Monday, March 16, 2009

Kutipan Derma Sekolah Ibn Khaldun

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Menderma di bulam Ramadan adalah suatu tuntutan untuk membantu dan memberikan kebaikan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Allah swt memberikan kebaikan berganda-ganda pada bulan ini bagi sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan.



Bersama-sama ini dilampirkan surat kebenaran daripada jabatan agama Islam Selangor untuk kutipan derma Sekolah Menengah Ibn Khaldun. Untuk makluman sekolah ini telah beroperasi selama lebih kurang 16 tahun dan telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang cemerlang di sudut pelajaran dan deeniah. Saya selaku pengerusi sekolah rendah Ibn Khaldun ingin merayu tuan puan agar dapat membantu saya didalam mendapatkan dana bagi pembelian tanah dan juga pembinaan sekolah yang amat diperlukan bagi membolehkan penambahan pelajar.



Bagi tuan puan yang memerlukan surat pungutan derma harap dapat maklumkan kepada saya bagi saya menghantar surat untuk tujuan kutipan derma tersebut. Untuk makluman tuan puan setakat ini selama dua minggu jumlah pungutan telah meningkat kepada 200K dan memberikan jumlah terkumpul sebanyak 550K. Diharapkan pihak tuan puan dapat membantu bagi meningkatkan kutipan tersebut. Alamat pos amat-amat diharapkan bagi membolehkan penghantaran surat kebenaran tersebut.



Saya ingin meminta jasa baik tuan puan untuk membantu mengutip derma dan yang menentukan samada mendapat hasil adalah Allah swt, oleh sebab itu marilah kita berusaha melakukan yang terbaik untuk membantu sekolah ini untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang didalam akademik tetapi juga mempunyai hubungan dengan Allah swt didalam kehidupan mereka.


Saya juga berharap sekiranya sudilah tuan puan sendiri menyumbangkan kepada sekolah ini dan apa yang kita sumbangkan itulah sebenarnya harta yang kita simpan untuk kehidupan kita di akhirat nanti, Apa yang kita simpan di dalam bank sekarang bukan milik kita kerana ia akan kita tinggalkan apabila kita mati nanti.



Nama dan nombor pembangunan sekolah



PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN – 120-100-100-296-02 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)


Semuga sedikit usaha-usaha ini akan memberikan kebaikan bagi kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amin.

0 comments: