Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Manusia sering lupa, lupa kepada kebaikan orang lain, lupa kepada tanggung jawab yang perlu dilakukan, lupa kepada kesusahan yang pernah dilalui apabila diberikan sedikit kenikmatan, lupa kepada keluarga apabila mendapat kesenangan, lupa kepada agama apabila mendapat sedikit kelebihan dan banyak lagi lupa-lupa yang tidak dapat disenaraikan.
Tetapi samada kita sedar atau tidak apa yang kita ada sekarang akan hilang juga, apa yang kita banggakan tidak akan dapat kita bawa bertemu Allah swt jika kita tidak mengunakan dengan kehendak Allah swt. Yang hidup pasti mati, tetapi apakah kematian itu penuh dengan persediaan, jika kita tidak melakukan keputusan bagaimana kematian yang kita mahukan maka ditakuti kematian yang tidak tentu bilanya akan tiba itu datang dikala kita tidak ada apa-apa persediaan.
Apakah persediaan yang perlu kita lakukan? Persoalan dari mana kita datang? Apakah tujuan kehidupan kita ini dan kemanakah kita akan pergi merupakan persoalan-persoalan cepu mas yang perlu kita jawab sebelum kematian kita mendatang. Apakah kita telah menyediakan jawapan kepada persoalan diatas dengan amal-amal yang akan di tunjukkan kepada ALLAH swt nanti. Sekiranya persoalan dari mana kita datang hanya dijawab sekadar kita datang dari Allah swt tanpa kita merasai akan kebesaran Alllah swt, maka kita perlu meneliti kembali peristiwa apabila persoalan ditanya kepada para musyrikin Mekah tentang siapakah yang menjadikan bumi ini dan mereka akan menjawap dengan segera adalah Alllah swt. Namun penyerahan dan perhambaan adalah jauh sama sekali.
Bagaimana kita merasakan tentang kekuasaan Allah swt didalam kehidupan diri kita? Adakah kita benar-benar merasakan bahawa kehidupan kita ini adalah suatu kehidupan yang perlu melaksanakan suatu tanggung jawab untuk mengabdikan diri kita kepada Allah swt. Adakah kita merasakan kita tidak ada kebebasan melakukan apa sahaja, kita hanya boleh melakukan apa yang dibenarkan oleh Allah swt dan menjauhkan apa yang dilarang oleh Allah swt. Kita merasakan betapa sempurnanya Allah swt yang maha berkuasa menjadikan diri kita, melihat sel-sel tubuh yang begitu sempurna melaksanakan tanggung jawab sehingga kita boleh bergerak dan menjalankan tugas seharian. Boleh bernafas dan menjadikan diri kita boleh berfikir untuk menilai baik atau buruk seseuatu perkara. Namun kita sering melakukan kesilapan dan kesalahan didalam kehidupan kita, kita selalu melanggar peraturan yang ditentukan oleh Allah swt dan kadang kala kita langsung tidak tahu apakah peraturan yang ditentukan oleh Allah swt terhadap perkara yang kita laksanakan.
Marilah kita fikirkan sebelum segala-galanya terlewat kerana apabila masa untuk ujian kita tamat kita tidak akan diberikan peluang untuk kali keduanya dan kita akan menanti keputusan sahaja dan sekiranya kita tidak menjawab ujian semasa kehidupan ini dengan terbaik mungkin keputusan peperiksaan tentu sekali akan merugikan kehidupan diakhirat nanti. Allah hu alam
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
EMPAT PERKARA
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.3
. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Tips Menjadi Rajin
NUR HAS LINAS BAKAR
Tips belajar hari ini ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?
2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.
3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.
4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho..
5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.
Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.
Selamat beramal dengan tips belajar
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment