Monday, April 13, 2009

Mencari-cari Kebesaran Ilahi

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Apabila memperkatakan tentang Al Quran, apakah rasa hati yang ada didalam diri kita? Apakah kita benar-benar percaya bahawa kitab tersebut adalah kitab yang diturunkan dari Allah swt melalui rasulNya, nabi Muhammad saw? Apakah kita sedar tentang kebenaran yang terdapat didalamnya sehingga kita tiada pilihan lain dari menjadikan kitab tersebut sebagai panduan kehidupan bagi diri kita. Apakah kita meneliti setiap apa yang diperkatakan agar kita tidak tergelincir dari apa yang telah ditetapkan didalam panduan yang diberikan.



Terlalu banyak kebenaran dan bukan tidak disengajakan atau kebetulan, namun kenapa hati kita tidak merasakan takut dan mahu menundukkan diri kepada Allah swt? Hati kita begitu keras sehinggakan kita tidak mahu akur kepada apa yang kit abaca atau yang kita dengar dan kita selalu meninggalkan fakta yang ada dihadapan kita begitu sahaja tanpa kita mengunakan akal dan pemikiran kita untuk menilai apakah keagungan Allah swt yang telah kita lupakan. Nikmat tuhan kita yang manakah yang telah kita abaikan sehinggakkan hati itu menjadi begitu keras untuk mengiktiraf Allah swt didalam kehidupan ini.



Mungkin kita menyatakan yang kita mengiktirafkan akan Allah swt sebagai rabb, namun persoalan yang perlu kita fikirkan adakah kita mematuhi segala arahan dan perintahNya. Sejauh manakah kita benar-benar berharap kepada Allah didalam keputusan yang mahu kita lakukan, sejauh mana kita befikir tentang segala ketentuan yang telah diberikan dan meletakkan segala yang berlaku penuh dengan kebaikan bagi menguji akan kehidupan kita yang sementara. Adakah kita sentiasa memikirkan tentang kebesaran Allah swt sehinggakan kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt didalam kehidupan kita?



Terlalu banyak kebenaran yang terkandungan didalam alQuran dan tiada suatu ayat pun yang salah dengan fakta sains hari ini, tidak ada suatu buku atau kitab yang begitu sempurna melainkan AL Quran, tetapi mengapa manusia tidak mahu untuk menjadikannya sebagai panduan kehidupan. Jika kita ingin memasang sebuah computer, kita akan meneliti segala panduan yang diberikan agar kita tidak akan melakukan kesilapan didalam memasang computer tersebut, kita takut sekiranya tidak mengikuti panduan yang diberikan kita akan melakukan kesilapan dan akan mengakibatkan kerosakan kepada computer tersebut.



Kitab Al Quran yang tidak pernah diketemui sebarang kesilapan sejak 1400 tahun dahulu, yang memberikan panduan kepada diri kita untuk hidup agar bahagia dunia akhirat, tetapi kecintaan kita kepada kita itu tidak sepenuhnya, kita tidak membaca dengan perasaan ingin mengambil apakah yang diajarkan hanya membaca sekadar untuk mengisi masa yang ada tanpa meneliti sejauhmana akan menyelamatkan diri kita didalam kehidupan yang sementara ini.



Marilah kita bermula untuk meneliti akan kitab tersebut untuk menjadikan diri kita begitu hampir kepada Allah swt. AMIN

0 comments: