Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apakah tujuan kehidupan ini bagi diri kita? Mungkinkah persoalan ini sentiasa bermain didalam pemikiran kita? Atau kita amat jarang sekali memikirkan persoalan ini kerana kita telah melalui kehidupan ini seadanya dan tidak terfikir apakah sebenarnya tujuan kita dihidupkan oleh Allah swt. Apakah kehidupan ini untuk kita gunakan bagi memuaskan hawa nafsu semata-mata. Atau kehidupan ini untuk kita bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki bagi mendapatkan kemewahan dan mencari kesenangan dan kemudian akan berakhir dengan kematian.
Apakah kehidupan ini untuk membantu manusia lain agar kita dapat berkongsi segala yang kita ada dengan orang lain? Atau kehidupan ini untuk membuktikan kita lebih baik dari orang lain dan boleh untuk kita berbangga-bangga membandingkan kelebihan kita berbanding dengan orang lain. Atau kehidupan ini untuk kita membilang isteri dan anak yang kita punyai. Atau kehidupan ini untuk kita penuhi dengan istirehat, mencari keseronokan selepas penat berkerja. Bekerja-bekerja untuk jangka waktu tertentu bagi mendapatkan keewangan dan kemudian mengunakan wang yang ada untuk melancung dan melihat dunia yang indah ini.
Persoalannya adakah kita rasa segala yang kita perolehi ini milik kita atau milik Allah swt? Jika kita katakana milik kita adakah kita begitu pasti yang segala apa milik kita akan tetap sebagai milik kita dan tidak mungkin akan hilang dari pandangan kita? Tentu akhirnya kita tetap akan mengakui bahawa segala yang kita miliki adalah milik Allah swt dan kita hanya terpilih untuk menguruskan sedikit kelebihan yang diberikan berbanding dengan orang lain yang mungkin tidak mendapatkan seperti apa yang kita perolehi. Tidakkah kita sedar ini semua adalah sebagai ujian untuk melihat kita samada kita boleh mengunakan apa yang diberikan oleh Allah swt untuk mengabdikkan diri kita kepada Allah swt. Ujian tentunya kita tidak mengetahui apakah soalan yang akan dihadapi dan begitu juga kehidupan suatu ujian yang tidak akan kita ketahui apakah yang akan berlaku dimasa hadapan nanti. Yang penting adalah kita berusaha untuk mengenal dan mencintai Allah swt didalam kehidupan ini.
Haluan bersama-sama beberapa NGO yang lain telah menghantar sukarelawan ke Gaza didalam Lifeline 4 gaza . Sila ikuti perkembangan perjalanan bantuan ini melalui radio IKIM pada setiap malam jam 10 mlm. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semuga mendapat keberkatan bagi mereka yang kesana dan juga kita yang berada di Malaysia . Marilah kita menghulurkan sedikit kemampuan yang diberikan oleh Allah swt untuk membantu penduduk gaza melalui TABUNG HALUAN PALESTIN: (MAY BANK – 5-644-902-085-28). Semuga sedikit sumbangan kita diberkati Allah swt. Amin
Harap dapat memanjangkan email ini kepada sesiapa sahaja agar kita dapat membantu penduduk gaza, siapa lagi jika tidak kita yang melakukannya. Semuga sedikit amal kita ini akan dinilai nanti di akhirat kelak, Allah hu alam.
Thursday, May 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment