Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Keputusan suatu yang memerlukan penilaian dan penelitian. Setiap keputusan akan memberikan kesan didalam kehidupan, banyak keputusan yang mungkin akan dilakukan didalam kehidupan, Keputusan untuk berhenti daripada bekerja, keputusan untuk menyambung pelajaran, keputusan untuk menunaikan haji atau umrah, keputusan untuk beristeri lagi, keputusan untuk melakukan perniagaan dan banyak lagi keputusan-keputusan yang mungkin akan diambil oleh seseorang didalam kehidupan, namun setiap keputusan memerlukan pengorbanan, pengorbanan masa, pengorbanan kasih sayang, pengorbanan harta, pengorbanan jiwa dan perasaan. Persoalaannya adakah keputusan itu untuk mencari redza Allah swt atau sebaliknya?
Walau apa sekalipun yang diputuskan oleh kita, sebenarnya semuanya adalah datang dari Allah swt, mungkin keputusan itu baik dirasakan buat kita atau buruk buat kita namun ianya adalah merupakan ujian untuk melihat kita bagaimana kita benar-benar menyerahkan segalanya kepada Allah swt. Semua orang akan diuji oleh Allah swt. Bagi yang tidak melakukannya mungkin Allah belum memilih mereka tetapi allah swt menguji dengan melihat perasaan mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah mereka merasakan segala-galanya dari Allah swt dan cuba mendoakan agar yang terbaik akan diberikan kepada rakan-rakan mereka tidak kira dimana sahaja atau melihat secara selamba atau mengkritik terhadap keputusan yang telah dilakukan oleh rakan mereka.
Tiada siapa yang mungkin dapat mengetahui apakah yang akan diharungi dimasa hadapan, namun kita hanya dapat melakukan sebab-sebab dan keputusan natijah adalah milik Allah swt. Tanpa melakukan sebab-sebab dan berharap untuk mendapat yang terbaik adalah suatu yang mustahil, kita perlu berani untuk mengambil risiko kerana setiap kesukaran pasti ada kesenangan, setiap kesukaran pasti ada kesenangan dan dua kali ayat ini diulangkan didalam Al Quran bagi meyakinkan umat islam bahawa kita perlu bersedia menghadapi kesukaran untuk menikmati kesenangan. Didalam ayat ini kesekaran yang dimaksudkan adalah kesukaran yang sama tetapi kesenangan adalah yang berbeza. Sejauh mana kita dapat menghayainya didalam kehidupan tidak mungkin kita akan dapat merasakan sekiranya kita tidak berani untuk melaluinya.
Sebagai contohnya untuk menderma sebulan sepuluh ringgit kepada Tabung Haluan Palestine Akaun May Bank 564490208528 atau BIMB 140 230 100 342 92 merupakan suatu keputusan dan pengorbanan. Sejauh mana rasa hati tersentuh melihatkan penderitaan mereka, mereka tidak meminta dilahirkan di Palestine gaza , kita juga tidak meminta dilahirkan di Malaysia , namun mereka diuji melalui penderitaan demi penderitaan, kita pula melalui kesenangan demi kesenangan. Adakah kita sanggup berkongsi sedikit pemberian Allah swt untuk mereka yang amat memerlukanya. Pengorbanan kita sekiranya benar-benar ikhlas untuk mencari yang terbaik nescaya tidak akan dipersia-siakan oleh Allah dan akan mendapat keredaan Allah swt. Bukan senang nak senang jika takut susah maka susah nak senang, segala keputusan walau apa sahaja yang di ambil adalah didalam pengetahuan dari Allah swt dan kita perlu redza dengan ketetapan Allah swt. Apa yang telah berlalu juga adalah dari allah untuk memberikan yang terbaik insalllah buat kehidupan seterusnya. Allah hu alam.
Thursday, May 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment