Thursday, April 1, 2010

Bahasa Menyelamatkan Kehidupan



Assalammualaikum dan salam sejahtera



Kata-kata suatu yang mungkin menyebabkan seseorang tertarik dengan seseorang dan kadangkala dengan kata-kata seorang boleh meretakkan persaudaraan dan juga persahabatan. Kata-kata boleh memberikan kesan positif dan juga negetif bergantung bagaimana nada suara, suasana dan tempat kata-kata itu dilafazkan. Kata-kata yang indah menjadikan segala yang sukar menjadi senang, segala beban bila dijelaskan dengan perkataan yang sempurna dan berbudi bahasa menjadikan kesukaran, suatu yang sedia untuk dihadapi dengan penuh kerelaan. Sejauh mana kita pandai bermain bahasa, ada orang yang menyatakan tidak boleh berbicara dengan perkataan yang baik, ada pula menyatakan semasa bersekolah dari aliran sain bukan sastera yang mampu mempunyai bahasa yang berbunga-bunga. Namun samada kita sedari atau tidak kita tetap akan berbicara dan berkomunikasi dan adakah kita mengunakan bahasa yang terbaik semasa kita mengunakanya.



Bahasa akan menyebabkan tindakan yang mahu kita lakukan itu diterima atau ditolak oleh seseorang. Dengan bahasa yang baik seorang boleh mempengaruhi minda seseorang dan mampu menjadikan perkara-perkara yang tidak sehaluan dapat disatukan dan kesatuan dapat dilahirkan. Dengan bahasa juga perselisihan dapat dielakan, pergaduhan dan rasa hati dapat dikurangkan dan mungkin ikatan kasih sayang dapat dilahirkan. Tidakkah kita mahu anak-anak kita merasakan kasih saying ayah dan ibu yang tidak putus-putus mengalih dari hati yang tulus dan ikhlas, tidak dapat dinafikan seorang ayah dan ibu sentiasa menyayangi anak-anaknya tetapi begitu sukar untuk dilahirkan didalam tindakan. Jika dilihat ayah atau ibu selalunya menunjukkan kasih sayang dengan menegah anak-anak itu melakukan sesuatu yang buruk didalam kehidupan mereka. Mereka akan memastikan supaya segala tindakan anak-anak tidak akan merosakkan kehidupan mereka, mereka marah sekiranya tidak mengulang kaji pelajaran, mereka marah jika tidak berpakaian kemas, marah jika tidak makan, marah jika lambat balik, marah jika lebih sangat bermain computer dan menuntun TV. Semua kemarahan ini untuk menunjukkan kasih sayang yang tidak terhingga tetapi adakah anak-anak merasai akan kasih tersebut?



Pengunaan bahasa yang betul akan memberikan kesan kepada kehidupan mereka. Sebagai contohnya sekiranya anak kita sering bermain komputer sehinggakan tidak makan dan terperap didalam bilik sahaja, mungkin kita perlu berbincang dan memaklumkan tentang keburukan komputer didalam kehidupan mereka, mungkin kita menyediakan alternatif lain seperti beriadah di tepi tasik sambil mendekati mereka dengan perbincangan apakah yang ingin mereka mahukan didalam kehidupan dan menjelaskan tindakan mereka sekarang akan memberikan banyak keburukan kepada masa depan mereka. Mungkin kita boleh berbincang dengan baik untuk menentukan masa yang dibolehkan (jadual) untuk mengunakan komputer kerana pelajaran adalah penting untuk kehidupan masa depan.



Kita perlu merasakan sekiranya apa sahaja masalah yang kita hadapi dan kesilapan yang berlaku bukan salah orang lain tetapi adalah kesilapan diri kita dan kita perlu melakukkan sesuatu untuk mengubah perkara tersebut agar hasilnya adalah seperti yang kita kehendaki. Bila kita merasai begitu mungkin kita akan mengunakan bahasa yang betul dan sanggup untuk berfikir apakah yang seharusnya bahasa yang perlu digunakan untuk menarik dan membentuk hati agar ada dan lahir ikatan kasih sayang didalam suasana untuk menasihati. Perkataan mempunyai kuasa dan kuasa itu hanya akan dapat dirasai apabila kita benar-benar mengunakan bahasa yang betul dan keikhlasan perlu ujud bagi memastikan kuasa yang ingin dilahirkan dapat dikeluarkan dari diri kita. Kita perlu hidup didalam dunia yang tiada alasan untuk diri kita bagi mendapatkan apa yang diinginkan, kita hanya menyediakan sebab-sebab bagi mengubah apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Tanpa sebab-sebab yang betul mungkin apa yang diinginkan tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Namun Allah swt penentu segala-galanya, berusaha dan terus berusaha keputusan adalah milik Allah swt, ini akan menjadikan diri kita tenang setenangnya kerana kita sedar bahawa kita adalah hamba-hamba yang lemah dan amat-amat memerlukan Allah swt didalam kehidupan ini. Amin

0 comments: