Monday, July 26, 2010

Keutamaan Perlu Diberikan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pakaian baru merupakan suatu keperluan menjelang hari raya, ramai yang berebut-rebut untuk membeli pakaian baru terutamanya menjelang malam hari raya. Maklumlah persiapan terakhir dan juga mengambil kesempatan jualan murah untuk menghabiskan stok perniaga bermusim di bulan ramadan. Kita akan merasakan suatu kerugian dan seperti ada yang tidak kena apabila raya disambut tidak dengan baju baru terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja.

Berbalik pula dengan pakaian iman yang menutupi diri kita, bilakah kali terakhir kita berfikir untuk menukarkan pakaian ini kepada pakaian baru cahaya iman yang lebih gemilang, berapa banyak kalikah kita membersihkan pakaian iman yang ada didiri kita, atau sejauh mana kita memikirkan soal iman didalam kehidupan kita di dunia ini. Kita sering memberikan alasan untuk tidak melakukan suruhan Allah swt dan mengutamakan arahan majikan kita, kenapa kita tidak berfikir yang kita perlu memberikan alasan kepada majikan kita supaya kita boleh mengutamakan arahan Allah swt dahulu.

Apakah yang utama dari yang utama di dalam kehidupan kita? Tidakkah kita sedar sekiranya kita silap meletakkan keutamaan akan memberikan kerugian didalam kehidupan kita, tanpa memberikan keutamaan sesuatu yang penting untuk dilakukan mungkin akan bertukar kepada suatu yang urgent dan tidak boleh tidak kita terpaksa memperuntukkan waktu untuk menyelesaikannya. Namun adakah kita akan sentiasa ada waktu atau waktu itu telah tiada kerana kesempatan yang diberikan oleh Allah telah ditarik balik dan paling rugi adalah apabila ke KEMATIAN telah datang memanggil diri kita untuk bertemu Allah swt. Allah hu alam.

Mengapa kita tidak menyediakan alasan agar segala suruhan Allah swt menjadi keutamaan dan arahan yang lain adalah suatu yang boleh kita berikan alasan untuk tidak melaksanakanya. Pakaian iman adalah suatu yang perlu dijaga agar ia tidak rosak dan diambil kembali oleh Allah swt, kita perlu merasakan bangga diatas pembeberian iman yang ada pada diri kita dan perlu meningkatkan iman itu agar sentiasa hidup. Iman yang hidup itu akan menjadikan seseorang itu merasakan ketenangan dan menambah ilmu agar kenal akan Allah swt, takut dan cinta kepada Allah swt didalam kehidupan.

2 comments:

hamba Allah said...

salam....boleh sy tau siapa yg mnyanyikan asmaul husna dlm blog saudara ni?

Sang Sufi said...

kita selalu berlebihan dalam berbelanja untuk raya.