Saturday, August 1, 2009

Pencen dan kerehatan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/07/bila-kehidupan-berbicara.html



Pencen dan kerehatan adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh ramai anggota. Ada yang sering bertanya berapa tahun lagi nak pencen, bila bertemu dengan yang kelihatan sudah bertambah usia. Kita juga sering mendengar “Aku Cuma lima bulan, aku Cuma setahun dan berbagai-bagai lagi jawapan yang menandakan tidak lama lagi akan pencen atau masa untuk berehat.



Apakah erti kerehatan? Di dalam islam diajarkan agar mencari kerehatan untuk kehidupan selepas kematian, sekiranya kita mahukan kerehatan sekarang, Allah swt boleh memberikan kerehatan sekarang tetapi ditakuti selepas kematian kita tiada masa untuk melalui kerehatan. Pengertian kerehatan perlu kita semak sekali lagi agar kita betul-betul mendapatkan kerehatan yang sebenarnya buat diri kita. Kita mahu berehat selepas kita mencapai umur 55 atau 58 tahun tetapi apakah kita memikirkan untuk kerehatan selepas kematian. Sekiranya kita memikirkan kerehatan selepas kematian maka ianya bermakna kita perlu berkerja dari sekarang sehingga kita mati untuk mendapatkan kerehatan yang sebenarnya bagi seseorang manusia.



Apabila memperkatakan tentag kerja pula kita perlu merasakan semua yang kita laksanakan adalah untuk mendapatkan hasil dari Allah swt, mendapat pahala dari Allah swt dan untuk mendapatkan pahala semuanya adalah bergantung kepada keikhlasan niat dan hati kita kepada Alah swt. Adakah kita melakukkan sesuatu itu samada kecil atau besar, secara sembunyi atau nyata, secara sendirian atau dikhalayak ramai dilakukan untuk mendapat keredaan Allah swt dan penuh dengan keikhlasan.



Sejauh mana kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita semasa kita berada di pejabat Allah iaitu di muka bumi ini. Pejabat kita bukan sahaja sewaktu bertugas di organisasi kita berkerja untuk mendapatkan rezeki tetapi adalah di bumi Allah swt untuk mendapat pahala bagi pertukaran semasa selepas kematian nanti. Pejabat kita adalah di organisasi, di rumah, di kampung dan di bandar tempat kita tinggal dan juga dimana sahaja sebelum kita menemui kematian kita. Di Bilik air juga adalah pejabat kita dimana kita di nilai oleh Allah swt, di bilik juga kita tidak dapat lari dari penilaian Allah swt, begitu juga di ruang makan, di ruang tamu, di luar rumah, di pasar malam dan dimana sahaja adalah kawasan pejabat yang perlu bagi kita melakukan yang terbaik sebagai pekerja yang telah diamanahkan oleh Allah swt.



Apa tanggungjawab sebagai pekerja yang diberikan oleh Allah swt? Persoalan dari mana saya datang, kemana saya hendak pergi dan apa kesudahan selepas kematian adalah persoalan yang perlu kita fikir-fikirkan bagi mendapatkan kejayaan didalam kehidupan ini. Mari kita sama-sama berusaha mencari ilmu dan berusaha untuk mendapatkan keikhlasan hanya semata-mata kerana Allah swt. Amin

Apabila Kita Malas Beribadah

Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau sholat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal jam sudah di set untuk menejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah boleh bangun. So.. Apa yang terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita istihar sebagai hari malang atau takde “mood”. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala futur dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita mutabaah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.
Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagui sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam alarm hp bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dsb. Mulut kita tak dapat kita kawal, macam air aje mengata perilaku kawan-kawan. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak zikir, tak terkeluar dari mulut...Mengapa ya..?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda / bergurau senda. Boleh kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya.

0 comments: