Thursday, April 29, 2010

Kegunaan Hadiah Dari Allah SWT

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

www.lifeline4gaza.org



Perkataan mempergunakan, dipergunakan, kegunaan, berguna dan banyak lagi perkataan yang berasaskan dengan perkataan GUNA adalah membawa maksud tindakan yang dilakukan atau yang telah dikenakan untuk memberikan hasil dan perubahan. (Tafsir mengikut pandangan penulis sahaja.) Namun banyak benda yang perlu kita pfikirkan tentang perkara tersebut sebagai contohnya apakah guna kita dihidupkan? Apa kegunaan tangan kita yang diberikan oleh Allah swt dengan kesempuraan yang tidak dapat dipertikaikan, kegunaan jari juga berbeza walaupun sais ada yang besar dan kecil, panjang dan pendek namun masing-masing ada kegunaan yang tersendiri. Ibu jari walau pun tidak Nampak fungsi yang ketara tetapi digunakan untuk cop jari, telunjuk pula memainkan peranan yang tersendiri begitu juga jari manis untuk menyarungkan cincin dan sebagainya.



Namun apakah kegunaan itu mencukupi, adakah kenderaan yang cantik yang kita miliki cukup peranannya sebagai kenderaan untuk membawa kita dari rumah ke pejabat semata-mata atau ditambah lagi untuk pulang ke kampong untuk bertemu dengan kedua ibubapa sahaja? Adakah sudah mencukupi untuk kita tidak dipersoalkan di hari kemudian nanti kerana kita telah melakukan yang terbaik? Adakah kita mempergunakannya untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt, Adakah kita mempergunakan kenderaan tersebut untuk kita melakukan kebaikan demi Allah swt dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia yang lain tentang amal yang kita lakukan? Apakah kita sering membawa kenderaan itu kejalan yang benar seperti ke majlis-majlis agama, ke masjid-masjid dan banyak lagi perkara-perkara yang menyebabkan kita akan diredai oleh Allah swt.



Persoalan digunakan, dipergunakan atau mempergunakan, semuanya adalah suatu ujian dari Allah swt untuk melihat hamba-hambanya bagaimanakah mereka merasakan tanggung jawab di atas segala hadiah pemberian Allah kepada manusia. Kita tidak pernah meminta dari kecil untuk berkerja di syarikat yang kita berkhidmat sekarang, tetapi ini adalah hadiah dari Allah swt untuk diri kita. Adakah kita menjaga dengan baik segala pemberian Allah swt ini? Kita juga diberikan harta, rumah, kenderaan, anak-anak,suami, isteri-isteri dan banyak lagi hadiah yang kita perolehi dari Allah swt. Bagaimanakah kita menjaga hadiah tersebut? Adakah kita mempergunakan dengan sebaik mungkin agar hadiah itu tidak rosak dan binasa. Sejauh mana kita menjaga dengan baik maka semakin banyak menefaat yang akan kita perolehi daripadanya. Jika kita menjaga kenderaan kita dengan baik mungkin kenderaan itu dapat digunakan dengan lebih lama dan tidak menyusahkan perjalanan yang akan kita tempuhi. Namun sekiranya kita tidak menjaganya, mungkin kita akan menghadapi banyak masalah dan seterusnya penderitaan demi penderitaan akan kita lalui.



Begitu juga jika anak yang kita perolehi hasil daripada perkahwinan, sekiranya kita tidak mempergunakan dengan sebaik mungkin untuk anak itu mendapat didikan agama maka mungkin akan tiba nanti anak tersebut (minta dijauhkan) rosak dan tentu sekali kehidupan kita amat malang dan kita tentunya tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Oleh sebab itu adakah kita benar-benar merancang untuk menyediakan pengunaan yang terbaik buat hadiah-hadiah yang begitu banyak pemberian dari Allah swt. Allah hu alam.

0 comments: