Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apabila kita mendengar perbincangan seseorang ingin membeli kereta, tentu kita akan mendengar cadangan kereta yang ingin dibelinya, samada kereta mahal atau kereta murah, mungkin ada yang mahu kereta BMW dan sedang memilih siri apa yang dikehendakinya, bagi yang mahu membeli proton pula tentu memilih mengikut kemampuan yang ada pada mereka. Yang penting kehendak membeli perlu ada didalam pemikiran mereka dan kemudiannya melihat kepada kemampuan yang telah ada pada seorang pembeli tersebut. Sebagai contohnya kita boleh mengenal pasti seorang yang mahu membeli kereta dengan seorang yang mahu melihat-lihat sahaja di bilik pamiran dengan bertanya soalan yang betul seperti “Warna apa yang en cari” jika jawapanya dengan cepat menyebut suatu warna maka sebenarnya dia telah membuat keputusan untuk membeli cuma tercari-cari kereta pilihan hatinya di bilik pamiran untuk memastikan keistimewaan kenderaan yang ingin dimilikinya
Mari kita berfikir sejenak tentang surga, apakah kita telah melakukan keputusan samada kita mahukan surga atau tidak, jawapannya tentu kita mahu tetapi sejauh mana kita bersungguh-sungguh mendapatkan seperti kita mahu mendapatkan sebuah kereta. Adakah kita mengukur diri kita apabila kita berkata kita mahukan surga seperti kita mahukan sebuah kenderaan. Kita memilih kereta yang berkemampuan untuk kita memiliki dan tentu sahaja kita akan berpuas hati dengan pilihan kita kerana ianya mengikut selera dan kemampuan yang ada.
Teringat pesan seorang rakan yang pergi ke Plasten baru-baru ini, mereka berkata orang-orang Plasten disana masing-masing telah memilih untuk mendapatkan surga yang mana satu, sedangkan kita masih mahu memilih samada mahu kesurga atau tidak. Mereka merasakan kegembiraan sekiranya mereka terbunuh didalam perjuangan sebaliknya kita ketakutan untuk menemui kematian. Seorang ibu boleh bergembira walaupuan telah kematian beberapa orang anaknya asalkan pemimpin mereka selamat untuk membantu mereka mendapat surga. Kehidupan mereka untuk matlamat yang jelas untuk mendapat surga tetapi matlamat kita untuk mendapat harta.
Apa yang mereka hajatkan mengikut apa yang mereka sediakan didalam kehidupan mereka. Mereka benar-benar bersedia dan jelas untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan didalam kehidupan mereka, mereka jelas kehidupan ini suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan kesukaran untuk mendapatkan kemanisan yang dijanjikan oleh Allah swt. Marilah kita mendapatkan sedikit kejayaan dan kebaikan melalui Ramadan yang akan datang dengan sedikit kesukaran yang akan menguji kesabaran. Amin.
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment