanya rasulullah saw kepada diri kita? Adakah kita mengetahui sifat-sifat diri rasulullah saw? Adakah kita sebaliknya mengenali diri anak-anak kita? Jika orang yahudi tidak mengenali anak-anak mereka sendiri melebihi dari diri rasulullah saw pun amat sukar untuk beriman, bagaimana pula generasi sekarang yang begitu asing dengan sirah diri rasulullah saw.

Marilah kita memulakan hari dan saat ini untuk kita mula mengenali diri seorang rasul yang telah menyampaikan Islam sehingga kita merasai nikmat hari ini. Mari kita mula membuka buku-buku sirah untuk kita mengenali sikap dan kesungguhan dan perjuangan diri rasulullah saw. Amin

Wednesday, May 6, 2009

Hati..Sejauh Mana Putihmu Sekarang

Hati suatu yang bila datang dengan keadaan bersih namun dengan masa yang berlalu sedikit demi sedikit hati yang putih bersih telah diwarnai dengan asam garam kehidupan, hati perlu kepada hubungan denga Allah swt, hati perlu dengan tegutan dari Al Quran, Hati perlu kepada nasihat dari hadith-hadith rasulullah saw. Namun hati banyak diberikan rangsangan dari TV, dari akhbar dari buku-buku cerita sehingga hati tidak dapat mengenal apakah yang terbaik untuknya.

Suara hati terlalu perlahan volume untuk memberikan yang terbaik kepada manusia lain, hati telah menjadi semakin tiham dan sukar untuk dibersihkan, hati semakin sakit dan tidak dapat untuk di ubat, ia perlu kepada doctor yang benar-benar pakar untuk membantu bagi membersihkannya. Dimanakah akan diperolehi doctor yang begitu pakar untuk memperbaiki hati yang telah hitam ini.

Jawapan persoalan ini perlu kembali kepada diri kita dimana Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Kita perlu melakukan keputusan samada mahu untuk berubah atau tidak, kita mesti jelas apakah yang kita mahukan dari sekarang? Matlamat kita perlu jelas sejelasnya, tidak boleh sepergi hari yang mendung sehinggakan cahaya matahari sukar untuk dilihat, kita perlu merasakan seperti hari yang begitu cerah sehinggakan cahaya matahari begitu terik daan tidak mampu untuk kita merenung cahayanya tetapi kita merasakan akan hangatnya cahaya dan menyedari betapa terang dan jelasnya cahaya matahari tersebut.

Apakah matlamat kita sebenarnya? Sekiranyanya kita jelas matlamat kita dan kita sedar akan kasih sayang Allah swt, mempunyai kepercayaan akidah yang jelas dan benar-benar yakin akan balasan surga dan neraka, maka kehidupan seperti suatu api yang akan menerangi kehidupan yang akan dilalui. Begitu jelas jalan-jalan yang ingin dilalui, begitu jelas apakah yang ingin untuk dilakukan dan akan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan janji-janji Allah swt.

Keyakinan yang tidak akan mengugat apa sahaja yang ingin dilakukan, pengorbanan yang tidak akan mengenal kesukaran, kesetiaan yang tidak mengenal erti kesukaran, yang penting adalah mengutamakan kekasih dengan penuh harapan, kepercayaan suatu hari nanti segala janji pasti akan diperolehi dan mendapat yang terbaik yang tidak dapat digambarkan oleh pemikiran. Kehidupan penuh dengan kemudahan dan semuanya adalah mengharapkan keredaan Allah swt.

Marilah kita memulakan untuk suatu perjalanan yang kita tidak tahu bilakah kesempatan yang ada akan berakhir, yang penting adalah melakukan dan terus melakukan untuk membersihkan hati agar dapat digilap semula menjadi seputih mungkin dengan pertolongan dari ilahi. Ya Allah, bantulah kami agar hati kami diberikan yang terbaik dan sesungguhnya Engkau mampu menjadikan hati itu putih seputihnya dan menjadikan hitam sehitamnya, berilah kepada kami hati yang putih bersih dan Engkau maha pemberi kepada sesiapa sahaja yang engkau kehendaki. Ya Allah hanya kepada engkau kami berharap dan kepada engkau sahaja kami memohon pertolongan, Amin

***************************************
KAIN PUTIH.......

Ayah : Nah! ayah berikan kamu sehelai kain putih untuk kamu ..

Anak : Terima kasih ayah.... tapi kenapa ayah berikan kain putih ini kepada saya

Ayah : Jagalah dia baik2 ,bawalah ia kemana2 pun kamu pergi dan andainya ayah masih hidup menjelang umur kamu yg ke 40 tunjukkan kembali kain ini kepada ayah.

Anak : Baiklah ayah

Masa berlalu dengan pantas.... kini si anak tadi sudah dewasa..... menjelang umur si anak 40tahun maka dia pergi menziarah ayahnya yang sedang sakit dan menunjukkan kain putih pemberian ayahnya dulu....siayah melihat kain tersebut telah kusam, tidak
terurus, bertompok kelabu, tompok gelap tidak seperti keadaan semasa kain tersebut diberikan kepada anaknya dahulu.....

Ayah : 'kamu tahu aiman..... apakah maksud pemberian kain putih ini dahulu kepada mu'
Anak :. 'sebagai amanah ayah untuk aiman jaga dan bawa kemana2 aiman pergi seperti mana ayah pesan dulu.
Ayah : betul..tapi kenapa keadaannya tidak seputih dulu?
Anak : 'memanglah ayah....keadaan masa dan persekitaran tempat telah membuatkan kain itu kotor dan tidak seperti sebelumnya' 'Tapi ayah.....kenapa ayah minta aiman tunjukkan semula kain ini kepada ayah setelah aiman berusia 40 tahun?'
Ayah : aiman.....usia 40 tahun adalah permulaan perjalanan hidup seorang mukmin dan umur ini adalah permulaan perjalanan seseorang itu menuju kejayaan ataupun
kehancuran....' umur 40 tahun juga menandakan seseorang itu telah matang dan boleh menerima sesuatu buah fikiran dengan tenang danbersedia. 'Kain putih itu ..... ibarat IMAN dan kita......anugerah ALLAH yang sangat bersih dan suci diamanahkan kita supaya membawa kemana2 menjaga dan memeliharanya dari kekotoran. ......selama hayat kita hingga kita harus memulangkan semula hak ALLAH apabila kita dipanggil menghadapNya satu hari nanti.....apakah nanti kain itu akan seperti keadaan asalnya bersih dan putih atau bagaimana?'
Anak : 'tapi ayah...mana mungkin seperti keadaan asalnya'
Ayah: 'betul! tapi adakah kita berusaha untuk menjaga kain tersebut? Selamatkan ia dari kekotoran?...
Anak: 'Bagaimana nak selamatkan dari kekotoran?’
Ayah: ’hmmmm...bilaslah kain itu dengan wudukmu, bilaslah lagi 5 kali sehari sebagaimana kamu mengambil wuduk sehingga hilang kekotorannya, sempurnakan segala rukun yang wajib baginya jika masih ada tompok kotornya bilaslah pula dengan
zikir, sunatnya, taubatnya... umpama sabun dan pewangi ulangilah lagi
setiap hari'.
Anak: 'ayah bagaimana kalau masih tertinggal juga kotornya'
Ayah: 'itulah 'nar' - bermaksud apineraka......' na'auzubillah....
Tercenang si anak mendengarnya...

Kesimpulan tazkirah :

IMAN itu seperti sehelai kain putih setiap hari hendaklah dipelihara,janganlah dikotorkan, dilemparkan, di sepah-sepahkan hingga akan mengotorkan kain tersebut...jika kotor, bersihkanlah semula, kotor lagi bersihkan lagi begitulah.hingga kita di panggil semula kepadaNya untuk memulangkan kain putih tersebut.....kalau masih bersih (sungguh pun tidak seperti asal) alhamdullilah, insyallah rahmat ALLAH
meliputi, tetapi AWAS jika langsung tercemar mana mungkin kemuliaan itu akan dicapai.

Apa yang saya tulis disini hanya mengikut setakat apa yang saya
fahami dan ingati semasa siri taskirah tersebut.. insyallah,buat para
pembaca yang sudi membaca tulisan saya ini terima kasih..... mudah-
mudahan kita semua beroleh sedikit manafaat darinya...TM terima kasih
sebab menyiarkan tulisan saya

Sudahkah Kita Bersedia

Kematian suatu yang sering mahu dihindari oleh manusia, namun kematian tetap akan datang dan kematian tidak pernah melupakan diri kita. Persoalannya sekarang adakah kita telah bersedia untuk mati atau kita masih lagi belum menyediakan sebarang perancangan untuk kematian yang begitu pasti akan kehadirannya bagi diri kita. Tidakkah kita sedar bahawa kita telah dijatuhkan hukuman MATI. Kita sendiri tidak mahu untuk terus hidup sehingga seribu tahun.

Kematian akan berlaku dimana sahaja, ada orang yang dimakan oleh ular, ada yang terlibat didalam kemalangan, ada yang sedang tidur, ada yang sedang bermain , ada yang sedang memandu, ada yang sedang memberikan ceramah dan banyak lagi suasana yang mungkin akan menyebabkan kematian itu boleh berlaku. Yang pasti apabila telah tiba masa untuk kematian tersebut tiada siapa yang boleh mempercepetkan atau melambatkannya.

Kematian akan memisahkan segala kenikmatan yang kita ada sekarang, kematian akan menyebabkan segala harta yang kita ada sudah tidak bererti kepada diri kita, kematian menyebabkan segala yang kita kejar tidak memberikan kebaikan, segala-gala yang kita ada seperti isteri, anak, harta, kebanggan, pangkat, kereta, dan apa sahaja tidak boleh membantu kita dan apa yang dapat membantu kita adalah segala amal yang telah kita lakukan dengan penuh keikhlasan semasa kita hidup dan hanya tiga perkara yang mungkin akan berterusan iaitu anak yang soleh, harta yang di sedekahkan dan juga ilmu yang di sampaikan.

Kematian yang begitu pasti, namun kita seolah-olah tidak meyakini ia akan datang juga, kita sentiasa bercita-cita besar, masih tidak memikirkan kematian dengan serious, kita boleh menghantar jenazah ke tanah perkuburan, namun hati kita tidak tersentuh bahawa kita akan juga datang kekuburan tersebut suatu hari nanti. Kita mungkin menghantar jenazah orang-orang yang begitu kita kasihi, begitu kita sayangi, namun kita tidak merasakan kematian itu juga akan menyebabkan orang yang mengasihi diri kita akan menghantar kita ketanah pekuburan. Kematian akan memisahkan segala kesempatan yang kita ada. Dunia kita telah berbeza dimana sebelum kematian adalah dunia untuk menyediakan persiapan untuk perjalanan menuju Allah swt, namun selepas kematian adalah dunia untuk menerima balasan atas apa yang telah kita lakukan dimasa kehidupan kita di dunia.

Sekarang adalah masa untuk kita menyediakan sebab untuk mendapatkan balasan yang baik semasa kehidupan diakhirat, sekiranya baik persediaan kita maka baiklah balasan yang akan diperolehi, namun sekiranya jahat maka balasan yang mungkin akan diterima mungkin tidak dapat digambarkan didalam kehidupan kita di akhirat nanti. Marilah kita menjadi orang-orang yang bijak dengan menyediakan yang terbaik buat kehidupan selepas kematian kerana masa hidup berbanding masa selepas kematian adalah suatu masa yang begitu lama yang kita tidak tahu berapa lamakah masa tersebut akan kita tempuhi. Yang pasti kehidupan yang mungkin kita lalui tidak lebih rasanya seratus tahun dan sekiranya lebih pun hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja. Semuga kita menjadi manusia yang berfikir. Allah hu alam






































Do not fall asleep in the jungle!!!! Or get drunk either....

Panduan Hidup Sejauh Mana Diperlukan

Kita sering berbincang untuk mengatasi masalah yang dihadapi, mengapa kita tidak mengambil jalan untuk mencegahnya, kita sering memikirkan tentang keuntungan kehidupan di dunia berbanding keuntungan diakhirat. Kita sering mahu melihat yang saintifik tanpa berfikir mengapakah larangan telah diberikan didalam Al Quran yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada rasulNya. Allah swt yang menjadikan manusia tentu sekali mengetahui apakah yang terbaik buat diri manusia dan apakah yang patut dijauhi oleh manusia. Jika Allah swt mengharamkan perkara-perkara tersebut, tentu sekali mudaratnya adalah lebih besar dari kebaikan yang diberikan kepada manusia.

Kita perlu percaya dan kepercayaan ini perlulah secara total tanpa kita mempertikaikan sama sekali, kita perlu mentaati agar kita Selamat di dunia dan juga di akhirat. Video yang disertakan adalah kajian kepada rakyat Amerika dimana 1 dari 3 orang yang diselidiki mempunyai tanda-tanda seperti di video tersebut. Sejauh mana kenyataan dan kebenarannya hanya Allah swt yang mengetahui, mungkin sebab itu pengharaman di tetapkan bagi muslim untuk memastikan umatnya mendapat yang terbaik didalam kehidupan di dunia. Bagi yang ingin menguji daging babi mungkin boleh mengunakan air coca cola dan siramkan kepada daging tersebut samada sudah dimasak atau belum tentu sekali akan melihat binatang seperti cacing keluar dari daging tersebut. (Sejauh mana kebenarannya saya sendiri tidak pernah mengujinya tetapi sesiapa yang mencuba mungkin boleh berkongsi maklumat tersebut).

Apa yang penting adalah ketaatan tanda lambang kepercayaan kita kepada pencipta yang mengetahui segala-galanya. Bukan untuk mempertikaikan samada kesan sekiranya memakan daging babi akan memudaratkan atau tidak yang penting adalah kepatuhan perlu didahulukan tanda kepercayaan kita kepada Allah swt. Diri kita terlalu lemah, kita tidak mampu untuk menahan dari bernafas, tidak tahan untuk menahan kentut atau kencing, namun kita selalu sombong seolah-olah kita yang boleh mentadbirkan diri kita sendiri, untuk memastikan darah sentiasa mengepam keseluruh tubuh badan pun bukan di dalam kawalan diri kita, untuk menutup kelopak mata sendiri pun kita tidak dapat mengawalnya. Maka kita amat perlu kepada Al Quran untuk kita memahami bagaimana kita perlu melalui liku-liku kehidupan ini, berapa lama kita telah menyebabkan Al quran kesepian didalam kehidupan kita?

Kita simpan baik-baik sehingga kita lupa dimana letaknya, mungkin kita terima Al Quran semasa hari perkahwinan dan kemudian tidak pernah membeli Al quran lagi didalam kehidupan, namun kita beli begitu banyak buku untuk tatapan kehidupan. Bagaimana sikap kita kepada ilmu pemberian dari Allah swt? Kita perlu berubah dan perubahan memerlukan kita melakukan keputusan dan keputusan perlu dilakukan sekarang untuk menjadikan kita manusia yang benar-benar bersyukur. Amin

Adakah Kita Memilih Yang Terbaik?

Kehidupan adalah suatu pilihan yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan yang terbaik dan sesempurna yang mungkin. Namun ramai manusia memilih untuk melalui kehidupan ini penuh dengan kesukaran dan penderitaan. Pilihan di tangan kita dan Allah swt tidak merubah yang yang ada kecuali manusia itu sendiri memilih untuk melakukan perubahan.

Kita sering memarahi anak, namun kita juga boleh tidak memarahinya. Sebagai contohnya kita mungkin lewat bangun hari ini, kita boleh menyalahkan isteri kerana tidak bangun lebih awal atau tidur semula selepas bangun dari tidur semasa buat susu anak. Apa yang telalh berlaku adalah suatu yang telah berlaku dan kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk kembali kepada masa yang telah berlalu. Apa yang boleh kita lakukan adalah bertindak secepat mungkin untuk bersedia dengan hati yang ceria, tidak perlu marah-marah sebaliknya mengejutkan isteri yang masih tertidur dengan kata-kata semangat, “sayang bangun cepat kita dah terlewat, abang akan sediakan minum pagi ini” Beri sokongan dan bukan mencari lebih masalah terhadap apa yang telah berlaku.

Hanya 10% sahaja perkara yang diluar kawalan kita, kita tidak boleh berbuat apa-apa terhadap perkara yang berlaku, namun 90% adalah pilihan kita dan didalam kawalan kita samada kita hendak menjadikan apa yang akan berlaku penuh dengan kegembiraan dan kejayaan. Mungkin ada orang yang membenci kita tetapi kenapa kita perlu mengambil kira perkara tersebut didalam kehidupan kita, ambillah sikap terbuka yang belum tiba masanya untuk mereka menyukai kita, kita hanya perlu melakukan yang terbaik dan Allah swt sahaja yang akan memberikan kasih serta sayang kedalam hamba-hamba yang dikehendakiNya. Walau apa yang berlaku semuanya adalah ujian untuk Allah swt melihat bagaimana kita cuba melakukan yang terbaik didalam kehidupan kita. Adakah kita benar-benar berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan sekiranya kita masih belum mendapatkannya, tentu ada sebab disebalik yang ditentukan oleh Allah swt mengapa perkara tersebut perlu berlaku sebegitu.

Mungkin suatu perkara itu baik pada pandangan kita dan kita berharap agar ianya berlaku namun Allah swt lebih mengetahui dan mahukan yang terbaik buat diri kita dan menjadikan perkara yang kita inginkan tidak menjadi kenyataan. Mungkin kita tidak mahu perkara tersebut berlaku sebab kita rasa buruk, sekiranya berlaku dan Allah swt lebih mengetahui memberikan perkara yang kita sangka buruk tetapi penuh dengan Rahmat dan kebaikan dari Allah swt. Yang penting adalah kita berusaha bersungguh untuk mendapatkan atau mengelakkan, namun apabila berlaku juga kita perlu berbaik sangka kepada Allah swt yang maha bijak sana dan sempurna perancangannya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik kerana 90% adalah didalam bidang kuasa kita untuk berusaha mendapatkannya. Allah hu alam

Merancang Peta Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimanakah kita merancang masa depan kita? Kita simpan wang dan harta untuk masa tua kita? Kita mahukkan kesenangan selepas kita tua nanti, bak kata orang menabung buat masa tua. Mungkin kita beranggapan semasa tua segala-galanya telah berkurangan dan kita perlu menyediakan sebanyak mungkin untuk hari tua. Namun adakah kita begitu pasti yang kita akan mencapai usia yang tua didalam kehidupan kita. Sebenarnya kita tidak tahu bilakah kematian itu akan datang kepada kita, yang pasti kita memang telah dijatuhkan hukuman mati, kita pasti mati.

Apabila merancang masa depan kita tidak perlu melihat masa yang berlalu sebagai panduan utama kita, kita perlu melihat apakah yang mungkin kita lalui di hadapan kita dan apakah yang kita mahukan sebenarnya didalam kehidupan yang begitu singkat. Ibarat semasa memandu kita perlu melihat apakah yang ada di ceremin besar yang ada dihadapan kita, sekali sekala mungkin kita perlu melihat cermin kecil untuk melihat belakang yang telah kita tinggalkan atau melihat apa yang mungkin berlaku dibelakang kenderaan kita. Kita tidak boleh memandu kehadapan dengan melihat cermin kecil dihadapan kita dan tidak juga boleh memandu dengan baik sekiranya kita tiada cermin kecil untuk melihat balakang. Namun yang penting adalah melihat apakah yang akan kita tempuh dihadapan kita agar kita sentiasa berada diatas jalan yang betul.

Kita perlu kepada peta yang betul apabila kita mahu menuju kepada distinasi yang kita mahukan. Tanpa peta yang betul kita tentunya akan sesat jalan dan perlu berpatah balik untuk mencari jalan yang sebenarnya yang perlu kita lalui. Apakah kita sekarang telah mempunyai peta yang betul tentang kehidupan yang akan kita lalui? Apakah kita sering menyemak peta yang kita ada agar peta yang kita pegang adalah peta yang akan membawa diri kita kepada tempat yang telah kita hajatkan. Berapa banyak masa yang kita gunakan untuk mencari peta yang kita ada, adakah kita sering menyemak dimana kedudukan kita sekarang? Adakah kita tahu dimana kodinit kita agar kita sentiasa berada diatas jalan yang betul.

Sekiranya kita tidak tahu samada peta kita betul atau salah dan kita mengikuti apa sahaja peta yang kita ada, sekiranya peta itu salah dan kita mengikutinya betul-betul maka kita akan berkesudahan dengan betul-betul salah. Adakah kita mahu membiarkan kehidupan kita berakhir dengan banyak kesilapan? Oleh sebab itu kita perlu menyemak kembali apakah peta kita kerana apa yang kita fikirkan akan kita rasa dan apa yang kita rasa akan kita laksanakan didalam kehidupan ini. Bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Kita perlu menyemak peta kita dan panduannya adalah Al Quran sebuah kitab yang tidak pernah ada kesilapan didalamnya. Allah hu alam.