Tuesday, August 11, 2009

Pelarian kehidupan sejauh mana perginya...


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Pelarian didalam kehidupan suatu yang kadang kala kita tidak perasaan kita lakukan didalam kehidupan. Kita memberikan alasan apa saja bagi membolehkan kita tidak dipertanggungjawabkan atau mengelak diri dari kenyataan. Didalam pelarian kadang kala kita menyedari apa yang kita lakukan, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri atau mengelakkan tanggung jawab atau mencari sesuatu alasan bagi menyelamatkan diri kita. Dan kadangkala kita tidak sedar kita telah melarikan diri kita begitu jauh daripada apa yang dikehendaki oleh Allah swt.

Adakah pelarian suatu yang perlu kita lakukan didalam kehidupan? Apakah kita tidak menyedari bahawa segala yang berlaku adalah suatu ketentuan Allah swt, yang penting bukan kita melakukan pelarian tetapi melakukan yang terbaik dengan niat untuk mencari keredaan Allah swt. Kita meletakkan Allah swt dihadapan didalam keputusan yang dilaksanakan. Namun sebagai manusia kita tidak tahu apakah yang terbaik buat diri kita, mungkin kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik tetapi sebenarnya adalah suatu yang buruk hasilnya pada pandangan kita. Oleh sebab itu konsep penyerahan kepada Allah swt perlu kita perjelaskan didalam kehidupan kita.

Kita perlu mengosongkan matlamat-matlamat yang lain kepada matlamat hanya kepada Allah swt, tiada sebab-sebab lain yang menyebabkan kita bertindak selain kerana Allah swt. Apabila jiwa telah dapat dibersihkan, hati akan menjadi pelita cahaya yang akan menjadi hakim kehidupan. Kehidupan telah menjadi indah dan segala liku-liku kehidupan adalah suatu keindahan yang dilihat mengiringi warna-warna kehidupan. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya kehidupan penuh dengan cabaran yang menanti pemberian dari Allah swt samada Berjaya atau tidak, semuanya akan memberikan kebaikan kepada kehidupan.


Marilah kita merenung diri kita sejauh mana kita Berjaya mengosongkan hati kita untuk dipenuhi dengan nilai-nilai dan sebab-sebab kerana Allah swt semata-mata. Begitu mudah untuk dicoretkan dan ianya memerlukan kita benar-benar bersedia untuk melaksanakannya, marilah kita sama-sama usahakan. Marilah kita kembali untuk melihat al Quran dan tidak melarikan diri dari memahaminya Amin

0 comments: