Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Cinta suatu perasaan halus yang lahir dari hati yang sanggup berkorban apa sahaja demi yang dicintainya, apabila perasaan ini datang ia tidak diminta, namun tiba-tiba ia akan hadir didalam kehidupan yang menyebabkan kehidupan tidak keruan dan seperti ada sahaja yang tidak kena dirasakan. Segala yang dilakukan akan seolah-oleh menjurus kepada yang dicintai dan sentiasa terfikir, terkenang dan juga sentiasa mahu melakukan yang terbaik demi yang dicintai.
Team gabungan NGO lifeline4gaza telah selamat berangkat pada malam tadi ke Turki, saya dan isteri sempat menghantar team tersebut di lapangan terbang KLIA, rasanya seperti ingin untuk turut serta namun segalanya adalah susunan Allah swt dan yang pasti kita masih tidak terpilih untuk menjadi kumpulan yang sanggup untuk pergi membantu penduduk palestin secara bersemuka dengan mereka, mungkin doa dan sedikit keewangan sahaja yang mampu kita lakukan setakat ini. Saya lihat betapa sayunya seorang anak memeluk ayah yang akan pergi dan tidak tahu samada akan pulang untuk membesarkan mereka nanti. Tiada siapa yang tidak mencintai anaknya namun panggilan untuk membantu penduduk Palestin mungkin begitu tinggi dihati mereka sehinggakan sanggup meninggalkan keluarga tercinta.
Mungkin sianak tidak mengerti mengapa seorang ayah sanggup meninggalkan mereka bukan untuk mencari harta dunia tetapi hanya untuk membantu mereka yang tiada ikatan persaudaraan, yang ada adalah persaudaraan Islam sahaja. Ayah kau sanggup meninggalkan kami, pemergian kau belum tentu kembali, ayah semuga kau membawa hati yang ikhlas untuk bertemu dengan Allah swt. Sekiranya ditakdirkan kau pergi, semuga surga menanti rohmu dan pengorbananmu akan menjadi pelita dan cahaya untuk kami meneruskan kehidupan bagi mendapat surga seperti mu jua nanti. Apakkah pengorbanan dan rasa cinta itu bermain didalam pemikiran kita?
Rasa itu perlu dipupuk sedikit demi sedikit sehinggakan ianya mekar dan tidak dapat ditahan-tahan lagi sehinggakan sanggup untuk melakukan apa sahaja demi yang dicintai. Para sahabat generasi yang pertama telah membuktikan betapa indahnya perjuangan yang tidak ditaburi dengan permaidani merah tetapi dibanjiri oleh darah-darah mereka sehinggakan kita kini dapat mengenali Islam didalam kehidupan. Apakah kita akan membiarkan sahaja pengorbanan mereka yang lalu begitu sahaja tanpa kita berusaha untuk memperbaiki diri kita untuk dan mempelajari Al Quran untuk kehidupan kita yang sementara ini. Allah hu alam
Sekiranya pihak tuan puan ingin menderma sila salurkan sumbangan melalui akaun Tabung Palestin HALUAN (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28. Semuga sumbangan dari pihak tuan puan akan diredaai Allah swt dan menjadikan kita manusia-manusia yang mendapatkan keberkatan dan kemanisan iman.
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment