Monday, August 10, 2009

Persediaan Untuk Tawaran Hebat Jualan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Persiapan suatu yang perlu kita sediakan bagi mendapatkan yang terbaik didalam apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan, persiapan perkahwinan mungkin disediakan dua bulan sebelum perkahwinan tersebut diadakan atau mungkin lebih lama sebelun tarikh berlangsung majlis tersebut bagi memberikan kenangan yang terbaik buat diri pengantin dan juga tetamu yang hadir.

Persiapan ahli sukan untuk peringkat olimpik mungkin memerlukan masa setahun sebelum tarikh sukan tersebut dilancarkan, persiapan untuk mengadap raja apabila dipanggil untuk mengadap bagi mendapatkan anugerah mungkin dilakukan sebaik sahaja dimaklumkan akan kejayaan untuk menerima pingat tersebut.


Kita akan mungkin berbelanja atau mempersiapkan diri kita bagi memastikan kita dapat melaksanakan yang terbaik apabila saat tersebut tiba, namun marilah kita melihat apakah persiapan yang kita lakukan untuk mendapat yang terbaik apabila Ramadan tiba, apakah kita benar-benar ternanti akan Ramadan yang akan kunjung tiba ini dengan mempersiapkan diri kita agar kita dapat melakukan yang terbaik semasa sebulan di bulan Ramadan nanti.

Adakah kita benar-benar berharap dan berdoa untuk dapat melakukan yang terbaik seperti kita berharap dan berdoa untuk menghadapi peperiksaan, atau kita berdoa bersungguh-sungguh sebab nak lihat anak kita Berjaya didalam peperiksaan mereka nanti, apakah kita berdoa untuk mendapatkan yang terbaik semasa Ramadan nanti? Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita agar dapat mempersiapkan pemikiran, tubuh badan dan matlamat yang jelas untuk mendapatkan bonus dari Allah swt di bulan Ramadan nanti. Marilah kita berfikir untuk mendapatkan yang terbaik. Allah hu alam.

0 comments: