Kematian suatu yang pasti, namun bagaimanakan kematian yang kita cita-citakan, ada orang yang tidak memikirkan saat-saat kematian dan ramai yang mungkin tidak mengambarkan bilakah akan berlaku kematian dan kerana kematian adalah yang memisahkan segala kemanisan yang ada didunia ini. Ia akan memusnahakan segala kegembiraan, memutuskan segala hubungan dan akan menyebabkan kita bersendirian di dalam dunia baru iaitu di alam kubur.
Bagaimana kita jika kita memikirkan akan kematian yang akan kunjung tiba, apakah kita mahukan kematian yang baik iaitu kematian yang akan memberikan suatu perubahan kepada diri kita dari hidup di dunia kepada suatu kehidupan yang lain dialam kubur. Adakah kita berfikir apakah kehidupan di alam kubur yang akan kita perolehi nanti, adakah kita akan diperluaskan atau disempitkkan kubur kita. Ada diceritakan yang merasai suatu siksaan di alam kubur sehinggakan tulang-tulang menjadi patah sebab himpitan bumi dan sebagainya.
Ianya bermula dari apa yang kita fikirkan dan apakah yang kita mahukan di akhir nanti. Jika kita sentiasa berfikir untuk mendapatkan yang terbaik di akhir kehidupan kita mungkin kita akan berusaha untuk mendapatkannya walaupun kesukaran yang kita rasai dan lalui di dunia ini. Pengorbanan demi pengorbanan akan sedia kita lakukan sekiranya kita benar-benar berusaha untuk mendapat kebaikan diakhirat nanti. Sebaliknya sekiranya kita tidak memikirkan langsung akan kehidupan di akhirat nanti mungkin kita akan mengambil sikap sambi lewa atas apa yang berlaku sekarang kerana kita tidak kisah akan apa yang berlaku selepas kematian diri kita.
Banyak kisah-kisah yang berlaku kepada mayat-mayat yang tidak mentaati allah swt di masa hidupnya, kita mungkin mendengar atau membaca atau melihat sendiri namun adakah hati kita tersentuh dan menginsafi apa yang berlaku atau hati kita tidak kisah dan tidak menangis pun terhadap apa yang berlaku kerana itu semua belum berlaku kepada diri kita dan kematian masih jauh buat diri kita. Kita sebenarnya tidak tahu bila kita akan mati tetapi yang pasti kematian akan tetap tiba dan diharapkan ianya masih jauh. Jauh atau dekan hanya Allah swt yang tahu dan kita hanya ada 3 saat yang perlu kita fikirkan, satu saat yang telah berlalu, satu saat yang sedang berlaku dan satu saat yang akan datang. Apakah saat yang berlalu telah kita lakukan yang terbaik buat kehidupan kita? Adakah kita sedang melakukan yang terbaik sekarang dan apakah saat mendatang telah kita rancang untuk mendapatkan yang terbaik buat kehidupan yang sementara ini.
Semuga kita dapat mempergunakan waktu yang ada untuk mendapatkan keredaan dari Allah swt. Amin
____________________________________________________________________
0 comments:
Post a Comment