Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Keluarga adalah suatu anugerah daripada Allah swt, ramai orang yang diberikan kesempatan untuk membina keluarga dan tentunya mahukan kebahagian didalam kehidupan. Namun segala yang berlaku adalah ketentuan Allah swt dan bumi mana yang tidak di timpa hujan, lidah mana yang tak tergigit. Kesilapan adalah lumrah didalam hidup berkeluarga, manis pahit didalam hidup berkeluarga akan menjadikan kehidupan itu penuh kematangan dan kesyukuran kepada Allah swt.
Seorang suami harus berlaku sabar terhadap isteri-isterinya jika ada sesuatu pelayanan isteri yang kurang menyenangkan. Ini disebabkan isteri juga manusia biasa yang tidak luput dari kekurangan, disebalik kesalahan dan kekurangan si isteri juga mempunyai kebaikan-kebaikan lainnya yang dulunya sentiasa kita sanjung dan idam-idamkan.
Sabda rasulullah saw “ Seorang mukmin (suami) tidak boleh membenci seorang mukminah (isteri), jika dia tidak menyukai lantaran sesuatu perangainya, maka dia akan senang pada perangainya yang lain” (Riwayat Muslim). Firman Allah swt “Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” (An Nisa:19)
Islam menyajar untuk kita bersabar dan bersabar tidak akan diperolehi sekiranya kita tidak di uji. Ujian Allah swt adalah untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dan melihat segala-gala yang berlaku untuk mencari keredaan Allah swt, meletakkan Allah swt didalam keputusan kehidupan kita. Marilah kita bina kehidupan keluarga yang penuh kebahagian kerana kebahagian itu adalah milik kita sekiranya kita berusaha dan mahukan kebahagian itu benar-benar dapat dikecepi dengan meletakan Allah swt di hadapan dalam apa sahaja tindakan yang ingin kita lakukan. Allah hu alam
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment