Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apabila memperkatakkan tentang kepanasan api, anak kecil selalu sahaja tidak menghiraukanya. Bila kita kata panas dan jangan bermain di dapur, anak-anak tetap berkeinginan untuk terus melakukan dan mencuba bermain api yang ada. Tiba-tiba kayu yang dibakar mereka terkena tangan atau air yang mendidih terkena kepada anggota mereka barulah mereka akan sedar dan mengerti akan bahayanya api dan bahaya bermain dengan dapur yang selalu ibu atau orang biasa berada disitu. Mereka merasakan satu persoalaln kenapa orang sering berada di dapur dan mereka juga mahu berada disana kerana mungkin ada yang menyeronokkan.
Kanak-kanak tidak reti bahasa dan mereka hanya menyedarinya apabila mereka melaluinya, dengan mendengar cerita kepanasan dan nasihat ianya tidak dapat memberikan kesan kepada diri mereka untuk menghindarinya. Apabila merasainya mereka akan cuba untuk menjauhkan diri dan tidak akan cuba lagi mendekati kerana mereka benar-benar paham apa erti yang diperkatakan tentang bahaya api tersebut.
Berbalik kepada diri kita, apabila diperkatakan tentang api neraka, apakah yang terbayang di dalam diri kita? Adakah kita beranggapan seperti kanak-kanak dan tidak kisah tentang amaran yang diberikan oleh Allah swt, kita lebih sibuk dengan pekerjaan kita hingga tidak takut kepada kesan tindakan kita yang melanggar apa sahaja suruhan Allah swt. Kita akan menyatakan kanak-kanak yang tidak mahu mengikut nasihat kita sebagai seorang yang tidak reti bahasa, tidak ada akal atau banyak lagi kata-kata yang akan kita katakan, namun apakah yang mungkin diperkatakan oleh Allah swt kepada diri kita sekiranya kita tidak takut kepada apa yang disediakan oleh Allah swt dan tidak cuba mengelakkan diri dari termasuk didalam ancaman Allah swt.
Saitan juga menyatakan yang mereka takut kepada azab Allah swt tetapi manusia begitu angkuh melakukan kesilapan dan kesalahan melebihi daripada saitan, apakah kita tidak cuba untuk memahami atau memperhatikan akan apa sahaja tanda-tanda kebesaran Allah swt yang ada di dunia ini. Melihat alam ini yang begitu besar, penuh dengan kesempurnaan dan jika berlaku sedikit ketidak seimbangan akan berlakulah kucar kacir kehidupan manusia. Apakah kita tidak tahu untuk berfikir tentang kebesaran alam ini atau kita sengaja untuk tidak mahu memikirkannya didalam kehidupan kita.
Mari kita merenung dan berhenti sejenak untuk memikirkan tentang perhambaan kita kepada Allah swt, adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kita kepada Allah swt sehingga segala tingkah laku, segala perasaan, segala pemikiran dan segala-galanya untuk Allah swt. Marilah kita mempergunakan masa yang ada untuk kita memperbaiki apa yang telah berlaku dan semuga usaha-usaha ini akan diberikan keberkatan dan menjadikan kita hamba-hamba yang berterima kasih.
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment