Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Masa suatu yang kadangkala dirasakan begitu panjang sekali dan kadangkala dirasakan begitu cepat berlalu, sepuluh tahun begitu cepat meninggalkan kita, anak yang dahulu begitu kecil semasa bayi, kini telah dewasa dan berubah begitu pantas dengan perubahan masa. Kita dapat melihat perubahan fizikal yang begitu ketara didalam kehidupan mereka namun adakah kita dapat merasai perubahan disegi hubungan mereka dengan pencipta Allah swt. Kita mungkin telah mendidik mereka untuk belajar membaca, mengira dan berbagai lagi ilmu untuk kehidupan mereka agar dipanggil sebagai seorang yang pandai. Namun adakah kita mendidik mereka agar mereka mengenal Allah swt yang menjadikan diri mereka.
Di Palestin kanak-kanak dididik untuk membaca Al Quran dan memang mereka memahami bahasa Arab dengan baik. Ditahun 2009 seramai 10 ribu kanak-kanak telah berlumba-lumba untuk menghafal Al Quran dan mereka berjaya mengafal al quran dalam tempoh 3 bulan. Seramai 10 ribu yang berjaya menghafal bukan berjaya khatam al quran. Namun di bumi bertuah Malaysia kita sukar untuk mendapat anak-anak yang boleh hafal dan memahami Al Quran dan apalagi untuk hidup dengan alQuran. Apakah pengorbanan yang begitu besar yang telah kita lakukan untuk mendidik anak-anak kita hari ini bagi takut dan cemas kepada Allah swt.
Perjalanan begitu jauh sekali tetapi bukan jarak yang perlu di kira, bukkan keputusan sebagai kayu ukur kejayaan, tetapi sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan matlamat yang kita inginkan, apakah matlamat yang telah kita letakkan? Apakah misi yang kita gunakan dan sejauh mana kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkanya. Sebab apakah kita melakukkan sesuatu keputusan itu, adakah atas sebab nafsu? Atau atas sebab untuk mencari redza Allah swt didalam kehidupan, bukan senang untuk mencari redza Allah swt ianya memerlukan pengorbanan demi pengorbanan dan kesukaran demi kesukaran. Allah hu alam
Haluan bersama-sama beberapa NGO yang lain telah menghantar sukarelawan ke Gaza didalam Lifeline 4 gaza . Sila ikuti perkembangan perjalanan bantuan ini melalui radio IKIM pada setiap malam, jam 10 mlm. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semuga mendapat keberkatan bagi mereka yang kesana dan juga kita yang berada di Malaysia . Marilah kita menghulurkan sedikit kemampuan yang diberikan oleh Allah swt untuk membantu penduduk gaza melalui TABUNG HALUAN PALESTIN: (MAY BANK – 5-644-902-085-28). Semuga sedikit sumbangan kita diberkati Allah swt. Amin
Harap dapat memanjangkan email ini kepada sesiapa sahaja agar kita dapat membantu penduduk gaza, siapa lagi jika tidak kita yang melakukannya. Semuga sedikit amal kita ini akan dinilai nanti di akhirat kelak, Allah hu alam.
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment