Assalammualaikum dan salam sejahtera,
http://kalamiar.blogspot.com/2009/05/hatisejauh-mana-putihmu-sekarang.html
Cinta dan pengorbanan suatu yang tidak boleh dipisahkan, suatu pengertian seperti irama dan lagu yang saling memerlukan untuk menjelaskan hakikat perkara tersebut. Apabila memperkatakan cinta seorang lelaki kepada seorang wanita (seorang isteri contohnya) tentu sekali kita akan melihat pengorbanan yang dilakukan oleh seorang isteri atau seorang suami buat yang dikasihinya. Jika isteri tentu sekali ia akan memasak dengan penuh kasih saying, membasuh pakaian dengan perasaan gembira dan bukan membebankan. Membersihkan rumah untuk memberikan yang terbaik bukan sebab malu orang lain melihat rumah yang tidak tersusun apabila orang datang kerumah. Semuanya dilakukan kerana mahu menjaga hati dan perasaan yang dikasihi serta yang dicintai.
Begitu juga seorang suami bila memuji isteri tentu sahaja mahukan isteri gembira selepas melakukan banyak perkara didalam kehidupan untuk pengorbanan buat seorang suami. Mari kita renungkan sejauh mana perasaan cinta berbuah dihati kita. Hati yang akkan menjadikan segalanya suatu yang mengembirakan atau suatu yang menyedihkan. Jika rosak hati maka segalanya akan tidak bererti lagi. Apa kata hati? Apa soal hati? Apa keputusan hati? Bukankah hati yang melakukan keputusan dahulu, bukankah hati yang bersedia menerima seorang suami atau isteri, bukankah hati yang menyayangi dan bukankah hati juga yang telah bersedia untuk membina mahligai indah denagan isteri yang dicintai.
Maka hati perlu dijagai, perlu dibajai dengan nasihat, pesan memesan agar sentiasa semarak cinta. Jika dahulu bila ditegur, didengar dengan hati terbuka, maka sekarang bila ditegur kita perlu rasa masih tinggi perasaan sayang, ditegur tanda tidak mahu melihat perkara buruk terus berlaku, bukan tanda benci, seorang suami perlu terus menegur isteri, tidak jemu kerana isteri ibarat tulang yang bengkok, perlu diluruskan tetapi dengan hati-hati agar tidak patah pula nanti. Rasulullah saw seorang suami yang terbaik tidak pernah lupa untuk menasihati isteri, banyak kesilapan para isterinya namun semuanya diterima dengan hati yang terbuka, sehingga Allah swt menegur rasulullah saw kerana terlalu hendak menjaga hati isteri-isterinya.
Wahai para isteri-isteri dan juga suami, kehidupan suatu yang penuh dengan ujian untuk mendapat surga Allah swt. Kita mungkin mencari atau tidak mencari namun segalanya telah ditentukan, terikat sebagai pasangan suami isteri, yang penuh dengan cabaran untuk membuktikkan kasih dan sayang yang memerlukan pengorbanan. Cinta perlu dibajai, kasih perlu ditingkatkan, bukan dengan masa berlalu ia akan kurang sebaliknya perlu ditingkatkan agar semakin hampir kepada keredaan Allah swt. Cinta suatu ujian untuk melihat sejauh mana cinta kepada Allah swt boleh didahulukan, diutamakan didalam kehidupan yang sementara ini. Marilah kita bina cinta tersebut berasaskan cinta kerana Allah swt kerana cinta ini pastinya waja dan kukuh kerana berada di atas dasar yang kuat, berpasak diatas iman dan semata-mata mencari keredaan Allah swt. Allah hu alam.
Bagaimanakah lelaki sejati?
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…
Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…
“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment