Kutipan Derma Sekolah Ibn Khaldun
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kematian suatu yang tidak dapat ditentukan, persediaan mungkin tidak seberapa, namun sedikit derma mungkin dapat memberikan sedikit kebaikan bagi kehidupan selepas kematian.
Saya selaku pengerusi sekolah rendah Ibn Khaldun ingin merayu tuan puan agar dapat membantu saya didalam mendapatkan dana bagi pembinaan sekolah yang amat diperlukan bagi membolehkan penambahan pelajar.
Bagi tuan puan yang memerlukan surat pungutan derma harap dapat maklumkan kepada saya bagi saya menghantar surat untuk tujuan kutipan derma tersebut. Untuk makluman tuan puan setakat ini pihak sekolah telah membeli sebidang tanah disebelahan sekolah sedia ada dengan jumlah sejuta ringgit dan memerlukan sebanyak 6 juta ringgit lagi bagi pembinaan sekolah tersebut.
Saya juga berharap sekiranya sudilah tuan puan sendiri menyumbangkan kepada sekolah ini dan memanjangkan email ini kepada rakan-rakan tuan puan untuk memberikan peluang untuk beramal, apa yang kita sumbangkan itulah sebenarnya harta yang kita simpan untuk kehidupan kita di akhirat nanti, Apa yang kita simpan di dalam bank sekarang bukan milik kita kerana ia akan kita tinggalkan apabila kita mati nanti.
Saya ingin meminta jasa baik tuan puan untuk membantu mengutip derma dan hanya Allah swt yang menentukan samada mendapat hasil atau tidak kutipan tersebut, oleh sebab itu marilah kita berusaha melakukan yang terbaik untuk membantu sekolah ini untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang didalam akademik tetapi juga mempunyai hubungan dengan Allah swt didalam kehidupan mereka.
Bukan kita yang menentukan keputusan atau kejayaan kutipan derma ini tetapi yang memberi adalah Allah swt dan beruntunglah kita jika kita memilih untuk memberikan sedikit harta kita untuk jalan kebaikan kerana kita dipilih oleh Allah swt untuk melakukan keputusan yang tepat untuk kehidupan kita diakhirat nanti.
Nama dan nombor pembangunan sekolah
PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN – 120-100-100-296-02 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
Pihak sekolah juga menyediakan penjualan Al Quran dengan harga RM30 senaskah dimana harga dipasaran adalah dari RM30 ke RM40. Sekiranya pihak tuan ingin mewakafkan alquran tersebut kesekolah-sekolah tahfiz atau agama atau kesurau dan masjid, pihak kami akan sedia menguruskannya. Sila maklumkan jumlah wang yang telah dimasukkan keakaun diatas bagi tujuan wakaf al Quran bagi membolehkan urusan pengagihan dilaksanakan. Bagi tujuan wakaf harga minima senaskah Al Quran bermula dengan nilai RM30.
Semuga sedikit usaha-usaha ini akan memberikan kebaikan bagi kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amin.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment