Monday, July 20, 2009

Peluang..Adakah Kita Mengambilnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Peluang datang tidak selalu dan ramai orang yang tidak menghiraukan peluang yang ada, ada juga mengambil kesempatan terhadap peluang yang ada tanpa mengira samada ianya adalah di redai oleh Allah swt atau tidak. Ramai orang membiarkan peluang yang ada lepas begitu sahaja, mungkin berharap akan emperolehi peluang yang lain dilain waktu, tetapi adakah kita sedar peluang adalah pemberia Allah swt dan masa yang kita ada kita tidak tahu sebanyak mana yang kita ada.

Hari ini saya akan mengambil peperiksaan PSMB, lesen untuk menjadi pensyarah atau penyampai, walaupun biasa menyampaikan kuliah namun apabila memperkatakan tentang ujian kita akan merasakan gementar dan serba tak kena, namun apabila telah diuji segala-galanya seperti telah berakhir dan lega rasanya. Masih ada peluang untuk memperbaiki yang tak sempurna sebelum ujian sebenarnya tiba. Tetapi apabila kita diakhirat nanti, bagaimanakah debaran yang mungkin akan kita hadapi kerana kita telah tiada peluang, kita hanya menantikan keputusan, tiada ulangan peperiksaan yang ada hanya kerisauan, kegerunan, ketakutan dan pengharapan agar kita telah melakukan yang terbaik semasa kehidupan kita.

Sepatutnya kita perlu merasakan untuk benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian sekarang dan setiap masa adalah ujian untuk kita mengumpulkan harta buat kehidupan diakhirat nanti. Mari kita menyemak apakah yang telah kita sediakan, apakah yang benar-benar kita lakukan didalam kehidupan ini untuk mencari kebaikan dari Allah swt. Adakah kita telah mengenal Alllah swt? Adakah kita telah mengenal Rasulullah saw? Adakah kita mengenal keluarganya? Adakah kita mengenal para sahabar rasulullah saw? Mari kita mencari jawapannya. Cuba kita tuliskan didalam pemikiran sejauh mana kita mampu menulisnya? Berapa banyak helaian yang mungkin dapat kita menulis tentang persoalan diatas? Namun Allah swt mampu menulis segala apa sahaja yang kita lakukan, kita fikirkan dan apa sahaja perasaan yang kita lahirkan atau kita sembunyikan dari semua manusia.

Apakah kita telah bersyukur dengan segala pemberian Allah swt kepada kita sehingga kita menikmati apa yang kita ada hari ini? Begitu banyak tetapi kita selalu lupa. Kita perlu muhasabah diri dan kembali mencari ilmu agar dapat petunjuk dari Allah swt untuk melalui kehidupan yang sementara ini. Marilah kita sama-sama melakukan perubahan didalam kehidupan ini. Amin

0 comments: