Monday, April 13, 2009

Keagungan Allah SWT ada dimana sahaja

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kebesaran Allah swt boleh di lihat dimana-mana sahaja, namun adakah hati akan tersentuh dengan kebesaran Allah swt yang ada disekeliling kita, kita selalu merasakan yang ganjil sebagai suatu perlu kita agungkan namun semua perkara yang ada disekeliling kita penuh dengan kesempurnaan yang tidak dapat untuk kita pertikaikan.



Cuba kita renungkan tubuh badan yang begitu sempurna, dengan kedudukan yang baik ada tangan yang seimbang dengan susuk tubuh badan tidak terlalu panjang sampai ke kaki, lubang hidung yang ke bawah tidak keatas, rambut yang boleh tumbuh memanjang dan tidak pula bulu mata atau kening. Sebagai contohnya jika lubang hidung sahaja keatas tentu sekali apabila hujan ramai yang mungkin lemas kerana tidak sempat mengeluarkan air yang memasuki hidung tersebut. Namun sekiranya Allah menjadi lubang hidung keatas tentu sekali ia akan mengadakan jalan untuk mengatasi segala-galanya. Kesempurnaan Allah swt didalam menjadikan makhluknya begitu sempurna dan tiada sebarang kekurangan.



Bolehkah kita berfikir untuk melihat kebesaran ini dan menjadikan diri kita manusia yang menyerahkan diri untuk tunduk dan taat kepada Allah swt? Bolehkah kita merasakan kita perlu mendidik hati dan pemikiran kita agar merasakan kerdil dan hanya berharap kepada pertolongan Allah swt. Untuk menahan nafas [un kita tidak mampu, untuk menahan kencing dan kentut pun kita tidak boleh, maka kita perlu kembali kepada Allah untuk mendapat yang terbaik dan mencari keredaannya didalam kehidupan yang penuh dengan ujian untuk melihak sejauh mana kita percaya kepada Allah swt yang maha melihat lagi maha mengetahui.



Marilah kita mendidik hati-hati kita dengan sifat-sifat Allah swt agar merasai nama-nama Allah didalam kehidupan seharian kita. Amin

**************************************************************************

0 comments: