Monday, April 6, 2009

Kesungguhan milik dan keputusan kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan penuh dengan keindahan, namun sejauh mana kita mampu melihatnya? Kehidupan penuh dengan kejayaan, sejauh mana pula kita telah Berjaya? Kehidupan penuh dengan peristiwa manis yang dilipatkan didalam sejarah kehidupan, namun sejauh mana kita boleh membuka lipatan sejarah kehidupan kita untuk merasai kemanisan tersebut. Kehidupan penuh dengan kesabaran dan sejauh mana kita mampu bersabar dengan kerenah kehidupan.

Kita boleh mencipta kejayaan dimana semua orang yang berjaya tentunya menetapkan mahu untuk berjaya di dalam pemikiran, kita boleh berusaha dan berusaha sekuat mungkin namun kejayaan adalah milik dan pemberian Allah swt yang perlu di syukuri. Semuanya adalah didalam ketentuan Allah swt dan kita hanya yang boleh berusaha sebaik mungkin. Kejayaan lebih hampir kepada kita bila kita boleh menuliskan apakah yang kita mahukan, tanpa tertulis sebenarnya kita hanya beranggan-anggan, sekiranya berlaku mungkin secaara kebetulan dan bukan didalam perancangan.

Kita perlu melihat peluang bukan melihat apa yang berlaku dimasa lalu, kita perlu melihat cermin kenderaan yang besar bukan cermin kenderaan kecil untuk melihat belakang apabila mahu bergerak kehadapan. Pencapaian yang lalu hanya sebagai panduan namun apa yang ada dihadapan adalah suatu yang perlu diperhatikan agar memberikan jangkaan yang lebih tepat berbandiang peristiwa yang lalu. Ramai orang melihat perkara yang lalu sebagai satu benchmark untuk menentukan apakah yang mungkin dicapai di masa akan datang, tetapi bukankah apa yang berlaku dimasa hadapan adalah suatu yant berbeza dan tidak sama, jalan yang dilalu mungkin berbeza dan tentunya peluang juga berbeza namun ramai yang terikat dengan apa yang telah berlaku.

Kesungguhan, keberanian, bersifat terbuka, ingin mencuba, berbaik sangka, proaktif, bercita-cita tinggi, sabar, bersemangat, ceria dan banyak lagi sifat-sifat yang baik perlu dilahirkan didalam kehidupan yang singkat dan sementara ini bagi mengujudkan erti kemanisan dan kejayaan didalam kehidupan. Yang penting kita bermula melangkah untuk mendapatkanya dan sudah pasti apabila kita berusaha kita akaan dapat melihat ribuan langkah yang akan kita tinggalkan nanti bagi menceritakan langkah-langkah tersebut buat kenangan masa akan datang.

Tanpa bermula kita tidak akan dapat berkongsi pengalaman yang kita lalui dan untuk bermula kita perlu bersedia untuk mengalami kesukaran dan juga penderitaan kerana itulah tanda suatu kehidupan. Masa suatu kehidupan, masa akan datang dan kemudian meninggalkan kita, ia tidak akan kembali lagi dan kita perlu mengunakan masa yang diberikan kepada kita sebab ia tetap akan meninggalkan kita dengan kenangan atas tindakan yang kita berikan. Bina kenangan-kenangan manis untuk kehidupan akan datang. Allah hu alam.


0 comments: