Assalammualikum dan salam sejahtera,
Pakaian wanita, mengapa Allah swt mengkehendaki wanita memakai pakaian yang menutup segala kejelitaan dan kemanisan seorang wanita? Mengapa Allah swt menyediakan hukuman kepada wanita-wanita yang tidak mematuhi arahan menutup aurat? Mengapa Allah menyediakan balasan yang baik bagi mereka yang menjaga diri mereka dari lelaki yang bukan muhrim di segi pakaian?
Allah swt maha Adil, maha sempurna , maha mengetahui dan allah swt yang menjadikan manusia begitu sempurna dan penuh dengan keindahan. Allah swt tahu apakah yang sepatutnya dilakukan kepada hamba-hambanya agar mendapat yang terbaik didalam kehidupannya. Mungkin kita boleh memberikan berbagai-bagai alasan, namun Allah swt yang maha mengetahui tentu ada sebab-sebab yang tersendiri bagi kebaikan ciptaannya, ia mahu melihat sejauh mana hamba-hambanya dapat mentaati arahan dan merasakan akan kebesaran Allah didalam diri mereka sehingga mereka meletakkan Allah swt didalam segala keputusan tentang kehidupan mereka.
Semua berbalik kepada persoalan iman yang ada didalam diri semua manusia yang mengucapkan kalimah sahadah, sejauh mana ucapan itu memberikan kesan kepada kehidupan atau ucapan itu hanya sekadar kata-kata biasa yang tidak menuntut tindakan atau suatu kata-kata yang akan membezakan kehidupan seseorang dan akan menyekat kebebasan kehidupan dan perlu mematuhi segala arahan dari Allah swt.
Bukan soal pakaian yang perlu kita utamakan tetapi pakaian akan melambangkan sejauh mana kepercayaan kita kepada Allah swt, alangkah bahagianya sekiranya kita dijanjikan hadiah yang begitu besar dan indah sekiranya kita berjaya melakukan yang terbaik dan tentu kita akan berusaha untuk mendapatkannya.
Apakah kita tidak mahu untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah swt? Namun halangan tetap ada dari dalam diri kita, banyak cabaran yang perlu kita lalui dan semua ini akan dilihat oleh Allah swt untuk menguji sejauh mana kita benar-benar yakin akan Allah swt.
Data terkini di Malaysia , setiap 2.5jam akan berlaku seorang wanita dirogol. Adakah fakta ini tidak merisaukan ayah dan ibu, adakah fakta ini tidak digeruni kerana bukan anak kita yang terkena, atau bukan saudara kita atau bukan kenalan kita, Mungkin disebabkan kita lari dari peraturan Allah swt maka Allah menguji kita untuk kita merasakan kita perlu berbuat sesuatu untuk mengatasinya dan marilah kita bermula untuk diri dan ahli keluarga kita agar sama-sama cuba memperbaiki ssedikit demi sedikit dengan menambahkan ilmu untuk kita mengenal Allah agar perasaan ini menambah iman untuk mentaati Allah didalam kehidupan kita. Insyaallah.
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment