Assalammualaikum dan salam sejahtera,
27 tahun suatu masa yang lama, melebihi separuh daripada usia kehidupan diri saya sendiri dan 31 Mei 2010 adalah hari terakhir saya berkhidmat dengan TM dan pernamatan perkhidmatan ini melalui skim VSS. Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui sepanjang bertugas dengan syarikat TM. Dari berkhidmat sebagai pembantu teknik di unit kejuruteraan bengkel Kluang Johor pada tahun 1983 kemudian sebagai penolong pengurus CNO di Segamat pada tahun 1993. Penolong pengurus demand forcast di Batu Pahan 1995, Pengurus Payphone 1998, Quality Consultant di Selangor 2001, Pengurus di Channel Management 2004, Projek Reinour Business sales 2004, AGM Strategic Sales Management 2006, Agm Learning development Division 2007, Senior Trainer di TMTC 2008 dan akhirnya Agm di Brand Governance 2010.
Tentunya bukan sahaja pengalaman yang diperolehi, kesilapan dan kesalahan tentu sekali tidak terlepas daripada dilakukan, hari ini saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon keampunnan dan kemaafan dari tuan puan yang saya kenali atau tidak kenali. Tiada sesiapa yang sempurna, lidah mana yang tidak tergigit, bumi mana tidak di timpa hujan, maka sudilah kiranya tuan puan memaafkan segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan mungkin secara sengaja atau tidak sengaja. Perjalanan kehidupan tidak tahu sejauh mana lagi boleh di capai namun hukuman kematian suatu yang pasti, doakan agar saya dan keluarga mendapat keberkatan dari Allah swt dan semuga kehidupan yang dilalui dipenuhi dengan rahmat serta perlindunganNya di dunia dan akhirat.
Mungkin coretan email saya tidak kesampaian selepas ini, tetapi anda boleh melayari blog saya di http://kalamiar.blogspot.com/ saya akan cuba untuk menghantar email dari masa kesemasa dimasa akan datang. Untuk makluman saya sedang membantu sebuah sekolah Agama untuk mendirikan bangunan baru dengan jumlah perbelanjaan bernilai RM6 juta. Diantara cara untuk mendapatkan dana tersebut, Pusat zakat kerajaan Negeri Perlis bersedia untuk memberikan sebanyak 50% kutipan zakat yang dihantar atau dibayar ke negeri tersebut. Oleh sebab itu saya sedang giat mencari sesiapa sahaja yang mahu menukarkan pemotongan PCB sedia ada kepada zakat Negeri Perlis. Saya bersedia memberikan taklimat kepada unit tuan puan untuk tujuan diatas dan sekiranya pihak tuan puan inginkan motivation talk di unit tuan puan saya juga bersedia untuk menyampaikannya dan kemudiannya saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk memberikan taklimat berhubung dengan kutipan dana sekolah agama tersebut.
Bersama-sama ini dilampirkan borang yang perlu di isi dan juga surat kebenaran bagi membolehkan saya menuntut 50% daripada bayaran zakat tersebut untuk kegunaan sekolah Agama Ibn Khaldun. Segala borang dan surat yang telah diisi bolehlah di faxkan kepada saya di no 0351626671. Bagi anggota TM saya akan menguruskannya dengan pihak HRTM. Atau sekiranya pihak tuan telah menghantarnya kepada HRTM saya memerlukan salianan borang dan surat yang terlampir diatas bagi menguruskan tuntutan kepada Pusat zakat kerajaan Negeri Perlis. Pembayaran zakat melalui tunai/cek juga diuruskan oleh saya dan insaallah semua resit-resit akan diberikan bagi tujuan pemotongan HLDN.
Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf juga ingin memohon bantuan tuan puan untuk membantu saya didalam mendapatkan dana bagi pembinaan sekolah Ibn Khaldun. Semuga bantuan dan pertolongan tuan puan untuk memaklumkan kepada rakan-rakan akan diberikan keberkatan dan dikira sebagai amal soleh oleh Allah swt. Amin (Saya boleh dihubungi melalui 013-3544375)
Thursday, May 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment